window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

2021 Haval Jolion rasmi di ASEAN - dari RM 111k, pelancaran Malaysia menyusul?

Haris · Nov 29, 2021 10:00 AM

2021 Haval Jolion rasmi di ASEAN - dari RM 111k, pelancaran Malaysia menyusul? 01

2021 ternyata tahun yang sibuk buat Great Wall Motors (GWM) Thailand. Hal ini kerana GWM Thailand telah melancarkan bukan satu, bukan dua, tetapi tiga model baharu di ASEAN, menjadikan Thailand sebagai pentas penampilan sulung. Selepas pelancaran Haval H6 dan Ora Good Cat kini muncul Haval Jolion.

2021 Haval Jolion rasmi di ASEAN - dari RM 111k, pelancaran Malaysia menyusul? 02

Haval Jolion spesifikasi Thailand hanya tersedia dalam rangkaian kuasa hibrid dengan tiga varian untuk dipilih::

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });
  • Tech – THB 879,000 (~RM 111,000)
  • Pro – THB 939,000 (~RM 119,000)
  • Ultra – THB 999,000 (~RM 126,000)

Sebagai perbandingan, varian Haval Jolion paling mahal berharga sekitar harga Honda HR-V e:HEV paling rendah (THB 979,000) dan jauh lebih murah daripada Toyota Corolla Cross Hybrid (THB 1,089,000). Sebagai varian termahal, tentunya Haval Jolion dilengkapi dengan ciri kelengkapan terbaik dalam kelasnya.

2021 Haval Jolion rasmi di ASEAN - dari RM 111k, pelancaran Malaysia menyusul? 01

Thailand merupakan pasaran pertama di dunia yang menawarkan Haval Jolion dengan enjin hibrid kerana pasaran lain seperti Afrika Selatan dan Australia hanya menawarkan enjin 1.5 liter turbocaj petrol (152 PS/220 Nm).

Haval Jolion HEV dikuasakan oleh unit enjin pembakaran dalaman yang sama dengan tambahan motor elektrik menjadikan gabungan output kuasa 243 PS dan 530 Nm.

Baca: Haval Jolion debut di Thailand, CKD di Rayong, katanya bakal eksport ke Malaysia

2021 Haval Jolion rasmi di ASEAN - dari RM 111k, pelancaran Malaysia menyusul? 02

Enjinnya sama dengan enjin yang tersedia pada model 'abang', Haval H6 Hybrid. Walaupun Haval Jolion bersaing dengan SUV seperti Toyota Corolla Cross dan Subaru XV, saiznya hanya 181 mm lebih pendek berbanding Haval H6.

Perbandingan Dimensi
Model Panjang (mm) Lebar (mm) Tinggi (mm) Jarak Roda(mm)
Jolion 4,472 1,841 1,574 2,700
Corolla Cross 4,460 1,825 1,620 2,640
XV 4,465 1,800 1,615 2,665
X50 4,330 1,800 1,609 2,600

2021 Haval Jolion rasmi di ASEAN - dari RM 111k, pelancaran Malaysia menyusul? 03

Hal ini kerana kedua-dua Haval Jolion dan Haval H6 dibina di atas platform LEMON daripada Great Wall Motors (GWM).

Nama 'Jolion' di China sebenarnya disebut "Chulian" yang bermaksud "Cinta Pertama". Sekurang-kurangnya ia tidak dinamakan sebagai Haval Big Dog yang kedengaran sedikit haram.

Baca: Rebiu ringkas Haval H6 2021 dari Thailand – bakal ke Malaysia untuk gulingkan Proton X70?

2021 Haval Jolion rasmi di ASEAN - dari RM 111k, pelancaran Malaysia menyusul? 04

Dari segi rekaan, Haval Jolion HEV sama dengan model biasa tetapi masih memaparkan beberapa perubahan reka bentuk kecil. Selain daripada lencana HEV, ia juga mendapat bampar dan lampu depan yang direka bentuk semula.

2021 Haval Jolion rasmi di ASEAN - dari RM 111k, pelancaran Malaysia menyusul? 05

Dalam lambakan SUV yang ada dalam pasaran, Haval Jolion adalah SUV dengan rekaan yang unik. Lampu siang DRL yang memanjang diletakkan di sepanjang bampar hadapan turut berfungsi sebagai lampu isyarat belok yang pastinya menarik perhatian pemandu lain, terutamanya pemandu dari hadapan.

2021 Haval Jolion rasmi di ASEAN - dari RM 111k, pelancaran Malaysia menyusul? 06

Rim 18-inci

Varian Tech dan Pro dilengkapi dengan rim 17-inci manakala varian Ultra yang paling tinggi menerima rim 18-inci yang lebih besar.

2021 Haval Jolion rasmi di ASEAN - dari RM 111k, pelancaran Malaysia menyusul? 07

Varian Ultra ditunjukkan, varian yang lebih rendah mendapat kabin dalaman serba hitam

Apabila bercakap tentang ciri keselamatan, Haval Jolion masih dilengkapi dengan standard yang agak tinggi. Malah, duduk di dalam SUV ini memberikan sedikit perasaan seperti memandu 2021 Land Rover Defender, daripada rekaan kabin dalaman sehinggalah kedudukan logo Haval pada stereng.

2021 Haval Jolion rasmi di ASEAN - dari RM 111k, pelancaran Malaysia menyusul? 08

Ciri standard pada ketiga-tiga varian Haval Jolion ialah:

2021 Haval Jolion rasmi di ASEAN - dari RM 111k, pelancaran Malaysia menyusul? 09

Varian Pro menambah cermin sisi automatik, tempat duduk berventilasi, dan ventilasi penghawa dingin belakang. Varian Ultra teratas pula dilengkapi dengan sarat termasuk:

  • bumbung suria panoramik
  • Paparan Heads Up Display
  • Pengecas nirwayar Qi
  • Paparan infotainment 12.3 inci
  • Sistem penapis udara PM 2.5

2021 Haval Jolion rasmi di ASEAN - dari RM 111k, pelancaran Malaysia menyusul? 10

Ciri-ciri keselamatan standard juga tidak lokek dengan 6 beg udara, AEB, Amaran Pertukaran Lorong (LDW), Bantuan Kekal Lorong (LKA) dan Amaran Titik Buta tersedia sebagai standard.

2021 Haval Jolion rasmi di ASEAN - dari RM 111k, pelancaran Malaysia menyusul? 11

Varian yang lebih tinggi mendapat suite lengkap ADAS termasuk:

  • Kawalan Pelayaran Adaptif (ACC) dengan fungsi henti gerak
  • Pengesanan papan tanda lalu lintas
  • Amaran lalu lintas lintas belakang (RCTA)
  • Brek lalu lintas belakang (RCTB)
  • Bantuan Brek Kecemasan Kelajuan Rendah (LSEB)
  • Amaran Perlanggaran Belakang (RCW)

2021 Haval Jolion rasmi di ASEAN - dari RM 111k, pelancaran Malaysia menyusul? 12

Tidak mengejutkan untuk melihat Haval Jolion yang padat dengan banyak ciri kelengkapan dan keselesaan dijual pada harga yang sangat berpatutan. Malah, Haval Jolion sebenarnya telah mendominasi kebanyakan pasaran dan merupakan salah satu SUV yang paling popular dijual.

Maka tidak syak lagi sekiranya ia akan mengikuti Haval H6 dalam mengembangkan populariti Haval di Thailand.

Baca: SUV hibrid China ‘tapau’ Honda CR-V di Thailand, menjadi SUV segmen C terlaris pada Ogos 2021

2021 Haval Jolion rasmi di ASEAN - dari RM 111k, pelancaran Malaysia menyusul? 13

Haval Jolion pernah ditemui di Malaysia

Seperti yang telah kami laporkan sebelum ini, GWM Thailand sedang melihat peluang untuk mengeksport lebih banyak model dari kilang mereka di Rayong, Thailand ke pasaran lain di ASEAN untuk model Haval Jolion dan Haval H6. Kedua-dua model itu dijangka dibawa ke Malaysia tetapi buat masa ini, pengedar tempatan Haval, Go Auto, hanya auto diam.

Baca: SUV No.1 di China, Haval H6 bakal tembus pasaran Malaysia. Proton X70 boleh tergugat?

2021 Haval Jolion rasmi di ASEAN - dari RM 111k, pelancaran Malaysia menyusul? 14

Jika Haval Jolion dibawa masuk ke Malaysia, ia mungkin mampu menyaingi SUV Jepun lain. Namun sejarah membuktikan bahawa mana-mana pengeluar yang masuk melalui pengedar di Malaysia di tambah dengan ketiadaan pemasangan tempatan tidak mampu menawarkan harga yang kompetitif. Menarik untuk melihat bagaimana Haval akan menyelesaikan masalah tersebut.

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Haval Jolion Upcoming Version

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda