window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

2021 Porsche Cayenne dipertingkat dari RM 550k - CKD Malaysia pertama, pilihan aksesori tanpa had!

Haris · Nov 9, 2021 06:00 PM

2021 Porsche Cayenne dipertingkat dari RM 550k - CKD Malaysia pertama, pilihan aksesori tanpa had! 01

Porsche Malaysia yang diwakili oleh Sime Darby Auto Performance dengan bangganya mengesahkan Porsche Cayenne sebagai model yang dipilih untuk pemasangan tempatan (CKD) di Kulim, Malaysia, dengan rangkaian peralatan standard yang dipertingkat secara eksklusif untuk pasaran Malaysia.

2021 Porsche Cayenne dipertingkat dari RM 550k - CKD Malaysia pertama, pilihan aksesori tanpa had! 02

Hampir dua puluh tahun dan tiga generasi, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) ikonik Porsche Cayenne membawa jenamanya ke peringkat yang lebih tinggi dengan keupayaan off road yang mantap, menggandingkan kabin dalaman yang elegan dengan keselesaan yang tiada tandingannya, serta mengekspresikan dinamik pemanduan yang mantap lalu meletakkannya dalam kelas yang tersendiri.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

2021 Porsche Cayenne dipertingkat dari RM 550k - CKD Malaysia pertama, pilihan aksesori tanpa had! 01

Seperti yang dimaklumkan, ini adalah pengeluaran Porsche yang pertama seumpamanya di luar Eropah, memberi komitmen jenama tersebut kepada Malaysia dan pengiktirafan potensi untuk pembangunan dalam pelbagai aspek di rantau ASEAN.

Beberapa perincian reka bentuk kini standard misalnya lampu depan LED dengan Sistem Cahaya Dinamik Porsche (PDLS), lampu belakang LED, pilihan tiga warna cat metalik dengan aksen kontras hitam berkilat tinggi dan rim 21-inci rekaan RS Spyder yang sporty.

2021 Porsche Cayenne dipertingkat dari RM 550k - CKD Malaysia pertama, pilihan aksesori tanpa had! 02

Bergerak ke bahagian dalam, ciri standard baharu termasuk Sistem Bunyi Keliling BOSE®, dua pilihan warna upholsteri kulit, kawalan iklim empat zon, tempat duduk pelarasan elektronik 14 arah dengan fungsi memori dan penghadang matahari gulungan elektrik untuk tingkap belakang.

Sistem bantuan pemandu juga dipertingkatkan dengan ciri teknologi mudah seperti Comfort Access, sistem Pengurusan Komunikasi Porsche dengan paparan HD penuh 12-inci dan ParkAssist dengan pemandangan hadapan, belakang serta sekeliling.

2021 Porsche Cayenne dipertingkat dari RM 550k - CKD Malaysia pertama, pilihan aksesori tanpa had! 03

Sambungan telefon pintar dengan Apple® CarPlay dan perkhidmatan pintar Porsche Connect turut ditampilkan sebagai standard.

Peningkatan ini digabungkan dengan ciri pemanduan seperti Porsche Advanced Cockpit, stereng sporty pelbagai fungsi dengan paddle shifter dan konsol tengah dengan Direct Touch Control untuk menjadikan Porsche Cayenne pilihan yang benar-benar menonjol dalam kelasnya.

2021 Porsche Cayenne dipertingkat dari RM 550k - CKD Malaysia pertama, pilihan aksesori tanpa had! 04

Terdapat juga Porsche Exclusive Manufaktur Package yang secara asasnya boleh menambah apa sahaja pilihan yang pembeli mahukan. Antara tambahan pilihan penyesuaian yang ditawarkan untuk pembeli (namun tidak terhad kepada) adalah:

  • pelindung lingkungan roda yang lebih menonjol
  • lampu hadapan dan belakang dengan lapisan gelap
  • sistem ekzos sporty dengan dwi pembuluh ekzos
  • pakej perincian dalaman Carbon
  • rim 22-inci dengan rekaan yang lebih sporty
  • barangan Porsche Tequipment
  • jam tangan Porsche Design

2021 Porsche Cayenne dipertingkat dari RM 550k - CKD Malaysia pertama, pilihan aksesori tanpa had! 05

Bagi mereka yang berminat, tempahan untuk Porsche Cayenne yang dipertingkat bermula sekarang daripada RM 550,000. Penghantaran kumpulan pertama dianggarkan bermula pada Mac 2022.

Sebagai perbandingan, model CBU bagi Porsche Cayenne (dengan Pakej Premium) bermula dari RM 665,000 manakala Porsche Cayenne S bermula dari RM 907,315.

Baca: Azmin Ali: Porsche anggap Malaysia sebagai pintu masuk tembus pasaran ASEAN

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Porsche Cayenne 3.0 V6

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda