window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

2023 Kia Sportage adalah SUV terlaris Vietnam; siap "tapau" Mazda CX-5 dan Honda CR-V

Haris · Aug 20, 2022 10:00 AM

2023 Kia Sportage adalah SUV terlaris Vietnam; siap

  • Jenama Kia mendapat sambutan hangat di pasaran Vietnam
  • Kia Sportage dinobatkan sebagai SUV terlaris
  • Bulan pertama dijual

Kia Sportage 2022 serba baharu hanya dilancarkan kurang daripada sebulan di Vietnam sebelum menjadi SUV terlaris mereka untuk Julai 2022. Pencapaian ini juga merupakan suatu kebanggan kerana Kia pernah menghentikan SUV segmen C ini di Vietnam atas sebab angka jualan yang rendah sebelum memperkenalkannya semula pada generasi kelima ini.

2023 Kia Sportage adalah SUV terlaris Vietnam; siap

Berdasarkan Vietnam Automobile Manufacturers Association (VAMA), Kia Sportage menjual 744 kenderaan pada bulan Julai, mengatasi pesaingnya iaitu, Hyundai Tucson (653 kenderaan), Mazda CX-5 (613 kenderaan), Honda CR-V (535 kenderaan) dan Mitsubishi Outlander (302 kenderaan).

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

2023 Kia Sportage adalah SUV terlaris Vietnam; siap

Kia Sportage generasi baharu ini juga dipasang dan diedarkan oleh THACO (Truong Hai Auto Corporation) yang menawarkan sehingga 8 versi, berharga dari 899 juta (RM 171,560) hingga 1,099 bilion dong (RM 209,677).

2023 Kia Sportage adalah SUV terlaris Vietnam; siap

Sungguhpun begitu, Mazda CX-5 kekal sebagai SUV terlaris secara keseluruhan dengan 8,410 unit kenderaan terjual secara keseluruhan manakala tempat kedua disandang Honda CR-V dengan 6,402 unit kenderaan terjual.

Menduduki tempat ketiga dan keempat ialah Hyundai Tucson dengan 4,492 unit kenderaan terjual dan Mitsubishi Outlander sebanyak 2,988 unit kenderaan terjual.

2023 Kia Sportage adalah SUV terlaris Vietnam; siap

2023 Kia Sportage adalah SUV terlaris Vietnam; siap

Kejayaan ini juga turut dibantu oleh THACO yang merupakan pemain industri yang berpengalaman di Vietnam. Syarikat itu mempunyai kapasiti pengeluaran sehingga 70,000 unit setahun. Mereka juga memasang model Mazda dan Peugeot di sana.

2023 Kia Sportage adalah SUV terlaris Vietnam; siap

Kia Sportage spesifikasi Vietnam menawarkan set rim 19-inci aloi yang direka bentuk dalam bentuk "puting beliung" untuk menarik perhatian terhadap model ini. Garis badannya menyerlah dengan skirt sisi krom yang memanjangkan rupa keseluruhannya, memberikan sorotan untuk kecantikan "maskulin" tinggi untuk sebuah SUV segmen C.

2023 Kia Sportage adalah SUV terlaris Vietnam; siap

Vietnam turut menawarkan model Kia Sportage dalam pakej X-Line selain pakej standard yang membawakan rekaan gril dan bampar hadapan trapezoid. Badan kereta dengan cermin pandang belakang gelap digabungkan dengan bezel hitam yang unik, meningkatkan rupa sporty SUV ini.

2023 Kia Sportage adalah SUV terlaris Vietnam; siap

Di Vietnam, Kia Sportage memperkenalkan 3 pilihan enjin: 2.0L Petrol, 2.0L Diesel, dan 1.6L Turbo.

Enjin petrol 2.0L menampilkan 4 versi: Signature, Signature X-Line, Premium dan Luxury manakala enjin diesel 2.0L dan enjin petrol 1.6L Turbo kedua-duanya mempunyai 2 versi Signature dan Signature X-Line.

2023 Kia Sportage adalah SUV terlaris Vietnam; siap

Enjin petrol tercanggih 1.6T dibangunkan untuk pelanggan yang ingin merasai pengalaman pemanduan yang sporty dan berkuasa dengan enjin Smartstream 1.6T serta menikmati teknologi termaju pada model C-SUV.

Versi enjin diesel 2.0L Signature ditujukan kepada pelanggan yang meminati teknologi moden, keselesaan luar biasa dan memberi tumpuan kepada pengalaman pemanduan yang lebih stabil.

Akhir sekali, enjin petrol 2.0L Signature pula akan memuaskan hati pelanggan yang perlu bergerak terutamanya di kawasan bandar, memberi tumpuan kepada keselesaan.

Baca: Dah tengok 2023 Kia Sportage generasi baharu? Kini dilancarkan di Indonesia, tak lama lagi bakal CKD Malaysia!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2019 Kia Sportage 2.0 EX

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda