- 2 daripada 3 model terlaris global Kia ialah SUV
- Kia Sportage CKD akan dilancarkan di Malaysia pada tahun 2023
Kia menjual sebanyak 2,777,056 unit kenderaan di seluruh dunia pada tahun 2021, meningkat 6.5 peratus daripada tahun 2020 tetapi masih turun 1.2 peratus berikutan gangguan pra-pandemik / pra-semikonduktor tahun 2019, apabila Kia menjual sehingga 2,812,294 unit kereta.
Seperti sebelum ini, Kia Sportage kekal sebagai model terlaris global Kia, terjual sebanyak 363,630 unit tahun lepas. Kia Seltos (298,737 unit) dan Kia Forte (240,627 unit) menyusul menjadi model 3 teratas paling laris untuk Kia.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [
728,
90
], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });
Kia Sportage telah dirancang sebagai model pemasangan tempatan (CKD) di Malaysia dan dijangka akan dilancarkan di sini pada tahun 2023. Apabila tersedia di sini, Kia Sportage akan bersaing dengan Toyota Corolla Cross dan Honda CR-V.
Baca: Kia Carnival, Sportage, Sorento & Niro baru akan masuk Malaysia sekali EV, CKD seawal April 2022
Di peringkat global, dua pilihan enjin ditawarkan dalam Kia Sportage serba baharu ini – unit enjin 1.6 liter turbocaj TGDI petrol (180 PS/265 Nm) dan enjin 2.0 liter turbodiesel (186 PS/417 Nm). Kedua-dua enjin dipadankan dengan transmisi DCT 7-kelajuan dan automatik 8-kelajuan mengikut turutan.
Kia juga telah mengesahkan varian Kia Sportage hibrid dan PHEV, tetapi spesifikasinya masih belum didedahkan.
Baca: Senyap itu penting, Kia jelaskan kelebihan FCEV hidrogen untuk kenderaan ketenteraan Kia!
Pada tahun 2022, Kia menyasarkan jualan global sebanyak 3.15 juta unit. Mengikut wilayah, Kia menjangkakan untuk menjual 562,000 unit di Korea dan 2.59 juta kenderaan di pasaran di luar Korea.
Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [
728,
90
], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });