Sebelum ini, kami pernah melaporkan mengenai Proton Saga model eskport ke Pakistan yang mana ia kini dipasang secara lokal (CKD) di kilang Al-Haj Automotive yang terletak di Karachi.
Juga baca: Proton Saga di Pakistan kini CKD, X70 bakal ikut jejak selepas 154 unit CBU terakhir dijual
Menariknya, pembeli Proton Saga di pasaran itu cukup bertuah kerana model CKD tampil dengan beberapa ciri yang langsung tidak ada pada model CBU selama ini, iaitu yang ada di pasaran kita.
Menurut laman Facebook rasmi Proton Pakistan, Proton Saga CKD hadir dengan 5 ciri yang eksklusif yang merangkumi:
Penawaran ini pasti menimbulkan rasa cemburu buat pelanggan di Malaysia kerana ia sememangnya satu penambahbaikan berbanding Saga yang ada di pasaran kita.
Adakah ia akan ditawarkan juga suatu hari nanti? Sama-samalah kita tunggu.
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}