Kia Carnival vs Hyundai Staria – MPV 11 penumpang yang mana idaman rakyat Malaysia?

Hyundai Staria (US4) 2021 baru sahaja membuat debut ASEAN pada minggu lepas tetapi sebelum ini, Kia Carnival (KA4) 2021 terlebih dahulu telahpun melebarkan sayapnya. Walaupun mereka menggunakan platform Hyundai-Kia N3 yang sama, kedua-duanya MPV 11 penumpang ini mempunyai pendekatan yang cukup berbeza. Untuk itu, mari kita lihat MPV yang sudah ada di Thailand ini dengan lebih dekat.

Dimensi – Staria lagi besar

Bagi anda yang belum tahu, Staria adalah pengganti kepada Hyundai Grand Starex/H-1. Kali ini, ia lebih besar daripada model yang terdahulu. Malah, Staria sendiri lebih besar daripada Carnival.

Perbezaan dimensi di antara mereka boleh didapatkan dalam rajah berikut:

Perbezaan saiz
  Kia Carnival Hyundai Staria
Panjang (mm) 5,155 5,253
Lebar (mm) 1,995 1,997
Tinggi (mm 1,775 1,990
Jarak roda (mm) 3,090 3,273

Kelebihan Staria dari segi ukuran panjang dan tinggi memberi petunjuk bahawa tempat duduknya mempunyai ruang yang lebih lapang.

Eksterior – Konvensional atau futuristik?

Walaupun kedua-duanya ada imej yang tersendiri, Staria sebenarnya jauh lebih radikal daripada Carnival. Lihat sahaja lampu depan dan belakangnya.

Ramai juga yang berpendapat bahawa Staria nampak seperti dari filem sains fiksyen.

Antara pilihan tambahan yang ada pada Staria ialah lampu belakang jenis LED Parametric Pixel dan cermin tepi Flush Glass. Dari jauh, cermin ini nampak seperti sebuah kaca yang besar. Apapun, kedua-dua keunikan ini hanya terdapat pada varian atas.

Reka bentuk Carnival pula lebih konvensional. Profilnya yang lebih pendek dan rendah membuatkan ia nampak lebih anggun daripada Staria.

Elemen istimewa yang ada pada Carnival ialah reka bentuk bumbung ala terapung. Sentuhan ini dimainkan peranan oleh tiang A dan B yang ‘ghaib’. Tiang C pula hadir dengan kontra berkemasan krom.

Secara standard, kedua-dua MPV datang dengan lampu LED sekali dengan DRL.

Reka bentuk rim pada Carnival berbanding Staria.

Pilihan roda pula agak berbeza. Di Thailand, kedua-dua varian Carnival dilengkapkan dengan roda 18 inci. Mengenai Staria pula, varian pengenalan, S, menggunakan roda 17 inci. Hanya varian teratas, SEL, sahaja yang datang dengan roda 18 inci.

Interior – Formula sama tapi pendekatan yang berbeza

Kabin Staria yang diinsipirasikan oleh kapal layar nampak lebih moden daripada Carnival.

Misalnya, Staria S sekalipun hadir dengan kluster instrumen digital bersaiz 4.2 inci. Cumanya, varian SEL dinaik taraf dengan saiz 10.25 inci.

Carnival yang ada di pasaran Thailand pula hanya menggunakan kluster instrumen analog.

Konfigurasi tempat duduk yang boleh dibuat pada Carnival.

Walaupun kedua-dua MPV boleh memuatkan satu pasukan bola sepak, susun atur tempat duduk yang mereka gunakan cukup berbeza. Misalnya, Staria datang dengan format tempat duduk 3-3-2-3 manakala Carnival pula menggunakan susunan 2-3-3-3.

Susunan tempat duduk pada Staria.

Kerusi kecil di baris depan pada Staria boleh ditukar kepada tempat pemegang minuman atau simpanan barang. Namun begitu, pendekatan ini tidak sekemas konsol tengah pada Carnival yang mana ia datang dengan perehat tangan dan ruang storan yang sebenar.

Atas ke bawah: Carnival, Staria.

