Honda
HRV VS ATIVA, who will be the king of SUV for 2021? Will all-new HRV be launching in Malaysia this year to fight the Ativa?
40
Sejak diperkenalkan, Honda Vezel 2021 (Honda HR-V) di Jepun berupaya meraih sehingga 32,000 tempahan dalam masa 1 bulan.
Juga baca: Rekaan tegap, ciri moden: Honda HR-V 2022 serba baru rasmi didebut!
Untuk maklumat anda, pelanggan di Jepun lebih tertarik dengan varian lebih atas yang mana ia hadir dengan enjin hibrid e:HEV. Berdasarkan tempahan yang diterima, 81% daripadanya adalah berpacuan roda depan. 19% yang selebihnya pula berspesifikasi pacuan semua roda.
Menariknya, varian teratas iaitu Play bukanlah kegemaran rakyat Jepun. 76% daripada pembeli sebenarnya menempah varian Z, iaitu satu spesifikasi yang lebih rendah.
Varian ini datang dengan ciri SUV keluarga yang cukup lengkap. Antaranya seperti Honda Sensing, but belakang berkuasa, kerusi kulit, dan roda 18 inci.
Juga baca: Honda HR-V (RV) 2021 di Jepun nampak ‘boring’? Bersiap sedia dengan kit aksesori Mugen yang cun ini!
Untuk pengetahuan anda, varian Play menambahkan ciri seperti bumbung berwarna hitam, cermin bumbung panoramik, sistem infotainment Honda Connect, pengecas tanpa wayar, dan interior dwi-tona.
Pilihan warna badan yang paling digemari pula ialah Platinum White Pearl, diikuti dengan Crystal Black Pearl.
Juga baca: Kenapa Toyota Alphard dan Toyota Vellfire jarang jumpa warna selain hitam dan putih?
Di Jepun, Honda HR-V 2021 hadir dengan pilihan enjin petrol 1.5L NA 4 silinder (118 PS, 142 Nm tork) dan enjin 1.5L hibrid e:HEV (131 PS, 253 Nm tork).
Juga baca: Honda HR-V generasi baharu - giliran menunggu 10 bulan, lebih mewah daripada Toyota Harrier?
Di sana, harga Honda HR-V yang baru ini bermula dari JPY 2,279,200 – JPY 3,298,900 (RM 86k – RM 125k). Kalau anda nak tahu, julat harga ini lebih mahal daripada HR-V yang terdahulu.
Buat masa ini, Honda HR-V baru sudahpun dikesan sekitar Thailand tetapi belum ada kepastian samada ia akan masuk ke Malaysia atau diganti dengan Honda WR-V yang berharga lebih rendah.
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}
4