window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Tersadai angkara PKP. Ini tips pastikan motosikal anda terus 'sihat'!

Khairil ยท Jul 20, 2021 10:00 AM

Tersadai angkara PKP. Ini tips pastikan motosikal anda terus 'sihat'! 01

Sehingga kini, statistik jangkitan Covid-19 di Malaysia masih tinggi. Jadi, sekalipun ada tempoh khusus yang diberikan kerajaan, belum dapat dipastikan bila kita boleh kembali 'bebas'.

Juga baca: 5 petua mudah untuk mengelakkan kecurian terhadap kereta anda!

Meskipun tiada sebarang arahan yang anda tidak boleh memandu atau menunggang motosikal, tetapi ada situasi mendesak di mana seseorang itu terpaksa meninggalkan kenderaan dalam tempoh yang lama berikutan situasi ini.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Tersadai angkara PKP. Ini tips pastikan motosikal anda terus 'sihat'! 01

Apa yang pasti, kenderaan yang tidak bergerak termasuk motosikal boleh mengakibatkan ia mengalami kerosakan dan membuatkan kepala anda pening.

Tersadai angkara PKP. Ini tips pastikan motosikal anda terus 'sihat'! 02

Jadi untuk mengelakkan situasi ini daripada berlaku, ini antara perkara yang anda boleh lakukan sebelum meninggalkan motosikal anda.

1. Tanggal bateri, cabut kabel sambungan

Tersadai angkara PKP. Ini tips pastikan motosikal anda terus 'sihat'! 03

Perkara ini penting untuk dibuat jika anda terpaksa meninggalkan motosikal dalam tempoh yang lama. Ia dapat mengelakkan cas bateri hilang atau lemah sekaligus menyebabkan motosikal anda susah untuk dihidupkan atau lebih malang, baterinya menjadi rosak. Jika anda mempunyai pengecas, ia lebih baik dan lakukannya sekurang-kurangnya sebulan sekali.

2. Letak di kedudukan 'double stand' atau 'jack' motosikal anda

Tersadai angkara PKP. Ini tips pastikan motosikal anda terus 'sihat'! 04

Penting untuk motosikal anda berada dalam keadaan tegak dan jika boleh, 'berpeluhlah' sedikit untuk jack motosikal agar kedua-dua tayarnya tidak menjejak lantai.

Tersadai angkara PKP. Ini tips pastikan motosikal anda terus 'sihat'! 05

Tayar yang lama tidak digunakan boleh menyebabkan ia kempis dan jika ia sentiasa dihimpap bebanan, ia boleh rosak. Ingat, tayar bukannya murah.

3. Jangan biar tangki minyak kosong

Tersadai angkara PKP. Ini tips pastikan motosikal anda terus 'sihat'! 06

Sebaik-baiknya, penuhkan tangki minyak motosikal anda kerana ruang kosong di dalam tangki menghasilkan wap petrol yang tidak bagus untuk jangka masa panjang. Sejatan wap petrol boleh menghasilkan varnis yang boleh merosakkan motosikal anda.

4. Letak bahan pencuci bahan api

Tersadai angkara PKP. Ini tips pastikan motosikal anda terus 'sihat'! 07

Untuk mengatasi masalah yang disebabkan oleh wap petrol, anda boleh menggunakan penstabil bahan api atau pencuci bahan api. Ini penting terutama jika anda terpaksa meninggalkan motosikal untuk jangka masa panjang.

5. Ganti minyak enjin

Tersadai angkara PKP. Ini tips pastikan motosikal anda terus 'sihat'! 08

Sebelum meninggalkan motosikal anda, lebih baik tukar minyak enjin kerana minyak yang baru akan menjaga komponen enjin dengan lebih baik. Minyak yang lama boleh mengakibatkan mendapan dan ia boleh menyebabkan motosikal anda bermasalah. Tetapi jangan lupa untuk memanaskan sebentar motosikal anda selepas mengisi minyak baharu itu.

Juga baca: Jimat wang dan pandu selamat dengan tiga petua penjagaan tayar ini!

6. Tambah pelincir

Tersadai angkara PKP. Ini tips pastikan motosikal anda terus 'sihat'! 09

Letakkan minyak pelincir terutama di bahagian rantai atau kabel seperti klac atau terotel yang memerlukan minyak berkenaan. Ini kerana kabel atau rantai yang kering boleh mengakibatkan karat dan natijahnya, ia boleh terputus ketika anda sedang bergerak.

7. Bersihkan motosikal anda

Tersadai angkara PKP. Ini tips pastikan motosikal anda terus 'sihat'! 10

Kotoran yang ditinggalkan dalam tempoh yang lama, terutama seperti tahi burung boleh merosakkan cat atau panel motosikal anda. Ia juga penting kerana jika motosikal anda sudah bersih, anda boleh mengenalpasti jika berlakukanya masalah terhadap motosikal anda.

8. Parkir di kawasan berbumbung, kunci dan 'selimut' motosikal

Tersadai angkara PKP. Ini tips pastikan motosikal anda terus 'sihat'! 11

Sebaik-baiknya, cari kawasan berbumbung untuk memarkir motosikal anda dan 'selimutkan'. Jika tidak, selimutkan saja sudah memadai. Ia dapat melindungi motosikal anda daripada kekotoran atau perkara yang tidak diingini seperti kecurian.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda