Proton Exora: MPV luas kini serendah RM 14k, baloi angkat second hand?

Proton Exora merupakan MPV pertama buatan Malaysia. Walaupun ia adalah cubaan pertama oleh Proton untuk kereta jenis MPV, mereka membangunkannya terus sebagai sebuah MPV yang agak besar.

Ketika dilancarkan, ramai keluarga tertawan dengan pakej yang dimiliki oleh Proton Exora dimana ia mempunyai ruang yang cukup selesa dan praktikal di dalam pakej rekaan yang cukup kemas. Ditambah pula dengan talaan Ride & Handling oleh Proton, MPV ini memberikan kepuasan pemanduan dan keselesaan penumpang yang cukup memberangsangkan.

Oleh yang demikian, ia berada di pasaran dari tahun 2009 hingga sekarang kerana masih mendapat permintaan dan kekal relevan untuk keperluan keluarga di Malaysia.

Dengan harga kini yang serendah RM 14,000, adakah ia berbaloi untuk dibeli? Mari kita lihat dari aspek penyelenggaraan terlebih dahulu.

Isu dan permasalahan

Secara umumnya, Proton Exora tidak mudah meragam sekiranya dijaga dengan baik. Namun begitu, ia bukanlah tanpa sebarang isu.

Imej: cyberlipas

Antara isu umum yang sering berlaku kepada pemilik Proton Exora ialah masalah gandar belakang (rear axle) yang menggunakan susunan torsion beam. Susunan yang tetap ini lama kelamaan memakan tayar belah dalam. Anggaran kos untuk menggantikan rear axle yang baru mencecah RM 1000.

Selain itu, pemilik sering melaporkan masalah bau petrol di dalam kabin. Menariknya, anda boleh menyelesaikannya sendiri dengan menggunakan silikon yang boleh didapati di kedai perkakasan hardware untuk menutup bahagian yang tidak kedap.

Imej: lelong

Beberapa pengguna Exora juga mengalami kerosakan motor wiper di depan. Kos untuk menukarnya adalah sekitar RM 150.

Imej: sanorhizam

Antara permasalahan lain yang sering dihadapi oleh pemilik ialah amaran kegagalan gearbox yang sering menyala. Isu ini kebiasaanya disebabkan oleh minyak gearbox yang terlalu panas atau sudah habis kelikatannya.

Pada masa yang sama, sejumlah pengguna melaporkan enjin 1.6L turbo yang boleh terasa lemau, tidak berkuasa, dan bising setelah pusat servis Proton mengenakan rawatan enjin X1R. Sekiranya anda ke pusat servis, elakkan mereka daripada menggunakan rawatan enjin tersebut.

Imej: shahauto

Bercakap mengenai enjin, kegagalan sistem turbo juga boleh berlaku dimana ia boleh memakan kos hampir RM 5,000. Sebagai langkah penjagaan, anda boleh meminta mekanik untuk periksa keadaan komponen ini setiap kali melakukan servis.

Bagaimana pula dengan kos servis?

Imej: stephenlangitan

Seperti kereta biasa, selang perbatuan untuk melakukan servis adalah pada setiap 10,000 km. Sebagai sebuah model yang ringkas, ia mempunyai kos servis dan penyelenggaraan yang serupa dengan kereta Jepun.

Model tahun manakah paling baik?

Kami menyarankan pembeli untuk memilih model facelift dimana ia dikeluarkan pada tahun 2015 dan ke atas. Sebab ia adalah model facelift, maka kebanyakan isu pada keluaran awal berkemungkinan telah pulih.

Untuk memudahkan anda, kami juga mencadangkan model yang mempunyai transmisi automatik dan tidak dimodifikasikan untuk mengekalkan kualiti tulen.

Berdasarkan spesifikasi keseluruhan, Proton Exora facelift varian Premium tahun 2015 mempunyai kelengkapan kereta keluarga yang mencukupi seperti kerusi kulit, skrin multimedia DVD beserta Bluetooth, kamera undur, penyaman udara untuk setiap penumpang, dan kawalan pelayaran. Exora 'facelift' juga dilengkapi dengan kawalan kestabilan dan 4 beg udara sebagai standard.

Tinjauan pasaran terpakai

Untuk maklumat anda, model yang tidak mengenakan sebarang modifikasi agak berbaloi untuk dibeli sekiranya unit tersebut dijaga dengan baik. Berdasarkan pasaran terkini, Proton Exora Premium tahun 2016 boleh dimiliki serendah RM 28,000. Ia juga hadir dengan tren kuasa 1.6L turbo CFE (138 PS/205 Nm tork) dan transmisi CVT yang sama seperti model terkini.

Model Harga baru Harga terpakai Purata penurunan harga tahunan
Exora Premium (2016) RM 75,888 ~RM 28,000 15%

Walau apapun, harus diingatkan bahawa harga yang tertera di dalam laman sesawang jualan kebiasaannya belum muktamad. Anda mungkin perlu menambah sejumlah wang untuk membayar beberapa cas tambahan yang diperlukan untuk menyerahkan hak milik kepada anda sepenuhnya.

Selain itu, apa yang harus ditelitikan?

Imej: Kejapps

Seperti mana-mana kereta terpakai, tiada kereta sama yang mempunyai keadaan yang serupa. Oleh itu, anda lebih digalakkan untuk membeli terus daripada pemilik untuk mengetahui keadaan asal kereta tersebut. Anda juga disarankan untuk memilih kereta yang mempunyai rekod servis yang penuh untuk mengelakkan diri daripada sebarang penipuan pada perbatuan (mileage). Untuk maklumat anda, rekod servis dan penyelenggaraan juga memudahkan anda untuk mengetahui sejarah penyelenggaraan kereta tersebut.

Imej: AZPro

Seperti kereta terpakai yang lain, anda boleh memeriksa kali terakhir servis dilakukan untuk mengetahui rekod penjagaan dengan lebih terperinci seperti minyak hitam, minyak transmisi (gearbox), air radiator, dan minyak brek.

Selain itu, anda dinasihatkan untuk menguji pandu terlebih dahulu dan meneliti sama ada kereta tersebut pernah mengalami sebarang kerosakan kemalangan ataupun banjir.

Konklusi

Walaupun sudah 13 tahun berada di pasaran, Proton Exora masih sesuai untuk mereka yang mementingkan ruang yang selesa untuk 7 orang tanpa perlu berbelanja besar. Ditambah pula dengan Ride & Handling Proton yang cukup mengagumkan, Proton Exora adalah antara MPV segmen C yang paling sedap dan selesa untuk pemanduan jarak jauh. Ditambah pula dengan harga yang kini jauh lebih murah, mungkin ini masa yang sesuai untuk anda memilikinya.

Oops... Something broke.
    Channel:
Ikuti laman sosial kami:
Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk memb...

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

pengguna membeli kereta idaman
Tambah kereta anda

Naik taraf

Proton Exora

Kereta Terpakai Yang Berkait

Quality Cars Guaranteed

Fixed Price No Hidden Fees

5-Day Money-back Guarantee

1-Year Warranty

Lihat Lebih

Video Pendek Yang Berkenaan

Video Kereta

2021 Proton Persona & Exora Black Edition, Would You Pay RM3,000 Extra For Black Colour?!

Closer Look: Next Proton MPV? Geely Jiaji MPV 1.5L Mild-Hybrid Turbo, See What's Good!

Berita Terkini

The 2023 Ford Ranger and Ranger Raptor add two awards to their list of accolades

It’s been an award-winning season for the new 2023 Ford Ranger and its variants. Recently, it’s added another two more to its list of accolades as Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), the sole distributor for Ford in Malaysia, received the CarPlus Editor’s Choice Award 2022-2023 for ‘Pick-up Truck of the Year’ for the Ranger and ‘Car of the Year’ for the Ranger Raptor. The Ranger boasts an updated design with enhanced aerodynamics and improved interior comfort. It features a range of powerful, effi

From equivalent to RM 208k, Thai prices for 2023 Honda Accord confirmed; gap with CR-V's prices tightens

The all-new 2023 Honda Accord has finally gotten its confirmed price list in Thailand following its preview earlier, entering a two-fold battle which only has it facing off against the Toyota Camry range. Three variants of the hybrid-only Accord will go on sale in Thailand, with prices as follows: Accord e:HEV E: THB 1,599,000 (~RM 208k) Accord e:HEV EL: THB 1,669,000 (~RM 217k) Accord e:HEV RS: THB 1,799,000 (~RM 234k) These prices are slightly more competitive to what its sole rival, the Camry

The upcoming mini Toyota Land Cruiser will be a Corolla Cross-sized "Land Hopper?"

The Toyota Land Cruiser made its name being a tough-as-nails, go-anywhere premium 4x4 with the looks to back it up. Hot on the heels of the new global Land Cruiser 300 and the North American Land Cruiser 250 (Prado) could be a new third, more compact variant that’s being adorably dubbed the Land Hopper. Japanese site Best Car Web has dropped its own rendering of what the Land Hopper could be styled like and unsurprisingly, it appears to be very much like a mini Land Cruiser 250. That’s not a bad

Mercedes-Benz EQS SUV launching in Malaysia on Friday, plus another EV by year's end - EQE SUV?

Referenced briefly in the Budget 2024 commentary, Amanda Zhang, the President and CEO of Mercedes-Benz Malaysia, highlighted the company's increasing momentum and revealed the imminent launch of the Mercedes-Benz EQS SUV, happening this Friday on 20-October. “Our momentum continues to grow, as we eagerly anticipate the arrival of the EQS SUV this Friday, with plans to launch another all-electric model before year end. These efforts underscore our dedication to providing innovative electric vehic

Mercedes-Benz Malaysia supports Budget 2024, targets xEV to make up 50% of sales by 2025

Mercedes-Benz has expressed its support for the 2024 budget announcement made by the Malaysian government, which promotes the adoption of electric mobility. This aligns with the global mission of Mercedes-Benz, known as Ambition 2039, which is a comprehensive strategy aimed at addressing climate protection and reducing air pollution. The company firmly believes in the future of electric vehicles and has a well-defined roadmap to electrify its product range, all while striving to meet sustainabil

Rekomendasi Kereta

PopularLatestUpdates
Hot
Mitsubishi

Mitsubishi Xpander

RM 99,980

Lihat Model
Honda

Honda Civic Type R

RM 330,002 - 399,900

Lihat Model
Upcoming
Volvo

Volvo EX30

TBC

Lihat Model
Rolls Royce

Rolls Royce Spectre

RM 2,000,000

Lihat Model

Perbandingan Kereta Berkaitan

Proton Exora
Cek Lebih