window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Porsche umum SUV mewah elektrik baharu, bakal menjadi model mercu di atas Porsche Cayenne!

Haris · Mar 15, 2023 11:59 AM

Porsche umum SUV mewah elektrik baharu, bakal menjadi model mercu di atas Porsche Cayenne! 01

Porsche telah mengumumkan barisan model masa depan baharu yang termasuk SUV elektrik mercu yang akan diletakkan di atas model Porsche Cayenne. Langkah ini merupakan sebahagian daripada matlamat untuk menghasilkan lebih daripada 80 peratus kenderaan baharu sebagai model elektrik sepenuhnya (EV) menjelang 2030,

Porsche umum SUV mewah elektrik baharu, bakal menjadi model mercu di atas Porsche Cayenne! 02

SUV dengan nama kod K1 itu akan direka untuk menawarkan 'prestasi yang kukuh dan fungsi pemanduan automatik dengan prestasi mantap Porsche biasa' dan akan menggunakan platform SSP Sport milik Volkswagen Group yang sedang dibangunkan oleh syarikat yang berpangkalan di Stuttgart itu.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Dalam satu kenyataan, Ketua Pegawai Eksekutif Porsche Oliver Blume berkata, "Kami sedang memerhatikan kadar keuntungan yang semakin meningkat dalam segmen ini, khususnya di China dan AS."

Porsche umum SUV mewah elektrik baharu, bakal menjadi model mercu di atas Porsche Cayenne! 01

Selain model Porsche E-SUV perdana baharu, model EV Porsche yang akan datang termasuk:

  • Porsche Macan elektrik yang akan dilancarkan pada tahun 2024 sebagai model EV kedua selepas Taycan
  • Porsche 718 Boxster dan Cayman versi EV dirancang untuk pertengahan dekad ini
  • Porsche Cayenne elektrik sepenuhnya seawal 2025 atau 2026

Baca: Porsche 718 Boxster/Cayman terpakai sekitar RM 330k, jika nak merasa kereta "sport" asas Porsche!

Porsche umum SUV mewah elektrik baharu, bakal menjadi model mercu di atas Porsche Cayenne! 02

Perancangan untuk crossover elektrik sepenuhnya Porsche K1 telah disahkan oleh Porsche sejak bulan Julai lalu yang digambarkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Blume pada masa itu sebagai "tafsiran yang sangat sporty terhadap SUV".

Porsche umum SUV mewah elektrik baharu, bakal menjadi model mercu di atas Porsche Cayenne! 03

Teknologi yang dipamerkan dalam Mission R Concept akan dilihat dalam model Porsche EV yang akan datang

Crossover perdana baharu itu akan dibina di Leipzig bermula dari pertengahan dekad ini. Ia akan menggabungkan teknologi yang dilihat dalam Mission R Concept yang pernah dipamerkan di Pameran Motor Antarabangsa Jerman (IAA) 2021 di Munich.

Porsche umum SUV mewah elektrik baharu, bakal menjadi model mercu di atas Porsche Cayenne! 04

Ciri terbesar model konsep kereta sport itu ialah teknologi 900 volt dan kapasiti pengecasan pantas. Hasil daripada teknologi ini, Porsche mengatakan bahawa ia berkemungkinan untuk mengecas bateri dari 5% hingga 80% dalam masa kira-kira 15 minit sahaja!

Porsche umum SUV mewah elektrik baharu, bakal menjadi model mercu di atas Porsche Cayenne! 05

Porsche juga melaporkan rekod tertinggi pendapatan dan keuntungan pada tahun 2022 kerana ia telah meningkatkan penghantaran kereta berserta kos yang diperketatkan. Jenama dari Stuttgart ini juga merupakan pengeluar kereta paling berharga di Eropah berikutan pembukaan saham awam semenjak awal tahun lepas.

Baca: Bagi setiap 1 unit kereta sportscar yang dijual oleh Porsche, sebanyak 3 SUV Porsche telah terjual. Bagaimana?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Porsche Cayenne 3.0 V6

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda