window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Spyshot: Honda HR-V 2021 sudah tiba di Thailand?

Faisal Ā· Mar 8, 2021 06:00 PM

Spyshot: Honda HR-V 2021 sudah tiba di Thailand? 01

Tidak sampai sebulan sejak ia membuat debut global, kelibat Honda HR-V 2021 serba baru telahpun dilihat di Thailand.

Intipan ini dijumpai di perkarangan Ayutthaya dimana terletaknya kilang pemasangan Honda Thailand.

Spyshot: Honda HR-V 2021 sudah tiba di Thailand? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Walaupun dengan penyamaran yang penuh, kelibat ini jelas menunjukkan Honda HR-V baru. Malah, penyamaran ini nampak sama seperti intipan pertama yang dijumpai di Jepun beberapa bulan yang lalu.

Spyshot: Honda HR-V 2021 sudah tiba di Thailand? 01

Spyshot pertama yang dilihat di Jepun beberapa bulan yang lalu

Juga bacaIntipan - gambar 2021 Honda HR-V dengan samaran!

Dengan kelibat yang dijumpai di Thailand seawal ini, nampaknya Honda HR-V baharu mungkin dilancarkan akhir tahun ini ataupun awal tahun depan. Sebagai rujukan, Honda City di Thailand dilancarkan 6 bulan selepas kelibat pertama muncul.

Spyshot: Honda HR-V 2021 sudah tiba di Thailand? 02

Secara teknikal, Honda HR-V baharu ditawarkan dengan enjin 1.5L aspirasi natural DOHC i-VTEC yang dipadankan dengan transmisi CVT. Pada masa yang sama, SUV segmen B ini turut ditawarkan dengan pilihan trenkuasa hibrid 1.5L e:HEV. Untuk maklumat anda, trenkuasa ini turut diguna pada Honda City RS yang bakal dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi.

Juga bacaHonda HR-V 2021 serba baru - apa yang beza? Masih menawan?

Jadi, adakah Honda HR-V baru akan masuk Malaysia?

Spyshot: Honda HR-V 2021 sudah tiba di Thailand? 03

Jawapannya mungkin ya mungkin tidak. Apa yang pasti ialah harganya akan meningkat.

Teknologi yang lebih canggih pasti meningkatkan kos perbelanjaan. Disebabkan itu, Honda HR-V baharu mungkin tidak akan masuk Malaysia. Ditambah pula dengan struktur cukai yang memihak kepada Proton X50 dan Perodua Ativa, agak sukar untuk Honda Malaysia pasarkan SUV ini secara kompetitif.

Juga bacaTerlalu 'mahal', Honda HR-V 2021 mungkin tak masuk Malaysia

Anda mungkin perlu membayar lebih mahal untuk Honda HR-V baru

Spyshot: Honda HR-V 2021 sudah tiba di Thailand? 04

Kemungkinan yang kedua ialah Honda HR-V baru akan tetap ditawarkan di Malaysia, tetapi dengan harga yang lebih tinggi. Di pasaran kita, Honda HR-V dijual dengan harga yang bermula dari RM 104k hingga RM 119k. Honda CR-V pula berharga diantara RM 140k ke RM 163k.

Dengan meningkatnya harga Honda HR-V generasi baru, Honda Malaysia mungkin mengisi jurang harga tersebut dengan Honda WR-V generasi seterusnya.

Juga bacaHonda WR-V 2022 serba baru ada potensi cantas Perodua D55L?

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Ā  Jual kereta anda