Mazda 2 telah menerima kemaskini terbaru di Jepun dan hasilnya adalah sebuah warna yang sangat nyaman. Tidak dinafikan, hanya rekaan Kodo sahaja yang mampu menggunakan warna-warna bosan menjadi menarik, hasil daripada pembiasan cahaya yang sempurna pada badan kereta!
Pengeluar dari Hiroshima ini juga tampil dengan warna baru yang terang dipanggil "Sunlit Citrus" pada bahagian dalam. Tetapi jika anda tidak berminat dengan warna coklat beige ini, Mazda 2 juga masih boleh didapati warna Mazda standard seperti Soul Red Crystal Metallic dan Machine Grey Premium Metallic.
Kemasan dalaman yang sangat elegan khas kepada pelanggan dengan penggunaan warna yang diilhamkan oleh musim panas. Bahagian dalamannya dilapisi kulit Grand Luxe Beige dengan jalur kuning sitrus yang melintasi bahagian tengah tempat duduk.
Selain itu, pemilik yang memilih pilihan Sunlit Citrus juga akan menerima satu set lapik lantai berwarna coklat beige dan sepasang kunci eksklusif dalam kotak mewah. Begitulah caranya untuk meningkatkan nilai sebuah hatchback segmen B.
Dari segi keselesaan, Mazda 2 yang dikemaskini ini dilengkapi dengan pengecasan nirwayar dan sokongan Apple CarPlay tanpa wayar sebagai tambahan pilihan. Kelengkapan standard yang tersedia untuk semua varian adalah skrin paparan panorama 360 darjah untuk membantu pemandu melalui jalan raya metropolis yang sesak.
Kita bercakap pula mengenai soal trenkuasa. Enjin 1.5 liter NA Skyactiv-G kini menampilkan teknologi Diagonal Vortex Combustion. Teknologi ini ditawarkan pada enjin e-Skyactiv-X terlebih dahulu dan kini telah diperkenalkan kepada beberapa varian Mazda 2.
Semua varian selain varian paling renda menerima enjin yang dipertingkat ini dengan nisbah mampatan dinaikkan menjadi 14:1 (sebelum ini hanya dari 12:1). Varian yang lebih rendah masih menggunakan enjin dengan nisbah mampatan lama. Mazda juga mendakwa bahawa enjin mampatan yang lebih tinggi meningkatkan penggunaan bahan api sebanyak 6.8%.
Harga untuk Mazda 2 yang dikemaskini ini adalah sekitar JPY 1.46 juta hingga JPY 2.71 juta (~ RM 55.000 hingga RM 100,000). Adakah ini merupakan kemas kini terakhir untuk Mazda 2 sebelum model facelift ditawarkan? Jika ya, ia mungkin akan menjadi sebuah model yang diidam-idamkan dan bakal terpahat sebagai Mazda 2 paling cantik yang pernah dihasilkan! Setuju?
Lakaran: Mazda 2 2021, macam Mazda 3 - bukan berasaskan platform TNGA Toyota Yaris?
0-100 km/j: Antara Myvi, Iriz, Jazz, Yaris, Mazda 2, dan Polo, yang manakah paling laju?
Ringkasan: Mazda 2 1.5 2020 facelift, hatchback paling mahal dalam segmennya!
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}