window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda Civic: 50 tahun di persada dunia - 7 sebab ia kekal popular di Malaysia

Faisal · Mar 28, 2021 06:00 PM

Honda Civic: 50 tahun di persada dunia - 7 sebab ia kekal popular di Malaysia 01

Nama ‘Civic’ cukup disegani dalam dunia permotoran. Malah, ia antara jentera yang paling ikonik dalam sejarah automobil. Walaupun dengan saingan yang hebat-hebat belaka, Honda Civic tetap menjadi pujaan ramai.

Juga bacaApa yang ada dalam kereta peronda Honda Civic PDRM? Jom tengok!

Honda Civic: 50 tahun di persada dunia - 7 sebab ia kekal popular di Malaysia 02

Bahagian dalam Honda Civic generasi pertama pun sudah memukaukan.

Di samping itu, ia sering menjadi sumber inspirasi buat pesaing di segmen C. Setiap kali Honda Civic baharu dikeluarkan, pihak lawan pasti tertanya-tanya akan pembaharuannya.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Honda Civic: 50 tahun di persada dunia - 7 sebab ia kekal popular di Malaysia 01

Namun begitu, pernahkah anda tertanya apa resepi yang membuatkan jentera ini menjadi begitu 'glamour'? Mari kami perincikan 7 sebab utama yang membolehkan Honda Civic berada di persada dunia sejak tahun 70-an lagi.

Pengendalian

Honda Civic: 50 tahun di persada dunia - 7 sebab ia kekal popular di Malaysia 02

Tidak mengira generasi mana sekalipun, Honda Civic terkenal dengan karakter pemanduan yang lebih sporty berbanding pesaing lain. Malah, sterengnya juga terasa lebih ‘hidup’ dan organik. Watak pemanduan yang sebegini bermula sejak tahun 1987, iaitu tahun Honda Civic generasi EF diperkenalkan. Untuk maklumat anda, ia merupakan Honda Civic pertama yang datang dengan suspensi jenis Double Wishbone.

Honda Civic: 50 tahun di persada dunia - 7 sebab ia kekal popular di Malaysia 03

Siapa masih ingat babak Honda Civic dalam filem Fast and Furious pertama?

Dalam erti kata lain, suspensi ini lebih canggih berbanding suspensi Torsion Beam mahupun Multi-Link yang ada di kelasnya ketika itu. Disebabkan suspensi ini cukup menakjubkan, Honda membawanya semula pada generasi FD setelah ia digugurkan pada generasi ES. Menariknya, Honda Civic generasi FC yang ada di pasaran kita sekarang tetap rasa sporty walaupun menggunakan suspensi belakang jenis Multi-Link.

Trenkuasa yang sporty

Honda Civic: 50 tahun di persada dunia - 7 sebab ia kekal popular di Malaysia 04

Antara legenda VTEC aspirasi natural yang teragung. Dari kiri: Honda Civic Type R EK, EP, dan yang paling digemari ramai, FD2R.

Honda Civic sinonim dengan watak pemanduan bak pasangan menari yang sehati sejiwa. Karakter ini turut diterapkan pada trenkuasanya. Saya sendiri pernah rasai pengalaman memandu Honda Civic tahun EK tahun 1997 milik ayah saya. Sehingga ke hari ini, saya masih ingat lagi akan talaan transmisi automatik 4 kelajuannya yang cukup responsif. Apa yang lebih buatkan saya teringat sampai sekarang ialah transmisi ini akan terus ke gear yang lebih rendah apabila sampai ke sesuatu kelajuan.

Misalnya, ia akan turun ke gear 2 sebaik sahaja kelajuan kurang dari 40 km/j. Begitu juga dengan gear 3 yang mana ia akan kekal sehingga kelajuan 65 km/j. Talaan sebegini membuatkan trenkuasa terasa responsif dan tidak malas langsung. Ditambah pula dengan enjin Honda yang gemar untuk menaiki rpm tinggi, pengalaman saya memandu Honda Civic ketika itu diibarat sebagai sesuatu yang lain daripada yang lain.

Menjimatkan minyak

Walaupun dengan trenkuasa yang rancak, enjin yang digunakan tetap menjimatkan minyak. Istilah “minyak kuat” atau “telan minyak macam air” tidak pernah terkeluar dari mana-mana pemilik Honda Civic. Walaupun dengan enjin VTEC ataupun enjin turbo pada Civic yang ada di pasaran sekarang sekalipun, kadar penggunaan minyak tidak pernah menjadi masalah.

Jangka hayat yang lama

Honda Civic: 50 tahun di persada dunia - 7 sebab ia kekal popular di Malaysia 05

Sebagai kereta buatan Jepun yang mutlak, Honda Civic merupakan antara kereta sedan yang paling boleh dipercayai di atas dunia ini. Ditambah pula dengan mekanikal yang tidak begitu kompleks, penggunaan untuk jangka masa yang lama tidak akan menimbulkan isu yang besar. Disebabkan itulah sehingga ke hari ini, ramai peminat tegar masih mencari Honda Civic yang lama.

Kalau anda lihat video ini, sebenarnya agak sukar untuk merosakkan sebuah Honda Civic.

