Honda
Weird noise from my Axia's dashboard or engine shifting from 1-3 gears. Normal? Remember at one time the Civic had a lot of problems with the steering rack, is it still an issue??? any other problems i should know about???🙂
56
29 Julai yang lalu, kereta terakhir yang dipasang di kilang honda di Swindon iaitu Honda Civic Hatchback FK7 telah disambut dengan begitu istimewa. Dengan lengkapnya 'shift' terakhir buat kesemua 3,500 pekerja untuk hari tersebut, Honda secara rasminya menutup kilang pemasangan mereka di Swindon, United Kingdom.
Walaupun sudah lama dikhabarkan, penutupan kilang Honda ini memberi kesan yang mendalam terhadap penduduk-penduduk Swindon yang mana selama ini sumber pendapatan mereka diperoleh dari pusat pemasangan itu. Malah, operasi kilang itu juga telah menjana ekonomi UK.
Sepanjang beroperasi selama 36 tahun, kilang Honda di Swindon ini telah menghasilkan Civic Type R generasi EP3, FN2, FK2 dan juga FK8 yang ada sekarang. Selain Civic, kilang Honda ini turut menghasilkan model seperti CR-V, Accord, dan Jazz.
Sewaktu zaman kegemilangannya, pusat pemasangan ini mampu menghasilkan hampir 250,000 kereta setiap tahun (kali terakhir adalah 160,000 kereta).
Maju ke hadapan, Honda merancang untuk pindahkan produksi Civic untuk pasaran Eropah dan Jepun ke kilang pemasangan di Yorii, Jepun. Untuk maklumat anda, tahun 2019 yang lalu menyaksikan kereta Honda buatan Swindon sebanyak 11% ke pasaran UK, 6% ke Jepun, dan hampir 70% ke Amerika Syarikat.
Di Malaysia pula, pelancaran Honda Civic FE 2022 serba baharu dikhabarkan pada suku ke-3 tahun ini. Namun dengan situasi dan kekangan PKP yang sedang melanda, pelancarannya tertangguh buat sementara waktu.
Juga baca: Sepatutnya dilancarkan pada suku tahun ke-3 2021, Honda Civic FE serba baru ditangguhkan!
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}
8