Intipan: Lagi gambar 2021 Honda HR-V dengan samaran!

Haris · Sep 14, 2020 11:00 AM

Intipan: Lagi gambar 2021 Honda HR-V dengan samaran! 01

Tanpa kita sedari, Honda HR-V sudah pun berada dalam pasaran selama 7 tahun. Namun begitu, kehadiran Honda HR-V di Malaysia bermula pada tahun 2015 manakala versi facelift hadir ke Malaysia pada tahun 2019.

Intipan: Lagi gambar 2021 Honda HR-V dengan samaran! 01

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/MY_Article_Middle_leaderboard_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1670926945518-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1670926945518-0'); });

Kami telah melaporkan bahawa sebuah Honda HR-V telah diintip pada minggu lepas. Hari ini, lebih banyak gambar intipan tular yang memberikan kami sedikit bayangan spesifikasi mengenai Honda HR-V ini.

Rekaan Luar

Intipan: Lagi gambar 2021 Honda HR-V dengan samaran! 01

Melalui gambar intipan ini, rekaan luar mengalami perubahan terbesar dan mungkin Honda HR-V ini akan hadir sebagai Honda HR-V serba baru dan bukannya versi facelift. Gril hadapan SUV misteri ini mempunyai bilah yang lebih banyak berbanding Honda HR-V sedia ada.

Intipan: Lagi gambar 2021 Honda HR-V dengan samaran! 02

Lampu siang juga tampak kelihatan lebih tajam berbanding lampu yang ada pada Honda HR-V generasi sekarang. Gril bawah bahagian hadapan juga mungkin menerima sedikit sentuhan.

Intipan: Lagi gambar 2021 Honda HR-V dengan samaran! 03

Sekadar pemerhatian, rekaan paling ketara mungkin berada pada bahagian belakang. Lampu belakang dilihat mempunyai rekaan yang sedikit tajam dan nipis. Bumbung pada selepas tiang C (C-pillar) pula lebih cerun berbanding rekaan sekarang.

Sedikit petanda spesifikasi

Intipan: Lagi gambar 2021 Honda HR-V dengan samaran! 04

Terdapat 1 tanda yang menguatkan khabar bahawa SUV misteri ini adalah Honda HR-V. Pembuka pintu belakang yang terletak pada bahagian tingkap nampaknya masih dikekalkan. Selain itu, kamera yang terbonjol pada bahagian cermin sisi menandakan bahawa Honda LaneWatch mungkin akan ditawarkan pada Honda HR-V serba baharu ini.

Intipan: Lagi gambar 2021 Honda HR-V dengan samaran! 05

Jika anda tertanya-tanya mengenai rupa bentuk Honda HR-V serba baharu ini, berikut adalah beberapa imej bayangan oleh agensi rekaan KDesign AG.

Intipan: Lagi gambar 2021 Honda HR-V dengan samaran! 06

Honda belum lagi mengumumkan tarikh sebenar bagi HR-V serba baharu ini tetapi berdasarkan spekulasi, ia mungkin akan dilancarkan di Jepun terlebih dahulu (model Honda Vezel) pada hujung tahun 2020 atau awal tahun 2021.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/MY_Article_Bottom_leaderboard_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1670926977082-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1670926977082-0'); });

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Komen

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda

Model Terbaru