RASMI: Honda Civic (FE) 2022 gen 11 membuat debut – enjin sama, Sensing terbaru, masuk Malaysia tahun ini juga?

Dengan prototaip dan beberapa spyshot yang pernah dilihat sebelum ini, akhirnya Honda Civic 2022 serba baharu diperkenalkan secara rasmi di Amerika sebentar tadi.

Selain rupa paras luar dan dalam yang serba baru, Honda Civic FE generasi ke-11 ini turut hadir dengan ciri baru dan Honda Sensing yang dinaik taraf.

Eksterior – lebih konservatif tetapi lebih kemas

Apapun, perlu dimaklumkan bahawa debut ini menyaksikan Honda Civic spec Amerika. Perincian mengenai versi untuk pasaran Asia akan diumum kemudian.

Di Amerika, Honda Civic ditawarkan dalam bentuk sedan. Bentuk hatchback pula akan menyusul di masa yang akan datang. Disebabkan kilang pemasangan Honda di United Kingdom baru sahaja ditamatkan, Honda Civic hatchback generasi baharu akan dipasang di Amerika.

Tidak mengira jenis badan ataupun varian apa sekalipun, Honda Civic generasi baru masih kekal dengan resepi turun temurun, iaitu pakej yang menarik minat pelbagai demografi.

Juga bacaHonda Civic: 50 tahun di persada dunia - 7 sebab ia kekal popular di Malaysia

Reka bentuk berani ala boomerang yang diterapkan pada generasi sebelum ini digantikan dengan penampilan yang lebih matang dan premium. Malah, ia kelihatan seperti baby Honda Accord.

Dimensi - adakah ia lebih besar berbanding CIvic ketam?

Berbanding generasi sebelum ini, jarak roda untuk Honda Civic FE meningkat sebanyak 36 mm. Malah, ia 33 mm lebih panjang berbanding model sebelum ini. Tinggi dan lebar pula dikekalkan seperti dahulu.

Menariknya, ruang but belakangnya yang berkeluasan 402 - 419 liter sebenarnya lebih kecil daripada 416 - 248 liter yang dimiliki oleh Honda Civic generasi sebelum ini.

Juga bacaHonda Civic 2021 serba baharu dirasmikan – pelancaran di Malaysia lebih awal?

Interior – sentuhan elemen retro tetapi lebih moden

Bahagian dalam Honda Civic 2022 diinovasikan oleh falsafah “Man Maximum, Machine Minimum” yang mana ia kini dibangunkan berdasarkan pemahaman “simplicity and something”.

Antara sentuhan yang baru ialah bahagian papan pemuka yang lebih selari (kini sebagai corong penyaman udara, sama seperti Honda HR-V 2021), kemasan trim jenis honeycomb, dan skrin infotainment sesentuh jenis berdiri yang bersaiz 7 atau 9 inci, bergantung pada varian.

Sokongan sistem bunyi Bose dengan 12 pembesar suara serta Android Auto dan Apple CarPlay turut didatangkan. Varian yang lebih atas pula dilengkapkan dengan versi tanpa wayar. 

Juga bacaKenapa kereta anda wajib ada Apple CarPlay dan Android Auto? Ini sebabnya

Walaupun kabin ini meletakkan fokus kepada unsur minimalis, ia masih kekal dengan butang fizikal untuk kawalan multimedia dan penyaman udara yang mana ia lebih mudah untuk pengguna.

Selain itu, bahagian tempat duduknya turut diperbaharui. Malah, kluster instrumen digital (sepenuhnya untuk varian yang lebih atas) yang terletak di sebalik roda stereng yang baru juga tampil dengan paparan grafik yang terkini.

Apapun, Honda turut mengesahkan bahawa elemen reka bentuk yang baru ini akan beransur pada model-model Honda yang akan datang.

Juga bacaBahagian interior Honda Civic FE 2021 serba baharu didedah secara rasmi – ringkas tetapi futuristik!

Trenkuasa – enjin yang dipertingkatkan

Di pasaran Amerika, Honda Civic generasi ke-11 hadir dengan pilihan enjin 1.5L turbo ataupun 2.0L aspirasi natural:

Trenkuasa Honda Civic 2022
Format

1.5L 4 silinder

Berpengecas turbo

180 PS/240 Nm tork

Transmisi CVT

2.0L 4 silinder

Aspirasi natural

158 PS/ 187 Nm tork

Transmisi CVT

Walaupun dengan trenkuasa yang sama, enjin 1.5L turbo telah dinaik taraf untuk menghasilkan 4 PS/20 Nm tork lebih daripada Honda Civic generasi sebelum ini.

Untuk sedan, pilihan transmisi manual 6 kelajuan telah ditamatkan. Apapun, ia dijangka hadir pada versi Type R yang bakal menyusul tidak lama lagi.

Keselamatan – Honda Sensing yang dinaik taraf

Honda Civic serba baharu didatangkan dengan ciri keselamatan Honda Sensing yang terkini. Antara pembaharuan yang diterapkan ialah ciri Blind Spot Monitoring (BSM), Traffic Jam Assist, dan Low Speed Brake Control.

Bila Civic baru nak masuk Malaysia?

Honda Civic yang baru sahaja membuat debut ini adalah spec Amerika yang mana jualannya akan bermula pada Jun yang akan datang. Walau bagaimanapun, Honda Malaysia telah memberikan petunjuk bahawa ia akan debut di Malaysia tahun ini juga sekiranya semua pelan berjalan dengan lancar.

Juga bacaHonda Civic FE 2022 serba baharu akan tembus pasaran Malaysia seawal tahun 2021!

Namun begitu, pasaran Thailand yang dijadikan sebagai ‘ibu’ di rantau ini sekalipun masih belum umumkan sebarang pelan mengenai Honda Civic baru. Disebabkan itu, Honda Malaysia mungkin merujuknya sebagai pra-tonton awal.

Ikuti laman sosial kami:
Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk memb...

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

pengguna membeli kereta idaman
Tambah kereta anda

Naik taraf

Honda Civic

Kereta Terpakai Yang Berkait

Quality Cars Guaranteed

Fixed Price No Hidden Fees

5-Day Money-back Guarantee

1-Year Warranty

Lihat Lebih

Video Pendek Yang Berkenaan

Video Kereta

2022 Honda Civic e:HEV 2.0 i-MMD Hybrid Review in Malaysia with 315 Nm of torque!

2020 Honda Civic 1.5 Turbo Review Di Malaysia, Sedan Idaman Semua Lelaki!

All the Cars We've Tested in 2020, Proton X50, Almera, CR-V etc, Which is The Best??

2020 Honda Civic 1.5 Turbo Facelift Review, Best Value For Money C-Segment Sedan!

2020 Honda Civic Turbo vs Toyota Corolla Altis vs Mazda 3, Which C-Segment Sedan to Buy?! | WapCar

Berita Terkini

The 2023 Ford Ranger and Ranger Raptor add two awards to their list of accolades

It’s been an award-winning season for the new 2023 Ford Ranger and its variants. Recently, it’s added another two more to its list of accolades as Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), the sole distributor for Ford in Malaysia, received the CarPlus Editor’s Choice Award 2022-2023 for ‘Pick-up Truck of the Year’ for the Ranger and ‘Car of the Year’ for the Ranger Raptor. The Ranger boasts an updated design with enhanced aerodynamics and improved interior comfort. It features a range of powerful, effi

From equivalent to RM 208k, Thai prices for 2023 Honda Accord confirmed; gap with CR-V's prices tightens

The all-new 2023 Honda Accord has finally gotten its confirmed price list in Thailand following its preview earlier, entering a two-fold battle which only has it facing off against the Toyota Camry range. Three variants of the hybrid-only Accord will go on sale in Thailand, with prices as follows: Accord e:HEV E: THB 1,599,000 (~RM 208k) Accord e:HEV EL: THB 1,669,000 (~RM 217k) Accord e:HEV RS: THB 1,799,000 (~RM 234k) These prices are slightly more competitive to what its sole rival, the Camry

The upcoming mini Toyota Land Cruiser will be a Corolla Cross-sized "Land Hopper?"

The Toyota Land Cruiser made its name being a tough-as-nails, go-anywhere premium 4x4 with the looks to back it up. Hot on the heels of the new global Land Cruiser 300 and the North American Land Cruiser 250 (Prado) could be a new third, more compact variant that’s being adorably dubbed the Land Hopper. Japanese site Best Car Web has dropped its own rendering of what the Land Hopper could be styled like and unsurprisingly, it appears to be very much like a mini Land Cruiser 250. That’s not a bad

Mercedes-Benz EQS SUV launching in Malaysia on Friday, plus another EV by year's end - EQE SUV?

Referenced briefly in the Budget 2024 commentary, Amanda Zhang, the President and CEO of Mercedes-Benz Malaysia, highlighted the company's increasing momentum and revealed the imminent launch of the Mercedes-Benz EQS SUV, happening this Friday on 20-October. “Our momentum continues to grow, as we eagerly anticipate the arrival of the EQS SUV this Friday, with plans to launch another all-electric model before year end. These efforts underscore our dedication to providing innovative electric vehic

Mercedes-Benz Malaysia supports Budget 2024, targets xEV to make up 50% of sales by 2025

Mercedes-Benz has expressed its support for the 2024 budget announcement made by the Malaysian government, which promotes the adoption of electric mobility. This aligns with the global mission of Mercedes-Benz, known as Ambition 2039, which is a comprehensive strategy aimed at addressing climate protection and reducing air pollution. The company firmly believes in the future of electric vehicles and has a well-defined roadmap to electrify its product range, all while striving to meet sustainabil

Rekomendasi Kereta

PopularLatestUpdates
Hot
Mitsubishi

Mitsubishi Xpander

RM 99,980

Lihat Model
Honda

Honda Civic Type R

RM 330,002 - 399,900

Lihat Model
Upcoming
Volvo

Volvo EX30

TBC

Lihat Model
Rolls Royce

Rolls Royce Spectre

RM 2,000,000

Lihat Model

Perbandingan Kereta Berkaitan

Honda Civic
Cek Lebih