Proton Persona facelift 2021 - perbezaan baru vs lama, semakin mesra keluarga?

Proton Persona facelift 2021 baru sahaja dilancarkan bersama-sama Proton Iriz. Duo model segmen B ini menampilkan beberapa perubahan kecil untuk kekal kompetitif. Ketika Proton Iriz menerima perubahan radikal dengan bentuk crossover dalam bentuk Iriz Active, Proton Persona pula menerima kemaskini yang lebih sesuai dengan sasaran pasarannya iaitu keluarga.

Proton Persona generasi kedua, dilancarkan tahun 2016

Model facelift pertama telah ditawarkan pada tahun 2019, 3 tahun selepas pelancaran Proton Persona generasi kedua. Facelift pertama telah membawakan gril Infinite Weave pada sedan segmen B ini namun ketika itu logo Proton bulat 'Thundercat' masih belum dilancarkan.

Proton Persona facelift tahun 2019

Ketika Proton Iriz menerima saingan hebat dalam segmennya, Proton Persona terus berkembang dan semakin popular. Ia sentiasa berada di kedudukan nombor 1 dalam kategori sedan segmen B dan merupakan model kedua terlaris Proton pada tahun 2020 di belakang Saga.

Oleh yang demikian, mari kita semak apa perbezaan antara model Proton Persona facelift ini dengan model lama.

Harga dan varian - tiada lagi manual

Perkara paling utama yang perlu diketahui adalah Proton Persona telah menggugurkan transmisi manual. Hal ini bermakna, barisan varian telah dikurangkan daripada 4 varian menjadi 3 varian.

Tiada tempat untuk manual secara komersial

Sekiranya anda masih bercita-cita untuk model Proton Persona manual, satu-satunya pilihan yang adalah untuk meninjau pasaran terpakai.

Perbandingan harga Proton Persona
Varian Pra-facelift (MC1) Facelift (MC2)*
1.6 Standard RM 44,600 RM 45,200
1.6 Executive RM 49,600 RM 50,100
1.6 Premium RM 54,600 RM 54,900

*Harga tidak termasuk SST, sah sehingga 31-Disember 2021

Kesemua barisan varian menerima kenaikan harga yang sangat minimal, malah varian mercu iaitu Premium hanya berbeza RM 300 sahaja berbanding model lama.

Oleh itu, apa yang bakal anda dapat dengan kenaikan harga minimal ini?

Rekaan luar - lebih mempersonakan

Sekali pandang, Proton Persona facelift 2021 boleh dibezakan dengan penggunaan logo bulat Proton 'Thundercat'. Logo ini membuat penampilan pertama pada Proton X70 CKD namun hanya mendapat tempat pada Proton Persona dalam edisi facelift kali ini.

Kemaskini rekaan fasia depan memperlihatkan bumper bawah yang lebih besar, gril yang diperkemas di samping rekaan lampu kabus yang moden, sesuai dengan peredaran zaman.

Bumper depan baru Proton Persona ini juga dikongsi dengan Iriz. Lampu siang (DRL) tidak lagi berada dalam lingkungan perumah tetapi direka semula supaya kelihatan lebih menonjol.

Bandingkan: Imej render Proton Persona facelift 2021, cukup dengan kemaskini kecil?

Varian premium menerima beberapa tambahan seperti lampu depan LED, kemasan bumbung hitam, dan rim 16-inci baru. Hanya varian Standard sahaja yang dilengkapi dengan rim 15-inci manakala selebihnya menggunakan rim 16-inci.

Bergerak ke bahagian belakang, kesemua rekaan masih dikekalkan kecuali lampu kabus pada bahagian tengah telah digugurkan pada model facelift 2021. Inilah sebabnya ia 'facelift' dan bukannya 'buttlift'.

Lampu hadapan dan belakang untuk varian Premium dikatakan hadir dengan efek 'smoke' yang lebih gelap namun perkara ini perlu dilihat semula secara fizikal.

Kapasiti ruangan but untuk Proton Persona kekal pada 510 liter. Walaupun bukan kapasiti yang terbesar dalam kelasnya (Honda City paling besar dengan 519 liter) tetapi pada julat harga ini, sekurang-kurangnya ia mampu memuatkan banyak barang-barang. Hanya golongan berkeluarga sahaja yang tahu kepentingan aspek ini.

Rekaan dalaman - Tampil selesa seperti model SUV

Melangkah masuk ke bahagian dalam, perkara pertama yang menarik perhatian adalah papan pemuka yang direka semula, atau secara lebih tepat, konsol tengah yang direka semula. Skrin sesentuh 8-inci jenis terapung diletakkan pada bahagian tengah papan pemuka, sama seperti Saga dan Iriz.

Varian Standard menerima radio ini

Corong penyaman udara yang dahulunya berada pada bahagian sisi paparan skrin infotainment juga telah diposisikan semula menjadi lebih sesuai untuk dihala ke bahagian tengah. Butang untuk lampu amaran dan kunci pintu juga diposisikan semula menjadi pembahagi corong udara.