Ruang kabin yang luas

Honda Civic: 50 tahun di persada dunia - 7 sebab ia kekal popular di Malaysia 06

Dari segi dimensi, Honda Civic tidaklah terlalu besar. Walaupun dengan saiz yang sederhana, ruang di bahagian dalamnya cukup memuaskan. Memuatkan pasangan suami isteri di depan dan 3 orang dewasa di belakang tidak menjadi masalah langsung.

Honda Civic: 50 tahun di persada dunia - 7 sebab ia kekal popular di Malaysia 07

Saiz yang tidak begitu besar juga memudahkan pemanduan di kawasan yang sempit. Senang cerita, memandu Honda Civic tidak akan terasa leceh langsung.

Rupa paras yang sporty

Honda Civic: 50 tahun di persada dunia - 7 sebab ia kekal popular di Malaysia 08

Honda Civic terkenal dengan penampilan yang sporty sejak dahulu lagi. Kalau anda lihat, ia nampak lebih agresif berbanding pesaing lain yang mana mereka menggunakan reka bentuk yang lebih selamat dan konservatif. Perkara ini mungkin tidak begitu kritikal tetapi pembeli mungkin cepat rasa bosan kerana kurang sentuhan yang menarik. Seorang legenda pernah berkata, “adakah kereta anda buatkan anda tertoleh semula setelah menguncinya?”. Ayat ini sahaja cukup jelas menceritakan mengenai Honda Civic yang sering menangkap perhatian ramai walaupun ia bukan kereta eksotik.

Faktor ‘wow’

Honda Civic: 50 tahun di persada dunia - 7 sebab ia kekal popular di Malaysia 09

Kalau anda perasan, setiap generasi Honda Civic mesti ada elemen yang unik. Perkara sebegini sahaja sudah cukup untuk buatkan pembeli terpukau dengan jentera yang istimewa ini.

Honda Civic: 50 tahun di persada dunia - 7 sebab ia kekal popular di Malaysia 10

Generasi pertama yang memulakan sentuhan ‘special’ ini ialah Honda Civic EG yang dikeluarkan pada awal era 90-an. Model ini tampil dengan pembuka pintu yang lain daripada yang lain. Selain itu, bahagian headrest kerusi depan juga nampak unik. Ia dipegang oleh satu lengan sahaja untuk penglihatan yang lebih baik dari tempat duduk belakang. Pada masa yang sama, model ini hadir dengan corong penyaman udara di bahagian atas papan pemuka. Fungsinya adalah untuk menyejukkan ruang belakang.

Honda Civic: 50 tahun di persada dunia - 7 sebab ia kekal popular di Malaysia 11

Beralih ke generasi EK, model yang terkenal di lewat era 90-an ini hadir dengan meter bacaan voltan bateri dan sudut kenderaan di konsol tengah. Ia diibarat seperti meter g-force yang menunjukkan pergerakan kenderaan untuk sudut kiri kanan dan atas bawah.

Honda Civic: 50 tahun di persada dunia - 7 sebab ia kekal popular di Malaysia 12

Mengenai generasi ES pula, model yang terkenal pada awal tahun 2000-an ini tampil dengan kluster instrumen jenis self-illuminating yang nampak cukup unik dan moden ketika ia dipersembahkan ke dunia.

Honda Civic: 50 tahun di persada dunia - 7 sebab ia kekal popular di Malaysia 13

Bercakap mengenai unik, tiada apa yang dapat melawan generasi FD yang cukup terkenal sejak pertengahan tahun 2000-an. Dengan visual luar dan dalam yang serba futuristik, model ini seperti dihasilkan dari dunia yang berbeza. Antara ciri yang memukaukan pasaran ketika itu ialah speedometer digital dan pedal lantai.

Honda Civic: 50 tahun di persada dunia - 7 sebab ia kekal popular di Malaysia 14

Sementara kita di topik digital, generasi FB, iaitu Honda Civic generasi sebelum ini terkenal dengan kabin yang lebih berteknologi. Unsur ini dilengkapkan lagi dengan reka bentuk papan pemuka ala dua tingkat.

Honda Civic: 50 tahun di persada dunia - 7 sebab ia kekal popular di Malaysia 15

Selepas itu, Honda Civic beransur ke generasi FC, iaitu generasi sekarang. Generasi ini memberi fokus yang lebih kepada pemahaman yang lebih premium dan praktikal. Apapun, ia sikitpun tidak menjejaskan Honda Civic dari memiliki faktor ‘wow’. Antaranya seperti kluster instrumen digital, lampu belakang ala boomerang yang nampak menyerlah ketika waktu malam, dan reka bentuk keseluruhan yang nampak cukup ‘powerful’ di khalayak ramai.

Konklusi

Honda Civic: 50 tahun di persada dunia - 7 sebab ia kekal popular di Malaysia 16

Melalui 7 kekuatan yang ada pada sebuah Honda Civic, tidak hairanlah ia menjadi pilihan ramai walaupun untuk golongan pakcik sekalipun.

Juga bacaSpyshot: Honda Civic FE 2022 versi produksi dilihat di China

Honda Civic: 50 tahun di persada dunia - 7 sebab ia kekal popular di Malaysia 17

Dengan tertularnya generasi seterusnya (FE) yang lebih matang, nampaknya Honda Civic akan kekal bertakhta di persada dunia.

Juga bacaSpyshot: Honda Civic FE 2022 versi atas jalan diintip dalam penghantaran!

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda Civic e:HEV 2.0L RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda