Kes langgar lari basikal di Jalan Kinabalu, Kuala Lumpur oleh sebuah Perodua Axia merah pada pagi 8 September lalu di Jalan Kuching, Kuala Lumpur tidak melibatkan pemilik sebenar kereta tersebut kerana ia dipinjamkan kepada rakan pemilik yang memandu kereta itu pada hari kejadian.
Menurut kenyataan dan laporan polis dibuat saudara Muhammad Harith Najmi bin Yaacob, dia adalah pemilik asal kenderaan dan tidak terlibat secara langsung dalam kemalangan tersebut. Dia telah membuat laporan polis berkaitan kemalangan itu dan memaklumkan bahawa pemandu yang melanggar pembonceng basikal berkenaan adalah rakannya.
Terdahulu, satu muatnaik di dalam grup Facebook Malaysia Automotif Shitposting menayangkan rakaman kemalangan tersebut dan mengaitkannya dengan pemilik Axia terbabit berserta gambarnya.
Oleh itu, Muhammad Harith menafikan yang kemalangan tersebut melibatkan dirinya sebagai pemandu.
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}