Ciri standard pada semua varian Persona baru adalah penyaman udara digital. Walaupun tiada kawalan iklim automatik kerana penyesuaian suhu masing dilakukan secara manual, paparan digital ini memberikan suasana yang lebih premium. Penyaman udara ini juga dilengkapi dengan penapis N95.

Kerusi kulit berwarna coklat yang hanya tersedia untuk varian Premium menambah nilai premium pada Proton Persona facelift ini. Varian Standard dan Executive hanya disudahi dengan lapisan fabrik gelap.

Kemaskini warna coklat beige untuk komponen kabin kepada warna hitam seperti gambar di atas sangatlah dialu-alukan. Pemilihan warna yang lebih tepat ini juga merupakan bukti bahawa Proton mendengar maklum balas pelanggan.

Tiada lagi lambang Proton lama pada bahagian stereng, roda kemudi ini kini menggunakan logo Proton bulat beserta rekaan stereng bertingkat yang lebih kemas.

Proton Persona facelift 2021 juga dilengkapi dengan penyandar tangan pada bahagian konsol tengah yang merupakan suatu anugerah apabila memandu pada jarak jauh. Suatu lagi ciri di mana Proton mendengar keluhan pengguna.

Ciri kelengkapan - Tiada pautan Apple Carplay atau Android Auto

Walaupun sistem infotainment telah direka semula dengan rekaan jenis terapung, Proton masih belum memberi fungsi Apple Carplay dan Android Auto kepada kesemua barisan model mereka.

Baca: Hanya CVT, manual pula sudah tiada pada Proton Persona & Iriz – apa sebab?

Masih ada berita baik, beberapa peningkatan pada arahan suara Proton Persona kini mampu mengawal bukaan tingkap kuasa dan penyaman udara. Sebelum ini, 'Hi Proton' hanya dapat memainkan lagu dan mengatur navigasi sahaja.

Pujian ditujukan kepada Proton apabila ciri-ciri yang diperkenalkan pada Proton X50 dan X70 yang lebih mahal dibawa ke model Proton yang lebih berpatutan.

Terdapat 6 pengecas USB di dalam Proton Persona facelift 2021. Berikut adalah pecahan tempat dan sambungannya:

Jumlah Tempat
3 Bahagian hadapan
2 Konsol tengah untuk penumpang
1 Belakang cermin pandang belakang

1 pengecas USB pada bahagian belakang cermin pandang belakang dipercayai disediakan untuk kegunaan dashcam. Bagus kan?

Trenkuasa - Kesemua spyshot pandu uji untuk apa? 

Sama seperti model pra-facelift, semua varian Persona dikuasakan oleh enjin 4-silinder 1.6 liter (109 PS/150 Nm). Ketiadaan transmisi manual 5-kelajuan menyaksikan satu pilihan transmisi sahaja: automatik CVT dari Punch.

Baca: Hanya CVT, manual pula sudah tiada pada Proton Persona & Iriz – apa sebab?

Gear rendah ditukar untuk mod sukan di facelift

Proton mendakwa bahawa ini talaan transmisi CVT ini telah berubah sedikit. Transmisi "yang dipertingkat" ini menawarkan nisbah 5-gear maya dan pilihan mod pacuan - pemandu kini dapat memilih sama ada untuk memandu dalam mod Eco atau mod Sport.

Oleh sebab itulah gambar intipan Proton Persona dan Proton Iriz berleluasa sebelum ini.

Keselamatan - 5 bintang ASEAN NCAP tapi tiada ADAS

Sama seperti kembar hatchback, Proton Persona masih mengekalkan penilaian 5 bintang ASEAN NCAP. 

Sekiranya Proton Persona dinilai berdasarkan "silibus" baru protokol 2021-2025 seperti Perodua Ativa, ia mewajibkan kenderaan baru untuk menawarkan satu bentuk ciri keselamatan yang menitikberatkan keselamatan individu di luar kenderaan. Ketiadaan ADAS memberi kemungkinan bahawa penilaian ASEAN NCAP untuk Proton Persona tentunya lebih rendah.

Berikut adalah senarai ciri keselamatan pada Proton Persona:

Ciri keselamatan Proton Persona facelift 2021
Varian Standard Executive Premium

ESC

ABS
Beg Udara 4 4 6
Kamera
Belakang
ISOFIX
HHA

Tidak perlu terlalu kritikal terhadap penilaian ASEAN NCAP, pembeli tentunya merasa selamat dengan ciri-ciri yang disenaraikan.

Konklusi

Dengan peningkatan harga yang sangat sedikit, nilai yang diberikan oleh Proton Persona facelift 2021 sangatlah banyak pada harga yang ditawarkan. Tidak hairanlah jika ia akan menjadi pilihan pembeli - tanpa perlu berkira-kira atau berfikir dengan lebih kritikal. 

Lagipun, tiada sedan segmen B lain yang mampu menandingi harga tersebut. Oleh itu, inilah suatu nilai yang paling berbaloi bagi pembeli.

Jika anda menjangkakan lebih banyak peningkatan pada Proton Persona, anda boleh menunggu untuk model generasi baharu. Sanggup?

Baca: Proton Persona facelift 2021 - 1.6 CVT, 'aircond' digital kini standard dan rekaan baru, dari RM 45,200!

Oops... Something broke.
    Channel:
Ikuti laman sosial kami:
Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, juster...

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

pengguna membeli kereta idaman
Tambah kereta anda

Naik taraf

Proton Persona

Kereta Terpakai Yang Berkait

Quality Cars Guaranteed

Fixed Price No Hidden Fees

5-Day Money-back Guarantee

1-Year Warranty

Lihat Lebih

Video Pendek Yang Berkenaan

Video Kereta

Finding the Best Entry Level Family Sedan for a Young Couple, 2022 Proton Persona

2021 Proton Persona & Exora Black Edition, Would You Pay RM3,000 Extra For Black Colour?!

Top 5 New Cars Coming to Malaysia in 2021 - Perodua D55L, Iriz Cross, Corolla Cross & More!

2020 Proton Persona 1.6 CVT Facelift Review in Malaysia, Best Value For Money Family Sedan?

2020 Geely Binyue Pro 1.4L Turbo, Coming to Malaysia for Proton X50, Iriz R3 & Persona? | WapCar

Berita Terkini

The 2023 Ford Ranger and Ranger Raptor add two awards to their list of accolades

It’s been an award-winning season for the new 2023 Ford Ranger and its variants. Recently, it’s added another two more to its list of accolades as Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), the sole distributor for Ford in Malaysia, received the CarPlus Editor’s Choice Award 2022-2023 for ‘Pick-up Truck of the Year’ for the Ranger and ‘Car of the Year’ for the Ranger Raptor. The Ranger boasts an updated design with enhanced aerodynamics and improved interior comfort. It features a range of powerful, effi

From equivalent to RM 208k, Thai prices for 2023 Honda Accord confirmed; gap with CR-V's prices tightens

The all-new 2023 Honda Accord has finally gotten its confirmed price list in Thailand following its preview earlier, entering a two-fold battle which only has it facing off against the Toyota Camry range. Three variants of the hybrid-only Accord will go on sale in Thailand, with prices as follows: Accord e:HEV E: THB 1,599,000 (~RM 208k) Accord e:HEV EL: THB 1,669,000 (~RM 217k) Accord e:HEV RS: THB 1,799,000 (~RM 234k) These prices are slightly more competitive to what its sole rival, the Camry

The upcoming mini Toyota Land Cruiser will be a Corolla Cross-sized "Land Hopper?"

The Toyota Land Cruiser made its name being a tough-as-nails, go-anywhere premium 4x4 with the looks to back it up. Hot on the heels of the new global Land Cruiser 300 and the North American Land Cruiser 250 (Prado) could be a new third, more compact variant that’s being adorably dubbed the Land Hopper. Japanese site Best Car Web has dropped its own rendering of what the Land Hopper could be styled like and unsurprisingly, it appears to be very much like a mini Land Cruiser 250. That’s not a bad

Mercedes-Benz EQS SUV launching in Malaysia on Friday, plus another EV by year's end - EQE SUV?

Referenced briefly in the Budget 2024 commentary, Amanda Zhang, the President and CEO of Mercedes-Benz Malaysia, highlighted the company's increasing momentum and revealed the imminent launch of the Mercedes-Benz EQS SUV, happening this Friday on 20-October. “Our momentum continues to grow, as we eagerly anticipate the arrival of the EQS SUV this Friday, with plans to launch another all-electric model before year end. These efforts underscore our dedication to providing innovative electric vehic

Mercedes-Benz Malaysia supports Budget 2024, targets xEV to make up 50% of sales by 2025

Mercedes-Benz has expressed its support for the 2024 budget announcement made by the Malaysian government, which promotes the adoption of electric mobility. This aligns with the global mission of Mercedes-Benz, known as Ambition 2039, which is a comprehensive strategy aimed at addressing climate protection and reducing air pollution. The company firmly believes in the future of electric vehicles and has a well-defined roadmap to electrify its product range, all while striving to meet sustainabil

Rekomendasi Kereta

PopularLatestUpdates
Hot
Mitsubishi

Mitsubishi Xpander

RM 99,980

Lihat Model
Honda

Honda Civic Type R

RM 330,002 - 399,900

Lihat Model
Upcoming
Volvo

Volvo EX30

TBC

Lihat Model
Rolls Royce

Rolls Royce Spectre

RM 2,000,000

Lihat Model

Perbandingan Kereta Berkaitan

Proton Persona
Cek Lebih