window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

7 enjin paling dipercayai di Malaysia, kereta mana yang ada enjin-enjin ini?

Mersita · Jul 8, 2020 06:00 PM

7 enjin paling dipercayai di Malaysia, kereta mana yang ada enjin-enjin ini? 01

Enjin kereta moden selalunya dibangunkan untuk mempunyai jangka-hayat sekitar 15 tahun / 250,000 km; dengan syarat anda patuh dengan amalan jagaan atau ‘maintenance’ yang disarankan dalam buku panduan pemilik. Yang pastinya, ada banyak kereta yang boleh tahan lebih lama.

Masalah yang dihadapi dalam mencari enjin yang boleh diharap adalah kerana ia selalunya enjin yang ada paling sedikit ciri-cirinya. Tiada jalan mudah tentang perkara ini – enjin yang lebih rumit dan lebih tinggi toleransinya, lebih tinggi peluangnya untuk menghadapi masalah.

Ini juga sebabnya mengapa iPhone tidak akan bertahan lebih lama berbanding Nokia 3210. Tapi, siapa je yang nak beli Nokia cikai zaman sekarang?

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Oleh itu, senarai di bawah ialah pilihan kami untuk enjin yang paling dipercayai yang boleh didapati dalam model-model kereta yang dijual sekarang - dalam turutan yang rambang.

7 enjin paling dipercayai di Malaysia, kereta mana yang ada enjin-enjin ini? 01

Isuzu RZ4E-TC 1.9 BluePower Ddi

Digunakan oleh: Isuzu D-Max

7 enjin paling dipercayai di Malaysia, kereta mana yang ada enjin-enjin ini? 02

Secara umumnya, semua trak pikap Jepun sangat boleh diharap. Antara Toyota Hilux, Mitsubishi Triton dan Isuzu D-Max, perkara yang membezakan mereka adalah posisi kedudukan mereka dalam spektrum gaya hidup lwn. ‘workhorse’.

Antara ketiga-tiga model ini, enjin yang paling ‘workhorse-oriented’ atau dimaksudkan untuk bekerja keras ialah Isuzu D-Max. Tanpa perlu hirau tentang mencari trak yang cantik berserta kuasa yang lebih, RZ4E-TC dibangunkan dengan fokus jelas pada perkara yang paling penting dicari oleh pemilik perniagaan – kos perjalanan yang rendah serta kebolehpercayaan yang amat tinggi.

7 enjin paling dipercayai di Malaysia, kereta mana yang ada enjin-enjin ini? 03

Tiada yang ‘fancy’ pada enjin D-Max. Semua ciri-ciri yang ia ada, sama dengan pesaingnya. Ia cuma dibina untuk bekerja dengan jangkamasa yang lama dan ia mungkin akan berfungsi dengan baik walaupun diisi dengan apa jua minyak diesel sekalipun.

7 enjin paling dipercayai di Malaysia, kereta mana yang ada enjin-enjin ini? 04

Cuba pergi ke Sabah atau Sarawak, atau Thailand, dan anda akan jumpa D-Max dari semua generasi dengan jarak tempuh lebih 400,000 km pada odometernya. Enjin BluePower Ddi 1.9 liter mungkin sesuatu yang baru di Malaysia, tetapi ialah telahpun dijual di Thailand sejak 2015 – cukup lama untuk membuktikan ketahanannya.

Isuzu ialah pengilang enjin diesel terbesar di dunia. Tiada lagi pengilang yang boleh membina enjin diesel yang lebih baik dan lebih tahan daripada Isuzu.

7 enjin paling dipercayai di Malaysia, kereta mana yang ada enjin-enjin ini? 05

Subaru FB20

Digunakan oleh: Subaru XV, Subaru Forester

7 enjin paling dipercayai di Malaysia, kereta mana yang ada enjin-enjin ini? 06

Toyota mungkin lebih sinonim dengan ketahanan tetapi sebenarnya, Subaru juga boleh tahan lasak. Tiada yang istimewa pada enjin ‘boxer’ FB20 2.0-liternya. Ia tiada pengecas turbo, tetapi sekurang-kurangnya ia ada suntikan langsung (direct injection) yang boleh menjana 156 PS pada 6,000 rpm dan tork 196 Nm pada 4,000 rpm. Walau dengan kekurangannya, ia adalah antara enjin yang paling boleh dipercayai di luar sana.

7 enjin paling dipercayai di Malaysia, kereta mana yang ada enjin-enjin ini? 07

Perlu diingatkan yang Subaru adalah syarikat yang menyasarkan rekod kelajuan yang berlainan jenis. Pada tahun 1989, Subaru Legacy menempa rekod ketahanan dunia bagi pemanduan pada kelajuan maksimanya untuk 100,000 km, secara puratanya pada 223 km/jam. Syarikat tersebut tahu serba sedikit tentang membina sesuatu yang tahan lama, mungkin lebih baik lagi berbanding Toyota.

7 enjin paling dipercayai di Malaysia, kereta mana yang ada enjin-enjin ini? 08

Dari segi mekaniknya, kereta Subaru sangat boleh dipercayai tetapi ini tidak bermaksud yang ia murah untuk dijaga. Sifat enjin ‘boxer’ adalah kerja-kerja pembaikan mudah seperti mengganti ‘spark plug’ boleh jadi sesuatu yang sukar dan rumit. Dengan tiga ‘differentials’ yang ada, Subaru XV dan Forester yang ‘all-wheel drive’ juga mempunyai kos yang tinggi sedikit untuk kerja servis.

Tetapi, kebaikannya ialah anda akan dapat pemanduan yang sangat bertahap tinggi dan kawalan yang tidak dapat ditemui pada Toyota atau Honda yang setaraf.

7 enjin paling dipercayai di Malaysia, kereta mana yang ada enjin-enjin ini? 09

Honda L15A i-VTEC

Digunakan oleh: Honda City, Honda Jazz

Mula-mula dilancarkan di Malaysia pada tahun 2008 dalam Honda City generasi GM2, enjin i-VTEC L15A ‘naturally-aspirated’ 1.5 liter ialah enjin yang sangat lama.

7 enjin paling dipercayai di Malaysia, kereta mana yang ada enjin-enjin ini? 10

Ia juga tidak berapa canggih dengan hanya SOHC. Bila ia mula-mula diperkenalkan , peminat tidak berapa kagum dengan enjin i-VTEC. Walaupun ia lebih cekap bahan api, ia bukanlah sesuatu yang dicari ‘boy racers’.

Lebih 10 tahun selepas itu, L15A ialah antara enjin berkapasiti kecil yang paling banyak digunakan di Malaysia, diperbaiki oleh Perodua’s 3SZ-VE dan 2NR-VE (selepas ini dalam senarai).

7 enjin paling dipercayai di Malaysia, kereta mana yang ada enjin-enjin ini? 11

Enjin L15A yang boleh dipercayai ini juga adalah salah satu sebab mengapa Honda City GM2 masih lagi dicari-cari dan mempunyai permintaan tinggi dalam pasaran kereta terpakai.

Kuasa (120 PS pada 6,600 rpm) dan tork kekal sama sejak 10 tahun yang lalu, tetapi pelbagai langkah telah diperkenalkan untuk membuatkannya lebih cekap petrol dan lebih responsif. Tork tertinggi iaitu 145 Nm kini dicapai pada 4,600 rpm, 200 rpm lebih awal berbanding ketika ia pertama kali dilancarkan.

7 enjin paling dipercayai di Malaysia, kereta mana yang ada enjin-enjin ini? 12

Honda City/Jazz yang terkini tidak sentiasa berada di indeks teratas dalam kepuasan pelanggan (ia didominasi Toyota Vios/Yaris). Walaupun terdapat beberapa isu kualiti pada City/Jazz, kemungkinan yang masalah tersebut berpunca daripada enjin adalah sangat kecil.

7 enjin paling dipercayai di Malaysia, kereta mana yang ada enjin-enjin ini? 13

Honda R18 series

Digunakan pada: Honda Civic, Honda HR-V

Enjin TC-P 1.5L dengan pengecas turbo pada Honda Civic sering dipuji, tetapi varian 1.8S ‘naturally-aspirated’ 1.8 liter adalah pilihan yang cukup baik. Ia mempunyai semua ciri-ciri keselamatan yang diperlukan – 6 beg udara, ISOFIX, ESC (VSA), Auto Brake Hold, Hill Start Assist – cuma kekurangan ADAS Sensing dan kamera Lanewatch yang mengurangkan titik-buta. Hasilnya, anda akan jimat lebih RM 25,000.

7 enjin paling dipercayai di Malaysia, kereta mana yang ada enjin-enjin ini? 14

Enjin i-VTEC SOHC yang sederhana ini ialah unit yang terbukti bagus dan telah digunapakai untuk lebih 10 tahun semenjak Civic generasi FD. Untuk gambaran yang lebih jelas lagi, R18 telah ‘hidup’ lebih lama berbanding K20 yang ‘lejen’.

7 enjin paling dipercayai di Malaysia, kereta mana yang ada enjin-enjin ini? 15

Malah, PDRM juga telah memilih untuk menggunakan Civic 1.8S selain daripada Civic 1.5 TC-P turbo untuk tugas rondaan jarak-jauh mereka.

7 enjin paling dipercayai di Malaysia, kereta mana yang ada enjin-enjin ini? 16

Enjin yang sama digunakan pada Honda HR-V (varian bukan hibrid).

Nissan HR16DE

Digunakan pada: Nissan NV200

7 enjin paling dipercayai di Malaysia, kereta mana yang ada enjin-enjin ini? 17

NV200 dibina di atas kepercayaan umum terhadap C22 Nissan Vanette yang mempunyai reputasi ketahanannya yang tersendiri. Macam kereta peniaga pasar malam..

Usah biarkan aplikasi van komersial ini mengaburi pandangan anda. HR16DE ialah enjin yang sangat mantap dan lebih mengejutkan, ia didatangkan dengan DOHC dan ‘variable valve timing’. Apabila dipadankan dengan transmisi manual, ia sebenarnya seronok untuk dipandu. Penghantaran kuasanya sangat lancar dengan pengagihan tork yang cukup meluas.

HR16DE juga dahulu digunakan pada Nissan Latio dan Nissan Grand Livina.

7 enjin paling dipercayai di Malaysia, kereta mana yang ada enjin-enjin ini? 18

Toyota/Daihatsu 2NR-FE/2NR-VE Dual VVT-i

Digunakan oleh: Perodua Myvi, Perodua Aruz, Toyota Vios, Toyota Yaris, Toyota Avanza

Ini barangkali enjin petrol paling biasa digunakan di pasaran Malaysia kini, dimana ia digunakan oleh 5 model berlainan!

7 enjin paling dipercayai di Malaysia, kereta mana yang ada enjin-enjin ini? 19

Walaupun ia mempunyai kod enjin yang berbeza, 2NR-FE/2NR-VE Dual VVT-i adalah enjin yang sama.

7 enjin paling dipercayai di Malaysia, kereta mana yang ada enjin-enjin ini? 20

Akhiran ‘FE’ digunakan pada kereta yang dihasilkan oleh Toyota, manakala akhiran ‘VE’ pula adalah untuk kereta yang dihasilkan Daihatsu/Perodua. Sebagai contoh, enjin Toyota Rush dan Toyota Avanza menggunakan akhiran ‘VE’ kerana enjin Rush dibuat oleh Perodua manakala enjin Avanza pula diimpot daripada kilang Daihatsu di Indonesia.

7 enjin paling dipercayai di Malaysia, kereta mana yang ada enjin-enjin ini? 21

Jika anda ambil kira fakta dimana Toyota Avanza/Daihatsu Xenia dan Toyota Rush/Daihatsu Terios adalah kereta paling laris di Indonesia, iaitu pasaran kereta terbesar ASEAN, ia agak masuk akal jika kita katakan yang 2NR-FE/2NR-VE adalah antara enjin petrol berkapasiti kecil paling dipercayai di ASEAN!

7 enjin paling dipercayai di Malaysia, kereta mana yang ada enjin-enjin ini? 22

Perlu diingatkan, keadaan jalanraya di Indonesia agak mencabar. Avanza/Xenia dan Rush/Terios selalunya dipandu dalam keadaan padat, di atas bentuk muka bumi yang kasar, dipacu pula dengan enjin yang kecil tapi lincah seperti 2NR-FE/2NR-VE 1.5 liter ini.

7 enjin paling dipercayai di Malaysia, kereta mana yang ada enjin-enjin ini? 23

Pendahulu DVVT Perodua, iaitu 3SZ-VE 1.5 liter boleh membuat pengakuan yang serupa. Ia masih digunakan pada Perodua Alza dan Daihatsu Gran Max – tidak secanggih 2NR-VE Dual VVT-I, tetapi cukup atau lebih tahan lasak.

7 enjin paling dipercayai di Malaysia, kereta mana yang ada enjin-enjin ini? 24

Toyota 2AR-FE Dual VVT-i

Digunakan oleh: Toyota Camry

Apabila Toyota Camry generasi XV70 terkini diperkenalkan di Malaysia, ia dicaci kerana harganya yang jauh lebih tinggi (RM 196,888, dengan cukai jualan) tetapi masih mengekalkan enjin 2AR-FE yang semakin berumur dari generasi sebelumnya iaitu Camry XV50 yang dilancarkan pada tahun 2012.

7 enjin paling dipercayai di Malaysia, kereta mana yang ada enjin-enjin ini? 25

Enjin tersebut sebenarnya lebih berumur daripada yang diperkatakan, dihasilkan pada generasi XV40 yang lebih awal lagi iaitu Camry pasaran AS (2009).

Enjin ini juga amatlah asas sehinggalah Camry menjadi satu-satunya model dalam segmennya yang masih menggunakan ‘port fuel injection’. Semua kereta lain termasuklah Volkswagen Passat 1.8 TSI, Honda Accord 1.5 TC-P, dan Mazda 6 2.5L menggunakan ‘direct fuel injection’ yang lebih moden.

Samada ia berbaloi atau tidak bukanlah persoalannya sekarang (Honda Accord 1.5 TC-P sudah padan dengan tawaran diberi Camry, menambah enjin yang lebih terkini). Tetapi, satu perkara yang kekal benar hingga sekarang - ia barangkali tidak akan setahan atau selasak rakan-rakannya yang lain.

Ia mempunyai reputasi yang dibina lebih sedekad lalu dan menguasakan banyak lagi model-model Toyota yang dihasilkan dengan banyak, termasuklah Alphard/Vellfire dan RAV4 generasi sebelumnya serta Lexus ES.

Sekian. Inilah dia tujuh enjin yang tak berapa hebat (atau murah) yang boleh berfungsi dengan baik dalam jangka-hayat yang cukup lama. Dengan syarat, anda haruslah memandu kereta tersebut dengan baik dan kekal patuh dengan saranan langkah penjagaan daripada pengilang.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Isuzu D-Max 3.0 4x4 X-Terrain AT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda