window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Diintip: Honda HR-V 2021 serba baharu dilihat dalam camo!

Mersita Ā· Sep 10, 2020 07:00 PM

Diintip: Honda HR-V 2021 serba baharu dilihat dalam camo! 01

Honda HR-V sememangnya SUV yang sangat popular, tapi ia sudah berada di pasaran dalam jangkamasa yang agak lama. Kalau nak lebih tepat lagi, sudah 7 tahun berlalu sejak pengenalan globalnya di Tokyo Motor Show 2013 dahulu. Jualan di Thailand bermula pada tahun 2014 manakala pelancaran Malaysia pula berlangsung pada 2015.

Diintip: Honda HR-V 2021 serba baharu dilihat dalam camo! 02

Suasana automotif tempatan berubah serta-merta selepas kemunculan HR-V di Malaysia 5 tahun lalu. Pesaingnya berlumba-lumba untuk menyainginya, malah Proton dan Perodua pun sedang bersiap-siaga untuk melancarkan compact crossover mereka tak lama lagi. Tapi, sama seperti semua perkara dalam dunia ini, tidak ada yang kekal sama selamanya dan tak lama lagi, Honda akan melancarkan pengganti HR-V yang dinantikan ramai.

Diintip: Honda HR-V 2021 serba baharu dilihat dalam camo! 03

Menurut sumber dari Jepun, gambar-gambar ini diambil berhampiran Daikoku PA dan Hakozaki PA Metropolitan Expressway. Berdasarkan apa yang kita boleh lihat di sini, nampaknya HR-V terbaharu ini akan tampak lebih ‘sharp’ dan agresif berbanding model terkini.

Diintip: Honda HR-V 2021 serba baharu dilihat dalam camo! 04

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Malah, sekali pandang saja ia jelas menunjukkan profail Mazda, terutama sekali jika dilihat rekaan gril hadapannya yang besar. Ia tampak serupa dengan imej lakaran/rendering yang kami pernah tunjukkan dahulu.

Diintip: Honda HR-V 2021 serba baharu dilihat dalam camo! 01

Imej gambaran/rendering oleh KDesign AG

Kami juga dapat lihat sesuatu yang terbonjol keluar dari bawah cermin sisi penumpangnya, barangkali kamera LaneWatch. Di bahagian belakangnya pula, pintu belakangnya dilihat mengekalkan pemegang pintu yang dipasang pada tiang, sama seperti HR-V terkini.

Diintip: Honda HR-V 2021 serba baharu dilihat dalam camo! 02

Setakat ini, belum ada gambar bahagian belakang kereta yang didapati tapi seperti yang boleh dilihat dari sisinya, HR-V generasi seterusnya ini barangkali akan mengekalkan gaya coupe dengan rekaan atap yang landai.

Diintip: Honda HR-V 2021 serba baharu dilihat dalam camo! 03

Honda belum lagi mengumumkan tarikh sebenar bagi pengganti HR-V ini, tapi spekulasi kami mengatakan yang  ia mungkin akan dilancarkan di Jepun terlebih dahulu (sama seperti Vezel) pada hujung tahun 2020 atau awal tahun 2021.

Apa pendapat anda? Sama tak gambar intipan ini dengan imej lakaran/rendering yang dihasilkan dahulu?

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Ā  Jual kereta anda