Inilah Isuzu D-Max BEV Concept (kenderaan elektrik bateri) 2024 yang baru membuat penampilan sulungnya di Thailand hari ini. Walaupun ia digelar konsep, ia nampak seperti sudah sedia untuk pengeluaran. Dalam kes D-Max BEV, Isuzu mengatakan pengeluaran untuk pasaran eksport akan bermula di Thailand secepat mungkin pada tahun 2025. Ia juga akan dilancarkan di UK, Australia, dan Norway pada tahun yang sama. Untuk negara lain pula, ia berdasarkan "keperluan dan kedewasaan infrastruktur pengecasan".
Zamil Syaheer
20.03.2024
Menyertai barisan trak pikap yang mengurangkan karbon adalah Isuzu D-Max Hi-Lander Mild Hybrid (MHEV) 2024 Concept ini yang baru sahaja diperkenalkan di Thailand menjelang Bangkok International Motor Show (BIMS) minggu depan. Seperti namanya, ia masih merupakan model konsep namun ia tidak nampak terlalu jauh daripada model pengeluaran. Ia menggunakan enjin 1.9 liter turbo diesel Ddi Blue Power dengan motor elektrik kecil di bahagian depan enjin dan bateri 48V. Angka kuasa atau spesifikasi enjin
Zamil Syaheer
20.03.2024
Isuzu Malaysia telah mencatatkan tahun yang luar biasa dengan penjualan trak tertinggi di negara ini untuk tahun 2023. Kejayaan tersebut memberikan Isuzu tempat teratas untuk jenama trak secara keseluruhan untuk tahun ke-10 berturut-turut dan jenama trak ringan untuk tahun ke-14 berturut-turut di Malaysia. Penerusan kedudukan terkemuka pasaran Isuzu diperkukuhkan dengan jualan gabungan sebanyak 7,209 unit, termasuk trak ringan, sederhana, dan berat bagi tahun lepas. Ini mewakili 44.9 peratus dar
Zamil Syaheer
07.02.2024
Isuzu telah mencatatkan sejarah baru dengan pengeluaran kenderaan ke-6 juta dari kilangnya di Thailand. Mereka mengambil masa 3 tahun untuk menambah satu juta lagi ke tonggak pengeluaran mereka. Isuzu yang ke-5 juta yang dipasang di Thailand telah dikeluarkan pada tahun 2020. Isuzu tidak mendedahkan sama ada unit ke-6 juta yang dihasilkan adalah trak pikap atau lori komersial. Kilang Isuzu Thailand mula beroperasi pada tahun 1963 dan memasang trak dan bas Isuzu. Pengeluaran trak pikap bermula pa
Zamil Syaheer
01.02.2024
Trak pikap yang menerima banyak pengiktirafan, Isuzu D-Max meneruskan pertumbuhan mengagumkan melalui rekod jualan memberangsangkan pada 2023 dengan mengatasi angka 9,211 unit yang dijual pada 2022, melibatkan pertambahan jualan sebanyak 439 unit. Rekod baru dengan jualan 9,650 unit bagi tahun lalu menjadi bukti kepada keberhasilan rekaan dan ciri yang ditawarkan oleh trak pikap berkenaan, yang telah mengubah pasaran dan meraih lebih banyak penggemarnya. Dengan rekod jualan dua tahun berturut-tu
Faisal
15.01.2024
Syarikat automotif Jepun akan menyumbangkan jumlah keseluruhan sebanyak THB 150 bilion baht (~RM 20 bilion) di Thailand dalam tempoh lima tahun akan datang bagi memperkukuhkan peralihan negara ke arah pengeluaran kenderaan elektrik (EV). Menurut laporan Reuters, Toyota dan Honda dijangka menyumbang kira-kira THB 50 bilion setiap satu (~RM 6.7 bilion), Isuzu akan melabur THB 30 bilion (~RM 4 bilion), manakala Mitsubishi Motors akan melabur THB 20 bilion (~RM 2.7 bilion). Dana ini merangkumi pelba
Zamil Syaheer
27.12.2023