Apapun, tempat duduk pada kedua-dua MPV boleh dikonfigurasikan untuk memaksimumkan kapasiti ruang kargo.

Atas ke bawah: Carnival, Staria.

Dari segi multimedia, Carnival dan Staria datang dengan sokongan Apple CarPlay dan Android Auto. Untuk Staria, ia dikawal oleh infotainment 10.25 inci. Carnival pula menggunakan saiz 12.3 inci dengan audio Bose sebagai pilihan tambahan.

Carnival mempunyai ciri premium seperti bumbung suria kembar dan skrin multimedia untuk penumpang belakang.

Antara ciri lain yang ada pada kedua-dua MPV ialah:

  • Pintu gelangsar dan but belakang berkuasa jenis tanpa pegang
  • Pengecas tanpa wayar
  • Port USB yang banyak (6 untuk Carnival, 7 untuk Staria)

Juga bacaNak beli Alphard recond? Ini 30 bukti bergambar kenapa anda patut tunggu untuk Kia Carnival CKD

Atas ke bawah: Carnival, Staria. Pendekatan yang berbeza pada bahagian dalam.

Prestasi – Hembusan tenaga diesel

Di pasaran Thailand, kedua-dua MPV dikuasakan oleh enjin 2.2L turbodiesel 4 silinder. Enjin pada Staria menghembuskan 177 PS dan 431 Nm tork. Enjin diesel pada Carnival pula menghasilkan 202 PS dan 440 Nm tork.  

Tombol gear pada Carnival, bukan tombol 'volume' ya.

Kedua-duanya dipadankan dengan transmisi automatik 8 kelajuan.

Keselamatan – Cukup menyeluruh

Varian atas buat kedua-dua MPV yang mengagumkan ini lengkap dengan ciri ADAS seperti:

  • Forward Collision Warning (FCW)
  • Blind Spot Monitor dan Rear Cross-Traffic Alert (BSM, RCTA)
  • Lane Keeping Assist (LKA)
  • Adaptive Cruise Control (ACC)

Harga – Salah satu lebih mahal

Di Thailand, Carnival sebenarnya jauh lebih mahal.

Varian permulaan, EX, ditawarkan pada harga THB 2,144,000 (~RM 275,610). Varian teratas, SXL pula berharga THB 2,459,000 (~RM 316,146).

Sebagai perbandingan, harga Staria varian S bermula pada THB 1,729,000 (~RM 226,636). Varian teratas, SEL pula berharga THB 1,999,000 (~RM 257,403).

Dengan julat harga yang agak berbeza, Staria nampaknya lebih berbaloi untuk dimiliki memandangkan kebolehannya lebih kurang sama dengan Carnival.

Akan masuk Malaysia ke?

Setakat ini, Bermaz Auto (BAuto) mahupun Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) belum mengesahkan apa-apa.

Untuk maklumat anda, Kia di Malaysia kini sedang meletakkan fokus untuk pulihkan selepas-jualan. Bermaz Auto pernah merancang untuk lakukan pemasangan lokal (CKD) buat Carnival tetapi usaha itu tetap memerlukan jangka masa 12 ke 18 bulan. Jadi, Kia model CKD yang paling awal kita boleh lihat adalah pada tahun 2022.

Juga bacaBermaz: Kia Seltos, Carnival CKD tangguh sehingga 2022. Servis selepas-jualan lebih penting

Hyundai-Sime Darby Motors pula mempunyai pelbagai pelan untuk tahun ini. Antaranya seperti pelancaran Hundai Kona N Line dan Hyundai Palisade. Jadi, Staria mungkin dirancang untuk tiba pada tahun depan.

Juga bacaHyundai Palisade 2021 dengan enjin 3.8L V6, bakal dilancarkan di Malaysia tahun 2021!

Sementara itu, anda boleh tonton rebiu Carnival dari kembar kami di Thailand, Autofun.co.th yang sudah siap dengan sari kata Bahasa Inggeris.

Oops... Something broke.
    Channel:
Ikuti laman sosial kami:
Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk memb...

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

pengguna membeli kereta idaman
Tambah kereta anda

Naik taraf

Kia Carnival

Kereta Terpakai Yang Berkait

Quality Cars Guaranteed

Fixed Price No Hidden Fees

5-Day Money-back Guarantee

1-Year Warranty

Lihat Lebih

Video Pendek Yang Berkenaan

Video Kereta

2022 CKD Kia Carnival 7-Seater Review in Malaysia, Worth Every Single One of Its RM260k

2022 Kia Carnival 2.2D Review in Malaysia, Better Family MPV than Alphard/Vellfire

2020 Kia Grand Carnival Rebiu di Malaysia, Besar & Best dari Toyota Alphard/Vellfire?!

2020 Kia Grand Carnival 11-seater 2.2D Closer Look in Malaysia, Can It Really Fit 11??

Berita Terkini

The 2023 Ford Ranger and Ranger Raptor add two awards to their list of accolades

It’s been an award-winning season for the new 2023 Ford Ranger and its variants. Recently, it’s added another two more to its list of accolades as Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), the sole distributor for Ford in Malaysia, received the CarPlus Editor’s Choice Award 2022-2023 for ‘Pick-up Truck of the Year’ for the Ranger and ‘Car of the Year’ for the Ranger Raptor. The Ranger boasts an updated design with enhanced aerodynamics and improved interior comfort. It features a range of powerful, effi

From equivalent to RM 208k, Thai prices for 2023 Honda Accord confirmed; gap with CR-V's prices tightens

The all-new 2023 Honda Accord has finally gotten its confirmed price list in Thailand following its preview earlier, entering a two-fold battle which only has it facing off against the Toyota Camry range. Three variants of the hybrid-only Accord will go on sale in Thailand, with prices as follows: Accord e:HEV E: THB 1,599,000 (~RM 208k) Accord e:HEV EL: THB 1,669,000 (~RM 217k) Accord e:HEV RS: THB 1,799,000 (~RM 234k) These prices are slightly more competitive to what its sole rival, the Camry

The upcoming mini Toyota Land Cruiser will be a Corolla Cross-sized "Land Hopper?"

The Toyota Land Cruiser made its name being a tough-as-nails, go-anywhere premium 4x4 with the looks to back it up. Hot on the heels of the new global Land Cruiser 300 and the North American Land Cruiser 250 (Prado) could be a new third, more compact variant that’s being adorably dubbed the Land Hopper. Japanese site Best Car Web has dropped its own rendering of what the Land Hopper could be styled like and unsurprisingly, it appears to be very much like a mini Land Cruiser 250. That’s not a bad

Mercedes-Benz EQS SUV launching in Malaysia on Friday, plus another EV by year's end - EQE SUV?

Referenced briefly in the Budget 2024 commentary, Amanda Zhang, the President and CEO of Mercedes-Benz Malaysia, highlighted the company's increasing momentum and revealed the imminent launch of the Mercedes-Benz EQS SUV, happening this Friday on 20-October. “Our momentum continues to grow, as we eagerly anticipate the arrival of the EQS SUV this Friday, with plans to launch another all-electric model before year end. These efforts underscore our dedication to providing innovative electric vehic

Mercedes-Benz Malaysia supports Budget 2024, targets xEV to make up 50% of sales by 2025

Mercedes-Benz has expressed its support for the 2024 budget announcement made by the Malaysian government, which promotes the adoption of electric mobility. This aligns with the global mission of Mercedes-Benz, known as Ambition 2039, which is a comprehensive strategy aimed at addressing climate protection and reducing air pollution. The company firmly believes in the future of electric vehicles and has a well-defined roadmap to electrify its product range, all while striving to meet sustainabil

Rekomendasi Kereta

PopularLatestUpdates
Hot
Mitsubishi

Mitsubishi Xpander

RM 99,980

Lihat Model
Honda

Honda Civic Type R

RM 330,002 - 399,900

Lihat Model
Upcoming
Volvo

Volvo EX30

TBC

Lihat Model
Rolls Royce

Rolls Royce Spectre

RM 2,000,000

Lihat Model

Perbandingan Kereta Berkaitan

Kia Carnival
Cek Lebih