Honda
New City vs Almera vs Vios...
80
Secara keseluruhan, Honda City memakan belanja sebanyak RM 3,669 untuk dijaga selama 5 tahun/100,000 km. Sebagai perbandingan, Nissan Almera hanya memerlukan RM 1,766 untuk dijaga dalam tempoh yang sama ataupun 70,000 km.
Kenapa 70,000 km sahaja? Kami akan huraikan di bawah.
Untuk maklumat anda, Nissan menawarkan servis percuma secara selang. Maka itu, anda hanya perlu menanggung kos servis 1 kali sahaja untuk setahun. Servis percuma ini berkuat kuasa sehingga perbatuan 63,000 km/54 bulan. Selepas itu, kos untuk setiap servis harus ditanggung sendiri oleh pemilik.
Kos servis Nissan Almera | ||
---|---|---|
Bulan | Perbatuan (km) | Kos (RM) |
1 | 1,000 | 0 |
6 | 7,000 | 0 |
12 | 14,000 | 257.24 |
18 | 21,000 | 0 |
24 | 28,000 | 448.28 |
30 | 35,000 | 0 |
36 | 42,000 | 355.68 |
42 | 49,000 | 0 |
48 | 56,000 | 448.28 |
54 | 63,000 | 0 |
60 | 70,000 | 257.24 |
Jumlah | 1,766.72 |
Pada masa yang sama, Nissan menggunakan selang servis 6 bulan/7,000 km berbanding 10,000 km oleh standard industri.
Kos servis Nissan Almera sehingga 100,000 km | ||
---|---|---|
Bulan | Perbatuan (km) | Kos (RM) |
1 | 1,000 | 0 |
6 | 7,000 | 0 |
12 | 14,000 | 257.24 |
18 | 21,000 | 0 |
24 | 28,000 | 448.28 |
30 | 35,000 | 0 |
36 | 42,000 | 355.68 |
42 | 49,000 | 0 |
48 | 56,000 | 448.28 |
54 | 63,000 | 0 |
60 | 70,000 | 257.24 |
66 | 77,000 | 257.24 |
72 | 84,000 | 1,004.99 |
78 | 91,000 | 257.24 |
84 | 98,000 | 603.62 |
Jumlah | 3,889.81 |
Secara tidak langsung, untuk bulan ke-60, perbatuan Nissan Almera hanya mencecah 70,000 km berbanding 100,000 km pada Honda City.
Sebagai perbandingan, Honda pula menawarkan kos upah percuma untuk servis secara selang sehingga bulan ke-60/100,000 km.
Sekiranya dibandingkan untuk perbatuan 100,000 km, Nissan Almera memakan kos sebanyak RM 3,889 untuk dijaga. Ini sebenarnya lebih mahal daripada kos untuk menjaga Honda City.
Kos servis Honda City | ||
---|---|---|
Bulan | Perbatuan (km) | Kos (RM) |
1 | 1,000 | 0 |
6 | 10,000 | 243.74 |
12 | 20,000 | 301.69 |
18 | 30,000 | 319.53 |
24 | 40,000 | 446.83 |
30 | 50,000 | 243.74 |
36 | 60,000 | 391.29 |
42 | 70,000 | 243.74 |
48 | 80,000 | 446.83 |
54 | 90,000 | 319.53 |
60 | 100,000 | 712.79 |
Jumlah | 3,669.71 |
Dalam erti kata lain, pemilik Nissan Almera mempunyai lagi 24 bulan untuk mencecah perbatuan 100,000 km berbanding tempoh 60 bulan pada Honda City.
Menariknya, minyak gearbox CVT pada Nissan Almera perlu ditukar untuk setiap 84,000 km/48 bulan.
Untuk Honda City pula, penukaran minyak gearbox disarankan untuk setiap 40,000 km/24 bulan – lebih singkat daripada Nissan Almera.
Sebenarnya, ia bergantung kepada individu.
Sekiranya anda inginkan prestasi dan penjimatan minyak yang memuaskan melalui enjin turbo yang berkapasiti lebih kecil, Nissan Almera tidak mengecewakan sama sekali. Tetapi jika anda inginkan sesuatu yang lebih konvensional, Honda City sebenarnya lebih sesuai.
Di antara kedua-dua model ini, Nissan Almera sebenarnya lebih selesa tetapi Honda City mempunyai interior yang lebih praktikal dengan kehadiran sokongan Android Auto dimana ciri ini tidak terdapat pada Nissan Almera.
Lagipun, kedua-dua model ini mempunyai ciri keselamatan yang hampir sama dimana kedua-duanya hadir dengan 6 beg udara, kawalan kestabilan dan pelbagai ciri bantuan pandu ADAS. Honda City 1.5V mempunyai kamera Honda LaneWatch dan corong penyaman udara untuk penumpang belakang manakala Nissan Almera mempunyai kamera 360-darjah, amaran titik buta, amaran pelintas belakang, dan brek kecemasan automatik. Selain ciri kamera 360-darjah, ciri bantuan pandu Honda Sensing hanya hadir pada Honda City RS.
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}
8