window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

3 negeri PKPB ditukar kepada PKPP. Bazar Ramadan, Aidilfitri, tarawih dibenarkan

Mersita · Mar 16, 2021 07:15 PM

3 negeri PKPB ditukar kepada PKPP. Bazar Ramadan, Aidilfitri, tarawih dibenarkan 01

Menerusi Sidang Media Khas hari ini bagi perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan tiga buah negeri yang akan ditukar statusnya daripada PKPB (Bersyarat) kepada PKPP (Pemulihan).

Tiga negeri yang dimaksudkan ialah Kedah (kecuali Kuala Muda dan Kulim), Perak, dan Negeri Sembilan (kecuali Seremban). Penukaran status dari PKPB kepada PKPP bagi negeri-negeri di atas akan mula dikuatkuasakan bermula 19 Mac sehingga 31 Mac 2021.

Enam wilayah yang masih berada di bawah pelaksanaan PKPB termasuklah Selangor, WP Kuala Lumpur, Johor, P. Pinang, Kelantan, dan Sarawak.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

3 negeri PKPB ditukar kepada PKPP. Bazar Ramadan, Aidilfitri, tarawih dibenarkan 01

Negeri-negeri yang masih dibawah PKPP pula termasuklah Perlis, Melaka, Pahang, Terengganu, Sabah, Putrajaya, dan Labuan. Keputusan ini dibuat berdasarkan peningkatan jumlah zon hijau di wilayah-wilayah dan negeri-negeri berkenaan.

Rentas negeri masih tidak dibenarkan kecuali bagi pelancongan bersyarat.

Selain dari itu, operasi pasar Ramadan, bazar Aidilfitri, solat tarawih juga akan dibenarkan di seluruh negara. Waktu operasi bagi pasar Ramadan yang dibenarkan ialah dari 3 petang sehingga 8 malam, manakala waktu operasi bagi bazar Aidilfitri akan bermula dari 10 pagi sehingga 12 tengah malam.

SOP masih ketat dan perlu dipatuhi, seperti kewajipan mengimbas kod MySejahtera serta penyediaan laluan khas untuk keluar dan masuk. Spesifikasi serta lokasi tapak adalah mengikut tetapan majlis perbandaran atau daerah tempatan.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda