Proton X70 dan Proton X50 sekali lagi dilihat dengan samaran di Thailand, kali ini kedua-duanya sekaligus, memberi petanda yang lebih kukuh bahawa ia akan dilancarkan di negara tersebut. Pernah diintip sebelum ini pada awal tahun ini, Proton dilaporkan merancang untuk kembali semula ke Thailand selepas beberapa tahun keluar dari negara jiran utara tersebut.
Menurut gambar intipan yang tular di media sosial Thailand, pengguna น๊อต วอนิล yang mengambil gambar tersebut memuji kedua-dua rekaan Proton X70 dan Proton X50 dalam samaran tersebut dengan sebagai 'cantik'.
Baca: Spyshot: Proton X70 diintip di Thailand, lancar dengan X50 sekaligus?
Selain daripada itu, Proton juga turut dilaporkan sedang membangunkan sistem infotainment ‘Hi Proton’ di dalam bahasa Thailand. Hal ini bertujuan untuk menarik lebih banyak minat rakyat Thailand lebih lagi dalam segmen SUV kompak.
Baca: Sawasdee, Hi Proton! bakal memahami bahasa Thailand!
Selain daripada itu, Proton X50 juga bakal berdepan dengan saingan sengit daripada peneraju jualan seperti Toyota Corolla Cross dan Honda HR-V. Kedua-duanya ditawarkan dalam varian hibrid yang menjadi ciri penting untuk rakyat Thailand yang perlu membayar harga minyak yang tinggi.
Baca: Malaysia kata “hibrid cepat rosak” tapi 85% daripada Corolla Cross di Thailand adalah hibrid
Selain itu, model Proton X70 juga dijangka akan ditawarkan di Thailand tetapi perbezaan terbesar dengan model pasaran Malaysia adalah Proton X70 Thailand dilaporkan 'lebih cenderung' menggunakan enjin 1.5 liter turbo TGDi yang sama dengan Proton X50. Hal ini disebabkan oleh piawaian pelepasan karbon yang lebih ketat di sana.
Pengalaman mendewasakan dan tentunya ini akan memberi kelebihan buat Proton. Sekurang-kurangnya, ia pernah gagal di negara jiran dan kali ini ia mampu bangkit dengan strategi yang lebih baik. Adakah ada peluang kedua untuk Proton?
Baca: Proton X50 vs Proton X70 - Panduan memilih SUV kegemaran Malaysia untuk anda!
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}