![Yamaha R25 dan R3 2021 dengan seragam warna baru di Jepun, harga dari RM25k! 01]()
Yamaha Jepun mengemaskini dua model 'Sportbike' YZF-R25 dan YZF-R3 edisi 2021 dengan tiga pilihan warna yang akan mula dijual di negara berkenaan bermula 15 Januari depan.
Tiga pilihan warna yang ditampilkan itu adalah Cyan Metallic, Deep Purplish Blue Metallic dan Matte Dark Grey.
![Yamaha R25 dan R3 2021 dengan seragam warna baru di Jepun, harga dari RM25k! 02]()
Untuk kemasan baharu ini, harga yang ditawarkan bagi YZF-R25 2021 adalah 654,500 Yen (RM25,552) manakala untuk model YZF-R3 2021, harga yang ditetapkan adalah 687,500 Yen (RM26,840).
Begitupun, tiada kemaskini yang dilakukan dari sudut reka bentuk dan spesifikasi teknikal berbanding dengan model terdahulu.
![Yamaha R25 dan R3 2021 dengan seragam warna baru di Jepun, harga dari RM25k! 01]()
Ia masih menggunakan LED untuk lampu depan dan belakang, bar hendal clip-on, fairing penuh, kluster instrumen digital dan pelana bertingkat.
Dari sudut kuasa, YZF-R25 2021 dikuasakan enjin bersesaran 249cc, Penyejuk Cecair, 4 Kejang, 2 Silinder DOHC, 4 Injap yang dipadankan dengan transmisi enam kelajuan.
![Yamaha R25 dan R3 2021 dengan seragam warna baru di Jepun, harga dari RM25k! 02]()
Ia menghasilkan 35Hp pada 12,000rpm dengan tork maksimum 23Nm pada 10,000rpm.
Bagi model YZF-R3 2021, enjinnya dibekalkan dengan sesaran yang lebih besar iaitu 320cc bersama transmisi enam kelajuan yang memberikan kuasa 42Hp pada 10,750rpm dengan tork maksimum 29Nm pada 9,000rpm.
![Yamaha R25 dan R3 2021 dengan seragam warna baru di Jepun, harga dari RM25k! 03]()
Kedua-dua model berkenaan dilengkapi tangki meniyak berkapasiti 14 liter dan berat jentera adalah 170 kilogram.
Komen