window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Sarawak bakal CKD kereta H2X Global, EV hydrogen fuel cell ternama dari Australia

Faisal · Nov 8, 2021 08:00 PM

Sarawak bakal CKD kereta H2X Global, EV hydrogen fuel cell ternama dari Australia 01

Pada Ogos yang lalu, pakar kereta EV hidrogen fuel cell (FCEV) dari Australia, H2X Global memberitahu pelaburnya bahawa mereka telah menerima permintaan dari Malaysia untuk model H2X Warrego, iaitu sebuah trak pikap FCEV yang berasaskan Ford Ranger. Menariknya, kami kini ada maklumat baru mengenai pembeli dari Malaysia tersebut.

Juga bacaFord Ranger 'fuel-cell' (FCEV) berkuasa hidrogen, ada tempahan dari Malaysia!

Untuk makluman anda, H2X Global baru sahaja mengumumkan bahawa mereka telah menandatangani Memorandum of Understanding (MoU) dengan SEDC Energy, iaitu anak syarikat Sarawak Economic Development Corporation (SEDC) untuk pengeluaran, pemasangan, dan pembangunan projek pengangkutan strategik, termasuklah trak pikap dan bas jenis FCEV dan penjana elektrik fuel cell jenis mudah alih.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Sarawak bakal CKD kereta H2X Global, EV hydrogen fuel cell ternama dari Australia 01

Menurut H2X Global, usaha sama ini akan bermula dengan pemasangan Warrego, City Buses dan H2x Hydrogen Powered Generators. Syarikat itu berkata bahawa mereka akan memasang dan membekalkan 50 bas FCEV ke Sarawak untuk 18 bulan yang akan datang.

Pengasas H2X Global dan CEO Brendan Norman mengulas bahawa dalam wilayah ini, Sarawak sudah jauh di hadapan dan cukup maju untuk produksi hidrogen jangka masa panjang dimana ia boleh digunakan untuk tujuan domestik dan eksport.

Sarawak bakal CKD kereta H2X Global, EV hydrogen fuel cell ternama dari Australia 02

Untuk pengetahuan anda, Sarawak mempunyai hasrat untuk menyimpan lebihan kuasa yang dijana dari empangan hidroelektrik Bakun dan menukarnya ke dalam bentuk hidrogen untuk kegunaan lain. Tetapi kalau difikirkan, kenapa tidak simpan sahaja ke dalam bateri? Jawapaannya, bekalan bateri boleh jadi terhad tetapi hidrogen tidak akan ada masalah sebegini.

Sarawak bakal CKD kereta H2X Global, EV hydrogen fuel cell ternama dari Australia 03

Dengan ahli politik di Semenanjung yang gemar dengan Toyota Alphard dan Vellfire, kereta rasmi buat Ketua Menteri Sarawak pula adalah EV Hyundai Nexo yang berkuasa hidrogen.

Kerajaan negeri buat masa ini sedang membuat ujian jalan terhadap 2 unit Hyundai Nexo yang mana ia telah dilangsungkan sejak tahun 2019. Menariknya sejak tahun 2020 lagi, bandar Kuching sudah dipenuhi dengan bas berkuasa fuel cell.

Kalau anda nak tahu, Integrated Hydrogen Production Plant and Refuelling Station milik Sarawak Energy di Kuching adalah yang pertama di Asia Tenggara. Setiap hari, ia berupaya menjana hidrogen sehingga 130 kg dengan menggunakan elektrolisis air.

Sarawak bakal CKD kereta H2X Global, EV hydrogen fuel cell ternama dari Australia 04

Buat masa sekarang, tiada maklumat baru yang dapat disahkan mengenai pelaburan mereka dalam pemasangan kenderaan. Sarawak pula sudah tiada kilang pemasangan automotif yang aktif. Kereta terakhir yang dikeluarkan adalah pada awal tahun 80-an, iaitu sewaktu kilang Sarawak Motor Industries di Kuching memasang BMW 3 Series, 5 Series dan Toyota Land Cruiser.

Menurut CEO SEDC Energy, Sarawak ada peluang yang unik dimana mereka boleh menjadi peneraju dalam pembangunan pengangkutan tenaga yang boleh diperbaharui.

Sarawak bakal CKD kereta H2X Global, EV hydrogen fuel cell ternama dari Australia 05

“Kami telah lama menggunakan EV hidrogen fuel cell dan Sarawak adalah yang terawal. Sekarang ini, kami akan menambah projek seperti produksi hidrogen dimana ia akan menjadi pembekal buat jiran yang kini berminat dengan tenaga yang boleh diperbaharui.”

“H2X merupakan peneraju global dalam teknologi fuel cell dan kami percaya bahawa usaha sama ini akan memberi impak yang ketara pada ekonomi dan alam sekitar di negeri Sarawak, Sarawak Southern Region Development for Malaysia dan rantau ASEAN.”

Sarawak bakal CKD kereta H2X Global, EV hydrogen fuel cell ternama dari Australia 06

Bas berkuasa hidrogen yang diguna di Kuching, satu-satunya di Asia Tenggara. Beroperasi dari 7 pagi - 7 petang.

Secara amnya, H2X Global ada tiga model. Pertamanya ialah Warrego – berasaskan Ford Ranger, jarak pandu 750 km dan berpacuan semua roda. Masa yang diambil untuk pengisian semula adalah dari 3 – 5 minit. Bergantung pada varian, Warrego menjana di antara 200 ke 220 kW (272 ke 299 PS). Pilihan Saiz tangki hidrogen yang ditawarkan adalah 6.2 kg (500 km) dan 9.3 kg (750 km). Kelajuan tertinggi pula dihadkan pada 150 km/j.

Sarawak bakal CKD kereta H2X Global, EV hydrogen fuel cell ternama dari Australia 07

Yang kedua pula ialah Van Darling (Darling, sungai yang terkenal di Australia). Ia datang dengan 3 saiz dan boleh ditempah sama ada jenis van panel, 11 tempat duduk dan trak pikap jenis car-forward. Van Darling mempunyai jarak pandu 500 km, pengisian semula dalam masa 5 minit, penampungan berat sebanyak 1,000 – 1,950 kg dan kapasiti tunda sehingga 1,000 – 2,550 kg.

Sarawak bakal CKD kereta H2X Global, EV hydrogen fuel cell ternama dari Australia 08

Trio terakhir dalam model H2X Global adalah The Taxi MPV Darling. Kiranya, ia versi teksi kepada Van Darling. Disebabkan itu, jarak pandu dan masa untuk mengisi semula adalah sama.

Sarawak bakal CKD kereta H2X Global, EV hydrogen fuel cell ternama dari Australia 09

 

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda
Electric Cars Malaysia