window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Cara betul dan selamat guna ‘jack’ untuk tukar tayar, elakkan perkara ini!

Mersita · May 29, 2021 02:00 PM

Cara betul dan selamat guna ‘jack’ untuk tukar tayar, elakkan perkara ini! 01

Memandangkan zaman dah moden, kes tayar pancit pun boleh selesai dengan mudah dan cepat tanpa perlu keluar dari kereta. Cuma tekan-tekan saja aplikasi di telefon pintar, mekanik datang membantu sekelip mata. Oleh itu, tak hairanlah jika semakin ramai pemandu masih tidak tahu bagaimana caranya untuk menukar tayar kereta.

Namun, teknologi juga ada kekurangannya. Jika berlaku kecemasan dan tiada orang yang boleh datang membantu ataupun anda buta IT, kemahiran menukar tayar dengan selamat dan betul merupakan salah satu ilmu kemahiran yang patut dikuasai.

Bagaimana caranya menukar tayar kereta dengan betul dan selamat? Ini caranya.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

1. Parkir kereta anda di lokasi yang selamat. Pastikan permukaan tanah keras dan rata

Hentikan kereta anda di lokasi yang selamat. Kalau boleh, pandu perlahan-lahan ke sisi jalan yang luas ataupun lorong kosong sebelum cuba untuk membaiki kereta anda.

Berhenti di lorong kecemasan lebuh raya adalah sangat merbahaya kerana risiko amat tinggi untuk kemalangan disebabkan trafik berkelajuan tinggi.

Juga bacaJenama & model tayar kereta terbaik mengikut jenis untuk saiz 13 hingga 17 inci!

Cara betul dan selamat guna ‘jack’ untuk tukar tayar, elakkan perkara ini! 01

Semasa mencari lokasi yang selamat untuk berhenti, pastikan juga anda memberhentikan kereta di atas permukaan jalan yang rata dan tidak curam. Pastikan keempat-empat tayar kereta anda berada pada ketinggian yang sama.

Cara betul dan selamat guna ‘jack’ untuk tukar tayar, elakkan perkara ini! 02

Cari tempat selamat dan dengan permukaan keras untuk 'jack' kereta. Foto

Ini kerana kereta anda akan berada pada posisi condong ketika ‘jack’ digunakan. Jika kereta senget sebelah, kereta anda berisiko untuk terbalik.

Permukaan tanah yang lembut juga boleh mengakibatkan anda tersekat di bawah kereta ataupun lengan anda tersepit dengan berat kereta. Bahaya, pastikan anda cukup berhati-hati.

Baca juga: “Tayar murah” membunuh, mengapa tayar bagus harganya lebih mahal?

2. Tarik brek tangan dan alih gear ke ‘P’ (Parking)

Cara betul dan selamat guna ‘jack’ untuk tukar tayar, elakkan perkara ini! 03

Pastikan brek parkir kereta anda dipasang dan dikemaskan sepenuhnya dengan menarik brek tangan serta gear pada ‘P’ atau ‘Parking’ sebelum anda mula menaikkan dasar kereta dengan jack.

Ini amat penting supaya tayar kereta tidak bergerak bagi mengelakkan kereta anda daripada tergelincir ke depan atau belakang.

Cara betul dan selamat guna ‘jack’ untuk tukar tayar, elakkan perkara ini! 04

‘Scissor jack’ mempunyai dasar/tapak yang kecil dan ia mudah terbalik

Kenapa perkara ini perlu dielakkan?

Pertama, kereta anda berisiko jatuh atau terlepas dari ‘jack’ yang digunakan (‘scissor jack’ mempunyai tapak yang amat kecil). Kedua, anda boleh mencederakan diri sendiri. Jangan ambil risiko.

Baca juga: Memparkir kereta anda: Alih ke “P” atau tarik brek tangan dahulu?

3. Pastikan anda mempunyai peralatan yang betul

Cara betul dan selamat guna ‘jack’ untuk tukar tayar, elakkan perkara ini! 05

Dengan peralatan yang betul dan sesuai, semua kerja jadi senang. Untuk menukar tayar pancit, anda perlukan alat-alatan ini:

  • Spanar / ‘Wrench’
  • ‘Jack’ (kebanyakan kereta didatangkan dengan ‘scissor jack’)
  • Pemegang ‘jack’ / ‘Jack stand’ (selalunya perlu dibeli berasingan)

Kit peralatan asas di dalam kereta anda selalunya ada peralatan-peralatan ini kecuali ‘jack stand’. Usah risau, tayar ganti anda sudah cukup bagus untuk digunakan sebagai langkah keselamatan jika anda menghadapi masalah dengan ‘jack’ berkenaan.

Cara betul dan selamat guna ‘jack’ untuk tukar tayar, elakkan perkara ini! 06

Pastikan tayar ganti anda cukup tekanan anginnya pada setiap masa

Perkara ini ramai yang tidak ambil endah. Pastikan tayar ganti anda selamat untuk digunakan dan cukup angin supaya anda boleh teruskan perjalanan dengan tenang.

Cara betul dan selamat guna ‘jack’ untuk tukar tayar, elakkan perkara ini! 07

Spanar X dan ‘scissor jack’

Namun, jika anda tak cukup peralatan, panggil sajalah orang servis atau kenalan untuk datang membantu.

4. Cari lokasi lubang pemasangan jack

Cara betul dan selamat guna ‘jack’ untuk tukar tayar, elakkan perkara ini! 08

Bukan posisi yang bagus untuk proses menukar tayar, tapi asalkan nampak dimana letaknya posisi lubang ‘jack’ di bawah kereta. Gambar: e30zone

Kereta anda pasti ada lubang ‘jack’ yang ketara berlabel di bahagian bawah kereta. Selalunya ada satu anak panah yang menunjukkan lokasi tepatnya. Kalau tak jumpa, anda boleh rujuk buku panduan pemilik untuk cari di mana lubangnya.

Menge’jack’ kereta anda di kawasan yang selain daripada lubang ‘jack’ ini akan mengakibatkan kerosakan teruk pada bahagian mekanikal serta chassis kereta.

Kereta baru mempunyai ketebalan bingkai yang berbeza-beza bagi mengurangkan berat keseluruhan kereta. Pastikan anda cukup berhati-hati ketika meletakkan atau memasang ‘jack’.

Cara betul dan selamat guna ‘jack’ untuk tukar tayar, elakkan perkara ini! 09

Jika kereta anda kereta lama, seeloknya gunakanlah pelapik getah ataupun blok kayu bagi menjaga kondisi badan kereta.

Beberapa jenis kereta, contohnya BMW E30 lama, mempunyai lubang 'jack' yang mudah berkarat terutama sekali jika bersentuhan secara langsung dengan ‘jack’ lantai.

Baca juga: Tayar baru elok pasang di depan atau belakang?

5. Longgarkan nat tayar sebelum mengangkat/’jack’ kereta

Cara betul dan selamat guna ‘jack’ untuk tukar tayar, elakkan perkara ini! 10

Anda barangkali pernah diberitahu tentang hal ini di sekolah memandu, kami cuma ingin ingatkan sekali lagi. Longgarkan sedikit nat tayar yang hendak ditukar sebelum anda ‘jack’ kereta. Ini kerana ia lebih mudah untuk dilonggarkan sebelum diangkat.

Anda pasti tak mahu menggoyang-goyangkan kereta ketika beratnya hanya ditampung oleh separuh bahagian kereta dalam usaha untuk melonggarkan nat besi pada rim.

Cara betul dan selamat guna ‘jack’ untuk tukar tayar, elakkan perkara ini! 11

Jika rim kereta anda ada penutup plastik pada natnya, buka terlebih dahulu.

6. ‘Jack’ kereta, dan letakkan tayar ganti berhampiran sisi yang diangkat sebagai langkah berjaga-jaga

Cara betul dan selamat guna ‘jack’ untuk tukar tayar, elakkan perkara ini! 12

Anda perlu sabar jika menggunakan ‘scissor jack’

Proses menukar tayar mungkin lama sedikit jika anda hanya ada ‘scissor jack’. Anda perlu sabar dan hati-hati supaya kereta tidak tercalar sepanjang proses ini. Jika anda ada ‘floor jack’ hidraulik, lagi bagus.

Cara betul dan selamat guna ‘jack’ untuk tukar tayar, elakkan perkara ini! 13

Letakkan tayar ganti berhampiran ‘jack’ sebagai langkah keselamatan sekiranya ‘jack’ terlepas

Letakkan tayar ganti di bawah badan kereta bersebelahan dengan ‘jack’ untuk menampung berat kereta anda sekiranya ‘jack’ yang digunakan terlepas dan menyebabkan badan kereta jatuh mengejut.

7. Ganti tayar

Cara betul dan selamat guna ‘jack’ untuk tukar tayar, elakkan perkara ini! 14

Apabila kereta sudah dinaikkan dan natnya sudah dilonggarkan sedikit, anda boleh teruskan membuka nat tayar yang pancit dan gantikannya dengan tayar ganti. Nak cabut tayar mungkin perlukan sedikit tenaga dan paksaan kerana habnya kadangkala keras.

Cara betul dan selamat guna ‘jack’ untuk tukar tayar, elakkan perkara ini! 15

Pasang tayar ganti dengan cermat dan ketatkan nat dengan menggunakan spanar. Cukup sekadar mengetatkannya menggunakan tenaga bahagian atas badan anda. Jangan gunakan kaki atau pijak spanar kerana nat boleh jadi terlalu ketat.

8. Turunkan kereta, kemas peralatan, dah siap!

Cara betul dan selamat guna ‘jack’ untuk tukar tayar, elakkan perkara ini! 16

Apabila tayar ganti sudah selamat dipasang, anda boleh pusing ‘jack’ dari arah bertentangan dan turunkan kereta. Sebelum spanar disimpan, anda boleh cuba ketatkan lagi sedikit nat tayar yang diganti tadi – ingat, jangan terlalu ketat pula.

Pastikan tiada apa-apa yang tertingga di bawah kereta. Bersabar dan tenanglah apabila menggunakan ‘scissor jack’ dan pastikan ia tidak sampai mencalarkan cat badan kereta anda. Setelah berat kereta anda dikongsi dengan tayar ganti yang baru dipasang dengan sempurna, anda sudah boleh memandu seperti biasa.

Kemas barang dan peralatan yang digunakan dengan cermat sebelum memulakan perjalanan. Berikan tumpuan kepada bunyi-bunyi atau perkara aneh yang boleh dirasai ketika memandu. Pandu dengan cermat dan perlahan dalam perjalanan anda ke bengkel tayar yang dipercayai.

Belum pancit pun lagi dah rasa susah nak buat? Kenapa kadangkala ada tayar ‘spare’ pun tak guna? Ini sebabnya.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda