window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

UMW Toyota tawar diskaun 25% untuk baiki kenderaan pemilik yang tersekat dalam banjir

Faisal Β· Dec 21, 2021 05:30 PM

UMW Toyota tawar diskaun 25% untuk baiki kenderaan pemilik yang tersekat dalam banjir 01

Kredit foto: Bob FakhrurRazi.

UMW Toyota Motor baru sahaja merasmikan Toyota Flood Assist Program yang mana ia dikhususkan untuk pelanggan yang terkesan oleh banjir yang melanda kita baru-baru ini.

Pemilik yang terlibat akan ditawarkan servis tundaan percuma dan diskaun 25% buat bil keseluruhan, termasuk alat ganti dan upah.

UMW Toyota tawar diskaun 25% untuk baiki kenderaan pemilik yang tersekat dalam banjir 02

Foto: G Car Care.

“Walaupun tiada apa yang dapat mengubati kehilangan dan kesusahan yang dialami oleh mereka yang terjejas akibat banjir, kami berharap agar program ini dapat memberikan sedikit kelegaan kepada rakyat Malaysia. Pelanggan kami sangatlah berharga dan kami ingin meringankan beban mereka yang terjejas agar dapat bangkit dan pulih dengan secepat yang mungkin.” jelas Presiden UMW Toyota Motor.

Sebagai tambahan, UMW Toyota juga menawarkan 'Easy Payment Plan’ yang berkadar faedah 0% untuk pemilik yang layak.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

UMW Toyota tawar diskaun 25% untuk baiki kenderaan pemilik yang tersekat dalam banjir 01

Secara amnya, pelanggan Toyota yang mempunyai masalah dengan kenderaan mereka boleh berhubung dengan Toyota 24SEVEN Road Assist yang mana sebarang bantuan akan disediakan sepanjang masa.

Pemilik Toyota yang terkesan oleh banjir juga boleh menghubungi talian bebas Toyota di 1-800-8-869682 atau layari www.toyota.com.my untuk maklumat lanjut.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda