Mamak Talk
Battle of the hottest Japanese B-segment hatchbacks, whatโs your pick?
123
Jika Honda City hatchback standard tidak mengujakan anda, mungkin kit badan Modulo akan mengubah persepsi anda.
Hadir dengan bumper depan dan belakang, skirting sisi dan rim 15 inci, kit badan Modulo ini direka khas untuk meningkatkan tarikan pada Honda City hatchback biasa. Rona merah pada rim tersebut adalah antara suatu perincian yang menarik.
Aksesori lain yang dipasang termasuk spoiler belakang bahagian atas, pelindung pemegang pintu, penutup pintu dan sisipan hiasan pada fender hadapan. Pada bahagian but pula, terdapat panel tambahan untuk melindungi kawasan but sebarang dari kerosakan semasa memuatkan barang-barang. Ia juga hadir bersama-sama dengan dulang but.
Honda City hatchback 2021 dijangka akan menjengah Malaysia pada tahun hadapan. Pendaftaran tanda nama dagangan ‘City Hatchback’ menguatkan lagi dakwaan tersebut.
Bakal memberi saingan hebat pada Honda City hatchback 2021 adalah Toyota Yaris 2021. Tempahan sudah dibuka untuk Toyota Yaris terbaru ini dengan pelancaran dijangka berlaku pada hujung tahun ini. Baca perbandingan di sini.
Honda Jazz bakal ditamatkan pengeluaran untuk pasaran ASEAN dan Amerika Selatan. Honda City hatchback akan meneruskan legasi Honda hatchback di rantau ini. Adakah kit badan Modulo ini mampu mengubah pandangan anda?
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}
13