window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Yamaha XMAX 250 Connected (2023) serba baharu debut di Indonesia, skrin TFT, harga RM 19.9k!

Khairil · Nov 3, 2022 10:00 AM

Yamaha XMAX 250 Connected (2023) serba baharu debut di Indonesia, skrin TFT, harga RM 19.9k! 01

Tidak menunggu masa lama, versi terbaharu skuter maxi yang dilabel 'super' popular di rantau ini, Yamaha XMax 250 Connected (2023) pantas membuat debut dengan Indonesia sekali lagi menjadi destinasi pertamanya.

Perkembangan itu memang dijangkakan selepas 'saudara' terdekat skuter berkenaan, Yamaha XMax 300 (2023) dan Yamaha XMax 300 Tech Max (2023) baru saja dilancarkan di pasaran Eropah, bulan lalu.

Yamaha XMAX 250 Connected (2023) serba baharu debut di Indonesia, skrin TFT, harga RM 19.9k! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Seperti namanya, perbezaan membabitkan kedua-dua versi Yamaha XMax ini adalah di bahagian trenkuasa. Untuk Yamaha XMax 300 (2023), ia menggunakan enjin bersesaran 292 cc manakala Yamaha XMax 250 Connected (2023) dipadankan dengan enjin 249.8 cc.

Juga baca: Yamaha XMax (2023) serba baru lancar di Eropah, rekaan 'disegarkan', guna panel meter TFT ada Garmin!

Yamaha XMAX 250 Connected (2023) serba baharu debut di Indonesia, skrin TFT, harga RM 19.9k! 01

Lebih menarik, sekalipun hanya satu varian Yamaha XMax 250 Connected (2023) diperkenalkan di pasaran Indonesia, ia adalah sama dengan varian tertinggi di Eropah iaitu 'Tech Max' yang lengkap dengan pelbagai 'jajan'. 

Yamaha XMAX 250 Connected (2023) serba baharu debut di Indonesia, skrin TFT, harga RM 19.9k! 02

Turut menarik perhatian mengenai pelancaran ini adalah selain di pasaran Indonesia, pasaran Malaysia turut menggunakan versi bersesaran 249.8 cc dan model berkenaan sememangnya cukup laris dan sukar untuk memiliki 'ready' stok di kedai.

Yamaha XMAX 250 Connected (2023) serba baharu debut di Indonesia, skrin TFT, harga RM 19.9k! 03

Mengulas pembaharuan Yamaha XMax 250 Connected (2023), dari sudut rekaan ia sememangnya mengikuti 'lenggok' Yamaha XMax 300 (2023) di pasaran Eropah dengan panel badan termasuk depan dan belakang serba baharu yang lebih 'tajam' dan agresif.

Juga baca: Yamaha XMax 250 (2022) dapat warna, harga asas baharu di Malaysia, RM 22.3k!

Yamaha XMAX 250 Connected (2023) serba baharu debut di Indonesia, skrin TFT, harga RM 19.9k! 04

Menariknya, ia benar-benar mengikutu namanya dengan rekaan lampu depan dan belakang baharu tampil dengan rekaan berbentuk 'X' ketika dinyalakan manakala posisi lampu signal juga turut berubah di bahagian tepi visor angin.

Yamaha XMAX 250 Connected (2023) serba baharu debut di Indonesia, skrin TFT, harga RM 19.9k! 05

Selain perubahan di bahagian rekaan yang bertambah 'kacak', apa yang mencetus keterujaan adalah perubahan di bahagian panel meter dengan model ini dipadankan dengan panel meter TFT berwarna yang memang amat dinanti-nantikan ramai.

Yamaha XMAX 250 Connected (2023) serba baharu debut di Indonesia, skrin TFT, harga RM 19.9k! 06

Menerusi penggunaan panel TFT berwarna, ia kini mempunyai ciri sambungan ke telefon pintar malah turut mempunyai ciri navigasi Garmin. Manakala di bahagian atas panel tersebut turut memiliki skrin digital LCD yang memaparkan informasi seperti speedometer dan sebagainya.

Yamaha XMAX 250 Connected (2023) serba baharu debut di Indonesia, skrin TFT, harga RM 19.9k! 07

Di pasaran Indonesia, empat pilihan warna Yamaha XMax 250 Connected (2023) ditawarkan bersama harga jualan Rp. 66,000,000 (RM 19,987):

  • Dark Petrol
  • Luxury Red
  • Prestige Grey
  • Premium Black

Yamaha XMAX 250 Connected (2023) serba baharu debut di Indonesia, skrin TFT, harga RM 19.9k! 08

Dark Petrol

Yamaha XMAX 250 Connected (2023) serba baharu debut di Indonesia, skrin TFT, harga RM 19.9k! 09

Prestige Grey

Begitupun, tiada perubahan berlaku di bahagian trenkuasa dengan Yamaha XMax 250 Connected (2023) kekal dengan enjin bersesaran 249.8 cc, 1 Silinder, 4 Injap, 4 Lejang, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api, SOHC, yang digandingkan dengan transmisi automatik V-Belt.

Juga baca: Yamaha XMax 250 (2022) dikemaskini di Jepun, hanya perubahan 'minor', harga RM 21.4k!

Yamaha XMAX 250 Connected (2023) serba baharu debut di Indonesia, skrin TFT, harga RM 19.9k! 10

Premium Black

Yamaha XMAX 250 Connected (2023) serba baharu debut di Indonesia, skrin TFT, harga RM 19.9k! 11

Luxury Red

Kuasa yang dihasilkan adalah 22.5 Hp pada 7,000 rpm dengan tork 24.3 Nm pada 5,500 rpm.

Sistem suspensi yang digunakan juga kekal iaitu fork teleskopik konvensional (depan) dan penyerap hentak berkembar (belakang) dengan sistem brek menggunakan cakera depan dan belakang lengkap dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).

Yamaha XMAX 250 Connected (2023) serba baharu debut di Indonesia, skrin TFT, harga RM 19.9k! 12

Dan seperti versi terdahulu, ciri-ciri menarik lain adalah seperti penggunaan sistem lampu LED penuh, Sistem Kunci Pintar, Soket Pengecas, bar hendal boleh dan visor angin boleh laras, Lampu Kecemasan dan Kawalan Traksi.

Yamaha XMAX 250 Connected (2023) serba baharu debut di Indonesia, skrin TFT, harga RM 19.9k! 13

Informasi penting lain adalah seperti penggunaan set roda 120/70-15 (depan) 140/70-14 (belakang), ketinggian pelana 795 mm, ruang simpanan bawah pelana berkapasiti 44.9 liter, tangki bahan api 13 liter dan berat 181 kg.

Yamaha XMAX 250 Connected (2023) serba baharu debut di Indonesia, skrin TFT, harga RM 19.9k! 14

Susulan pelancarannya di pasaran Indonesia, kita boleh menjangkakan Yamaha XMax 250 di pasaran tempatan akan turut berubah tetapi hanya Hong Leong Yamaha Motor mempunyai maklumat lanjut. Sama-sama kita tunggu.

Juga baca: Yamaha XMax 250, skuter Maxi eksekutif setaraf harganya

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda