Honda Jazz digugurkan, City Hatchback sebagai ganti. Tindakan bijak atau tidak?

Walaupun Honda Malaysia belum lagi membuat pengumuman rasmi, kami boleh sahkan yang Honda Jazz 2020 generasi keempat (4G) yang juga dikenali sebagai Fit di Jepun tidak akan dilancarkan di Malaysia. Setelah tahun 2021, Honda Jazz baharu sudah tidak akan masuk lagi ke pasaran kita – mengakhiri barisan model 3 generasi sejak 2001.

Namun, Honda City Hatchback yang baru saja membuat debut globalnya minggu lepas, akan mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Jazz.

Jika anda tertanya-tanya, Honda Malaysia tidak mempunyai pengaruh besar dalam perubahan ini, dan perkara yang sama boleh dikatakan bagi rakan mereka di Thailand mahupun seluruh pasaran Asia Tenggara.

Malah, keputusan untuk menggugurkan Jazz di rantau ini adalah sebahagian daripada langkah merasionalisasikan produk secara besar-besaran yang diambil oleh ibu pejabat Honda di Aoyama, Tokyo.

Kenal dengan warna cat ini? Inilah dia​​​​​ Sonic Grey Pearl yang juga ada pada FK8 Civic Type R

Semua pasaran di rantau Asia-Oceania, termasuklah Australia dan New Zealand yang kedua-duanya juga mempunyai jualan Honda yang rendah, akan menggugurkan Jazz bagi memberi ruang kepada City Hatchback.

4G Jazz terlalu ‘montel’, terlalu feminin bagi pengguna tempatan

Kenapa gugurkan Honda Jazz?

Seperti yang kita semua patut sudah maklum, kita tak boleh bergantung hanya kepada kata-kata yang kita lihat di media sosial bagi menentukan kelarisan sesuatu produk. Semuanya kita harus lihat pada nombor dan fakta.

Jazz (atas) atau City Hatchback (bawah)? Mana satu pilihan anda?

Apabila Honda Jazz (Fit) generasi keempat (4G) membuat debut globalnya di 2019 Tokyo Motor Show, netizen dari Malaysia pantas lagi tuntas dalam kecaman mereka untuk model ini.

Ada yang mengatakan ia nampak seperti kereta untuk hamster, ada yang cakap ia untuk panda, atau kucing Doraemon. Mereka tak hargai stereng ‘two-spoke’nya, yang mereka katakan nampak seperti kereta zaman 80-an (ia sebenarnya meniru Honda E elektrik, satu rekaan retro pada Honda Civic yang asli).

Ramai yang tak suka melihat ruang dalamannya – pengguna yang berfikiran konvensional yang tak dapat nak hadam susun-atur bersih Jazz 4G yang bagi mereka nampak murah. Masalahnya, inilah yang sebenarnya dimahukan oleh pembeli di Jepun dan Eropah.

Ruang dalaman City Hatchback (bawah) yang lebih konvensional lebih mudah diterima di sini

Perkara ini sudah dijangka oleh perancang produk di Honda Motor, dan inilah sebabnya mengapa Honda City Hatchback dibangunkan bersama-sama versi sedan.

Tapi kini kumpulan netizen sama yang mengkritik Jazz 4G dengan komen “terlalu comel” atau “nampak terlalu murah” juga bertanya kenapa City Hatchback menggantikan tempat Jazz 4G.

Tingkat bawah ibu pejabat Honda di Aoyama, tahun 2015

Jazz terbaru ini cuma terlalu radikal bagi penerimaan konsumer dalam pasaran membangun. Ramai antara mereka yang masih mahukan kereta dengan imej maskulin walaupun ia hanyalah hatchback sub-kompak.

Pengguna gemar kaitkan kekuatan dengan rupa yang ‘sharp’ dengan garisan bersudut, muka hadapan yang tampak garang, serta ruang dalaman yang ‘sibuk’ dan dipenuhi dengan macam-macam benda.

Ruang dalaman Jazz 4G terlalu kontroversial bagi pengguna di pasaran-pasaran membangun. Pengguna kereta ‘entry level’ tak dapat menerima stereng ‘two-spoke’ yang diberi.

Semuanya bertentangan dengan pembeli yang ‘mesra alam’ di Jepun dan Eropah, malah juga China – yang hanya 3 pasaran yang menjual Jazz/Fit 4G terbaru buat masa ini.

Jazz 4G yang tampak montel dan agak feminin ialah model Honda paling laris di Jepun, dan ia adalah satu-satunya model bukan Toyota di Jepun yang masuk dalam senarai 5 kereta paling laris di Jepun. Setakat Oktober 2020, Toyota Yaris (versi TNGA yang kita tak dapat) berada pada tempat pertama, diikuti oleh Toyota Raize dan Toyota Corolla. Honda Jazz pada tempat keempat berada di hadapan Toyota Alphard.

Seorang ketua jurutera Jepun (bukan dari Honda) yang juga sedang mengusahakan kereta keluarga yang kami tak boleh dedahkan lagi pernah menjelaskan kepada kami kepayahan dalam membangunkan sebuah produk global yang menepati keperluan konsumer Jepun atau Eropah serta pasaran-pasaran membangun yang lain:

“Ramai belia Jepun, termasuk anak perempuan saya, menjalani gaya hidup jenama fesyen yang anti-konvensional. Setiap generasi akan memberontak terhadap generasi sebelumnya, dan belia Jepun masa kini tidak gemarkan label yang terlalu menonjol, kerana mereka tak mahu jadi seperti ibu bapa mereka,” katanya.

Maksud literal MUJI ialah “Tiada jenama”

“Belia di Jepun kini mahukan produk yang berkualiti tinggi, mesra alam dan tidak menonjol. Contoh yang paling bagus ialah kejayaan Muji, yang secara literalnya bermaksud “tiada jenama” dalam Bahasa Jepun. Belia Jepun bayar mahal untuk produk-produk Muji, walaupun tiada satu pun yang membawa label Muji. Uniqlo ialah satu lagi contoh sesuai. Mereka mahukan produk premium, tapi tak semestinya berjenama mewah – perbezaan kecil antara kedua-duanya. Apple bukanlah jenama mewah tapi ia mempunyai permintaan yang sangat tinggi. Bagi kereta pula, imej ‘androgynous’ yang sesuai dengan mana-mana jantina serta mesra alam adalah imej yang dimahukan di sini.”

Perbincangannya panjang lebar lagi, menyentuh pada betapa gemarnya pembeli generasi baru akan produk yang premium tapi berjangka hayat pendek – sama seperti telefon bimbit dan pakaian mereka – dan ini bercanggah dengan standard industri kereta yang berjangka-hayat 15 tahun/300,000 km. Ini juga sebabnya mengapa konsep perkongsian kereta akan jadi lebih menarik di masa hadapan, bertentangan dengan model pemilikan kereta yang tradisional.

Tapi, topik-topik ini kita bincangkan lain kali. Pendek cerita, Honda percaya yang ia sudah tidak mungkin untuk membina model Jazz global yang akan memenuhi keperluan lebih ramai orang di serata dunia. Trend dan kebiasaan di Jepun dan Eropah sudah tidak sama haluannya dengan Asia Tenggara.

Honda Jazz 3G ialah ‘all-rounder’ yang terbaik

Jika difikirkan, pasaran Cuma ada beberapa model segmen B global yang berjaya. Ford Fiesta sudahpun digugurkan dari pasaran di luar Eropah. VW Polo tidak dijual di AS. Toyota Yaris berplatform TNGA yang terkini hanya untuk pasaran Jepun dan Eropah, AS pun tak ada. Honda Jazz sebenarnya model kereta yang paling berjaya dalam menembusi pasaran antarabangsa.

Ia satu-satunya hatchback segmen B di dunia yang cukup bagus untuk memenuhi keperluan rakyat Amerika, Eropah, dan yang di Asia. Dari Tokyo ke Bangkok, dan dari Munich ke Melbourne, ia berjaya menawan hati pembeli di mana-mana saja. Ia mungkin bukan pilihan No.1 di setiap negara, tapi ia cukup bagus dengan sendirinya.

Tapi, jualan untuk kereta kompak atau sub-kompak semakin lama semakin mencabar. Untung hanya sedikit, dan mereka beroperasi dalam segmen yang sangat sensitif dengan harga. Pada masa yang sama, tren kuasa berelektrifikasi yang berkos tinggi amat diperlukan bagi mematuhi undang-undang pelepasan CO2 yang semakin ketat di pelbagai pasaran membangun, terutama sekali Eropah.

Jazz dijual secara eksklusif sebagai hibrid di Eropah

Contohnya, Volkswagen tidak akan menggantikan Up! dan nasib Polo generasi selepas Mk8 masih tidak berapa jelas. Arah tuju perniagaannya semakin lama semakin berbeza berbanding pasaran membangun, oleh itu masuk akallah jika mereka memutuskan untuk menggugurkan kereta konsep ‘global model’ untuk Jazz.

Kenapa gantikan Honda Jazz dengan City Hatchback?

Selain daripada tarikan yang jelas sebagai hatchback yang tampak lebih konvensional, ditambah dengan garisan bersudutnya dan ruang dalamannya yang lebih boleh diterima oleh pengguna di sini, ia juga ada kelebihan-kelebihan lain dari segi penghasilan dan pemasaran.

Kilang Honda di Yoori merupakan ‘kilang induk’ bagi model kereta kompak Honda

Dari segi pengilangan pula, akauntan dan jurutera produksi sangat mengalu-alukan langkah rasionalisasi ini.

Honda Jazz 3G yang dijual sekarang sudahpun berkongsi rupa ruang dalaman yang sama dengan Honda City. Tapi, dengan City Hatchback, persamaan bahagian-bahagian yang digunakan akan ditingkatkan lebih lagi kerana keseluruhan muka hadapan kereta itu sama dengan sedan City.

Dengan lebih banyak persamaan, kos per unit akan jadi lebih rendah kerana jumlah keseluruhan satu-satu bahagian jadi lebih banyak. Ia juga memudahkan proses pembelian bahagian, penyimpanan, dan juga khidmat selepas-jualan.

Perkara ini juga memudahkan kerja-kerja jurutera penghasilan, yang masing-masing akan ‘menyumpah’ setiap kali bila pihak pemasaran mahu menambah warna baru atau varian model kepada barisan produksi mereka.

Semua ini bila digabungkan akan mempercepatkan fasa pengenalan model tersebut, dan ini bermaksud yang Honda City Hatchback akan dilancarkan di Malaysia lebih awal dari sangkaan anda.

Toyota sudahpun menggunakan formula ‘muka sama, belakang lain’ ini dengan Yaris dan Vios (yang juga dikenali sebagai Yaris Ativ di Thailand). Tapi, berbeza dengan Honda, Toyota tak sampai hati nak buang plat nama Yaris yang sudah dilaburkan selama 15 tahun untuk berkembang di pasaran Asia Tenggara.

Malah, Honda mengambil contoh dari Mazda, yang menjual hatchback dan sedan segmen B mereka di bawah plat nama Mazda 2 yang sama, dan hasilnya agak memberangsangkan.

Pemasaran yang diringkaskan

Kenapa kena berbelanja lebih untuk memasarkan dua plat nama; City dan Jazz, apabila anda boleh fokuskan usaha dan dana pada perkembangan satu plat nama City saja.

Tanpa mengira gaya rupa bentuk. samada sedan mahupun hatchback, hanya satu plat nama City yang digunakan

Trend pencarian kata kunci dalam jangka masa dua minggu lepas menjadi bukti. Dengan pelancaran City Hatchback, nama ‘City’ naik semula popularitinya. Apa-apa kempen sekalipun yang dibuat untuk City Hatchback, ia juga akan tempias kepada City sedan.

Berbeza dengan Jazz, City Hatchback juga tiada identiti tersendiri

Kini kedua-dua versi sedan dan hatchback nampak sama, dan tiada identiti sendiri katanya. Bukankah ini satu kekurangan dalam aspek pemasaran?

Kami pernah bertanya kepada pereka Mazda tentang sebab mengapa banyak kereta-kereta mereka menggunakan warna kemasan Soul Red yang sama sebagai warna ‘signature’ mereka, nampak sama saja dengan model-model Mazda yang lain. Di atas pentas pameran di acara-acara besar, agak sukar bagi pengunjung untuk membezakan setiap model.

Dalam dunia masa kini, identiti jenama yang bersatu padu lebih diutamakan daripada identiti model tersendiri

Jawapan yang kami dapat agak mengejutkan. “Identiti jenama dan identiti model adalah dua perkara yang berbeza. Bagi syarikat kecil seperti Mazda, dengan sumber yang agak kecil, membina identiti jenama lebih penting daripada membina satu identiti model yang tersendiri. Adalah lebih baik untuk setiap kereta Mazda di jalanraya untuk membawa lencana Mazda terlebih dahulu daripada identiti model itu sendiri.”

Jazz pasaran China diberi gril

Apa-apa pun, perbualan itu dari 5 tahun lalu. Hari ini, jenama-jenama besar seperti Mercedes-Benz pun menggugurkan identiti rekaan yang spesifik untuk model tertentu. Inilah sebabnya mengapa C-Class, E-Class, dan S-Class semuanya berkongsi rupa yang sama. Perkara yang sama ada pada semua sedan BMW dan Audi. Malah, Honda Civic 2021 yang terkini pun menyerupai penggayaan Honda Accord.

Jazz pasaran China mengeluarkan brek parkir elektrik (EPB) dan menggantikannya dengan brek tangan mekanikal yang lebih murah

Honda ternyata lebih besar berbanding Mazda tapi mereka masih tidak mempunyai sumber-sumber seperti Toyota dan Nissan. Oleh itu, masuk akallah bagi Honda untuk menjimatkan wang dengan hanya memfokuskan usaha mereka pada satu plat nama City saja bagi mendominasi segmen B.

Honda Fit Cross ialah Honda Fit (Jazz) versi crossover yang digayakan

Nama Honda City sama taraf popularitinya dengan Jazz, oleh itu ia adalah satu keputusan selamat. Malah, City mempunyai sejarah yang lebih panjang di sini berbanding Jazz, iaitu sejak 1996. Ia adalah kereta pertama Honda yang dibangunkan secara spesifik untuk menepati keperluan pembeli di Asia Tenggara, kerana harga bagi Honda Civic melonjak naik sama seperti Toyota Corolla.

Plat nama City sudahpun ada di rantau ini sejak tahun 1996

Honda memerlukan satu sedan keluarga spesifikasi rendah yang baharu untuk menarik pembeli dari kelas pertengahan generasi baru di Asia Tenggara, dan Civic generasi EF yang lama meminjamkan platformnya.

Bekas CEO Honda Malaysia, Yoiichiro Ueno (berkhidmat dari 2011 – 2016) merupakan salah seorang perancang produk yang membangunkan Honda City pertama apabila beliau bekerja di pejabat serantau Asian Honda Motor di Bangkok.

Jazz diperkenalkan lama selepas pengenalan City, dilancarkan di Malaysia pada tahun 2001

Yang mengejutkan, Jazz masih lagi laku di pasaran

Anda mungkin ingat yang dengan pengumuman City Hatchback, jumlah jualan Jazz akan menurun. Anda pasti terkejut jika kami katakan yang andaian ini tidak benar.

Minat bagi Jazz masih lagi tinggi, ataupun mungkin atas sebab yang pembeli di Malaysia secara amnya tidak mengambil kisah tentang model baharu yang belum dijual di sini lagi.

Walaubagaimanapun, beberapa pengedar memberitahu yang ada peningkatan dalam jumlah pertanyaan, terutama sekali bagi warna Sonic Gray Pearl, menunjukkan yang City Hatchback menarik minat kumpulan pembeli yang berlainan dengan Jazz.

Toyota Yaris ialah B-hatch yang paling laris bukan saja di Malaysia, tapi juga di Thailand, Indonesia, Filipina

Ancaman utama bagi Honda Jazz kekal satu sahaja – Toyota Yaris, yang telah berjaya menyaingi Jazz sebagai model paling laris dalam segmen itu. Ini menguatkan lagi pendapat yang penggantian Jazz dengan City Hatchback adalah keputusan yang betul, dan ia juga meniru langkah sama yang diambil untuk kembar Vios-Yaris.

Oops... Something broke.
    Channel:
Ikuti laman sosial kami:
Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, ...

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

pengguna membeli kereta idaman
Tambah kereta anda

Naik taraf

Honda City Hatchback

Kereta Terpakai Yang Berkait

Quality Cars Guaranteed

Fixed Price No Hidden Fees

5-Day Money-back Guarantee

1-Year Warranty

Lihat Lebih

Video Pendek Yang Berkenaan

Video Kereta

2020 Honda City Hatchback Is Coming To Malaysia! Youngster's New Dream Car!

Top 5 New Cars Coming to Malaysia in 2021 - Perodua D55L, Iriz Cross, Corolla Cross & More!

Berita Terkini

The 2023 Ford Ranger and Ranger Raptor add two awards to their list of accolades

It’s been an award-winning season for the new 2023 Ford Ranger and its variants. Recently, it’s added another two more to its list of accolades as Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), the sole distributor for Ford in Malaysia, received the CarPlus Editor’s Choice Award 2022-2023 for β€˜Pick-up Truck of the Year’ for the Ranger and β€˜Car of the Year’ for the Ranger Raptor. The Ranger boasts an updated design with enhanced aerodynamics and improved interior comfort. It features a range of powerful, effi

From equivalent to RM 208k, Thai prices for 2023 Honda Accord confirmed; gap with CR-V's prices tightens

The all-new 2023 Honda Accord has finally gotten its confirmed price list in Thailand following its preview earlier, entering a two-fold battle which only has it facing off against the Toyota Camry range. Three variants of the hybrid-only Accord will go on sale in Thailand, with prices as follows: Accord e:HEV E: THB 1,599,000 (~RM 208k) Accord e:HEV EL: THB 1,669,000 (~RM 217k) Accord e:HEV RS: THB 1,799,000 (~RM 234k) These prices are slightly more competitive to what its sole rival, the Camry

The upcoming mini Toyota Land Cruiser will be a Corolla Cross-sized "Land Hopper?"

The Toyota Land Cruiser made its name being a tough-as-nails, go-anywhere premium 4x4 with the looks to back it up. Hot on the heels of the new global Land Cruiser 300 and the North American Land Cruiser 250 (Prado) could be a new third, more compact variant that’s being adorably dubbed the Land Hopper. Japanese site Best Car Web has dropped its own rendering of what the Land Hopper could be styled like and unsurprisingly, it appears to be very much like a mini Land Cruiser 250. That’s not a bad

Mercedes-Benz EQS SUV launching in Malaysia on Friday, plus another EV by year's end - EQE SUV?

Referenced briefly in the Budget 2024 commentary, Amanda Zhang, the President and CEO of Mercedes-Benz Malaysia, highlighted the company's increasing momentum and revealed the imminent launch of the Mercedes-Benz EQS SUV, happening this Friday on 20-October. β€œOur momentum continues to grow, as we eagerly anticipate the arrival of the EQS SUV this Friday, with plans to launch another all-electric model before year end. These efforts underscore our dedication to providing innovative electric vehic

Mercedes-Benz Malaysia supports Budget 2024, targets xEV to make up 50% of sales by 2025

Mercedes-Benz has expressed its support for the 2024 budget announcement made by the Malaysian government, which promotes the adoption of electric mobility. This aligns with the global mission of Mercedes-Benz, known as Ambition 2039, which is a comprehensive strategy aimed at addressing climate protection and reducing air pollution. The company firmly believes in the future of electric vehicles and has a well-defined roadmap to electrify its product range, all while striving to meet sustainabil

Rekomendasi Kereta

PopularLatestUpdates
Hot
Mitsubishi

Mitsubishi Xpander

RM 99,980

Lihat Model
Honda

Honda Civic Type R

RM 330,002 - 399,900

Lihat Model
Upcoming
Volvo

Volvo EX30

TBC

Lihat Model
Rolls Royce

Rolls Royce Spectre

RM 2,000,000

Lihat Model

Perbandingan Kereta Berkaitan

Honda City Hatchback
Cek Lebih