window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Yamaha XMax 250 (2022) dikemaskini di Jepun, hanya perubahan 'minor', harga RM 21.4k!

Khairil ยท Aug 23, 2022 04:00 PM

Yamaha XMax 250 (2022) dikemaskini di Jepun, hanya perubahan 'minor', harga RM 21.4k! 01

Salah satu skuter 'maxi' paling laris di pasaran tempatan dan global, Yamaha XMax 250 diberi kemas kini di pasaran Jepun, baru-baru ini namun perubahan yang dibuat hanyalah 'minor' iaitu membabitkan penawaran warna baharu. 

Yamaha XMax 250 (2022) dikemaskini di Jepun, hanya perubahan 'minor', harga RM 21.4k! 02

Dikenali sebagai Yamaha XMax ABS (2022), empat pilihan warna baharu ditawarkan adalah:

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });
  • Matte Dark Green
  • Matte Blue 
  • Red 
  • White Metallic

Selain itu, pilihan warna terdahulu iaitu Matte Dark Gray masih dikekalkan dalam katalog dan dijual pada tanda harga 654,500 yen (RM 21,402).

Juga baca: HLYM umum Yamaha XMax 250 versi 2022, kemas kini 'minor', warna baharu, harga asas RM 22k!

Yamaha XMax 250 (2022) dikemaskini di Jepun, hanya perubahan 'minor', harga RM 21.4k! 01

Matte Dark Green

Di pasaran tempatan, Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) mengemaskini penawaran untuk Yamaha XMax 250 (2022) pada Mac lalu dan dijual pada harga asas RM 21,998 (tidak termasuk insurans dan cukai jalan) dengan pilihan warna Icon Grey dan Power Grey.

Yamaha XMax 250 (2022) dikemaskini di Jepun, hanya perubahan 'minor', harga RM 21.4k! 02

Matte Blue 

Seperti dinyatakan lebih awal, tiada perubahan yang dinanti-nantikan peminat model berkenaan dilakukan Yamaha dengan rekaan dan spesifikasi trenkuasa Yamaha XMax 250 ABS (2022) kekal sama.

Juga baca: Yamaha XMax 250, skuter Maxi eksekutif setaraf harganya

Yamaha XMax 250 (2022) dikemaskini di Jepun, hanya perubahan 'minor', harga RM 21.4k! 03

Red (Solid)

Mengulas trenkuasa, enjin yang digunakan adalah bersesaran 249 cc, 1 Silinder, 4 Lejang, 4 Injap, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api yang digandingkan dengan transmisi automatik. Kuasa yang dihasilkan adalah 22.8 Hp pada 7,000 rpm dengan tork 24 Nm pada 5,500 rpm.

Yamaha XMax 250 (2022) dikemaskini di Jepun, hanya perubahan 'minor', harga RM 21.4k! 04

White Metallic

Turut tidak berubah adalah spesifikasi dan ciri-ciri lain antaranya 'Traction Control' dan brek cakera depan belakang lengkap dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).

Yamaha XMax 250 (2022) dikemaskini di Jepun, hanya perubahan 'minor', harga RM 21.4k! 05

Matte Dark Gray

Ketika kebanyakan pencabar dalam segmen sama sudah berubah kepada panel meter digital penuh, Yamaha XMax 250 masih menggunakan panel meter jenis gabungan analog dan digital namun sistem lampu depan dan belakang sudah LED.

Yamaha XMax 250 (2022) dikemaskini di Jepun, hanya perubahan 'minor', harga RM 21.4k! 06

Seperti skuter maxi lain yang berkemampuan melakukan kembara jarak jauh, Yamaha XMax 250 juga memiliki visor angin boleh laras (manual), ruang simpanan bawah palana sebesar 45 liter yang didakwa boleh memuatkan dua helmet, soket pengecas DC dan ruang simpanan depan.

Yamaha XMax 250 (2022) dikemaskini di Jepun, hanya perubahan 'minor', harga RM 21.4k! 07

Informasi lain adalah seperti kapasiti bahan api 13 liter, ketinggian pelana 795 mm dan set roda 120/70-15 (depan) dan 140/70-14 (belakang).

Yamaha XMax 250 (2022) dikemaskini di Jepun, hanya perubahan 'minor', harga RM 21.4k! 08

Juga baca: Yamaha XMax 250 2021 dikemaskini di pasaran Jepun, empat pilihan warna, harga RM 24,607!

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda