Sekitar pertengahan bulan lepas, Mazda telah mendedahkan Mazda CX-5 facelift 2022 dengan reka bentuk yang lebih segar dan warna baru yang dikenal sebagai Zircon Sand. Walaupun kita perlu menunggu sehingga tahun 2022 ataupun lewat lagi, rakyat Jepun sebenarnya berpeluang untuk melihatnya dalam bulan ini juga.
Juga baca: Mazda CX-5 facelift 2022 debut secara rasmi – gaya baru dan suspensi yang lebih mantap
Apapun, prebiu awam ini terhad untuk ahli yang mendaftar dengan servis keahlian percuma Mazda yang baru, iaitu Club Mazda. Menariknya, terdapat pemilihan kelayakan yang mana ia dibuat berdasarkan undian. Jadi, prebiu ini kiranya agak eksklusif.
Dalam laman sesawang Mazda, hanya lampu LED depan jenis melintang sahaja yang ditunjuk dalam iklan. Menurut disclaimer, imej itu adalah model luar negara tetapi Mazda CX-5 facelift spec Jepun berkemungkinan serupa dengan unit yang didedahkan pada bulan lalu.
Prebiu istimewa ini akan berlangsung di bandar Yokohama (30 -31 Oktober), Hiroshima (6 – 7 November) dan Osaka (13 – 14 November). Di setiap bandar, hanya ahli terpilih sahaja yang berpeluang. Apapun, unit yang bakal ditunjukkan nanti hanyalah model prototaip.
Untuk makluman anda, Mazda CX-5 facelift dijangka membuat pelancaran di Jepun pada akhir tahun 2021.
Secara amnya, SUV popular ini ditambah baik dengan ciri baru dan perhalusan dari segi suspensi.
Mengenai trenkuasa, Mazda CX-5 facelift mungkin beransur dengan enjin sama yang terdiri daripada:
Selama ini, Mazda CX-5 spec Jepun ditawarkan dengan keempat-empat enjin melalui 19 varian. Di Malaysia, ia ditawarkan dengan 5 varian.
Untuk berita lanjut, teruskan setia bersama kami.
Juga baca: Mazda CX-5 2020, varian mana yang paling berbaloi? 2.0L, 2.5L, 2.2D, atau 2.5T?
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}