window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

GAC GS3 dilancarkan - dari RM 88k, model pertama GAC di Malaysia & bakal saing Proton X50

Faisal ยท Dec 28, 2021 01:55 PM

GAC GS3 dilancarkan - dari RM 88k, model pertama GAC di Malaysia & bakal saing Proton X50 01

  • Jenama GAC membuat debut di Malaysia, kita sebagai pasaran RHD pertama
  • GAC GS3 sebagai model pertama
  • Bakal menarik pembeli Proton X50?

WTC Automotif iaitu anak syarikat Tan Chong Motor sebentar tadi baru sahaja merasmikan jenama GAC dengan melancarkan GAC GS3 ke tanah air kita.

Crossover segmen B yang bermodel facelift dan juga pesaing kepada Proton X50 ini ditawarkan bermula harga RM 88,800 untuk varian Standard dan RM 96,800 untuk varian Premium (harga CBU dari China atas jalan, tanpa insurans & termasuk pengecualian cukai jualan 50%).

GAC GS3 dilancarkan - dari RM 88k, model pertama GAC di Malaysia & bakal saing Proton X50 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Untuk makluman anda, pelancaran ini juga merupakan debut global buat GAC GS3 versi pandu belah kanan (RHD). Menariknya, pelan untuk pemasangan lokal (CKD) sedang dalam pertimbangan.

Eksterior

Pada bahagian luar, crossover ini menonjol dengan gril depan besar yang mana elemennya bersambung terus dengan lampu halogen projektor yang dilengkapkan.

GAC GS3 dilancarkan - dari RM 88k, model pertama GAC di Malaysia & bakal saing Proton X50 01

Di tepi, GAC GS3 memperlihatkan reka bentuk bumbung yang terapung melalui tiang-C yang digelapkan. Imej yang ditayangkan juga lengkap dengan roda dwi-tona bersaiz 17 inci.

Beralih ke bahagian belakang, SUV buatan China ini menampilkan unsur ala diffuser melalui aksen warna silver di sepanjang bahagian bampar.

Interior

GAC GS3 dilancarkan - dari RM 88k, model pertama GAC di Malaysia & bakal saing Proton X50 02

Beralih ke bahagian dalam, GAC GS3 lengkap dengan skrin infotainment 8 inci inci dan kluster instrumen analog. Sokongan Apple CarPlay, Phone Mirroring dan Bluetooth juga turut didatangkan.

GAC GS3 dilancarkan - dari RM 88k, model pertama GAC di Malaysia & bakal saing Proton X50 03

Melengkapi bahagian dalam kabin GAC GS3 adalah ciri bumbung suria yang mana ia didatangkan secara standard.

Trenkuasa

Dari segi teknikal, GAC GS3 untuk pasaran Malaysia dikuasakan oleh enjin 1.5L NA (113 PS, 150 Nm) yang memandu roda hadapan.

GAC GS3 dilancarkan - dari RM 88k, model pertama GAC di Malaysia & bakal saing Proton X50 04

Ia digandingkan dengan transmisi automatik 6 kelajuan. Pilihan mod pandu Drive, Sport dan Economy juga ada.

Keselamatan

GAC GS3 spesifikasi Malaysia lengkap dengan sistem keselamatan yang merangkumi ciri:

  • 6 beg udara (4 untuk varian Standard)
  • Blind Spot Detection (BSD,hanya untuk varian Premium)
  • Kawalan kestabilan
  • Kamera undur
  • Amaran tali pingang untuk semua tempat duduk

GAC GS3 dilancarkan - dari RM 88k, model pertama GAC di Malaysia & bakal saing Proton X50 05

Pembeli yang berminat boleh mengunjung ke bilik pameran GAC Motor di ibu pejabat Tan Chong yang terletak di Jalan Sultan Azlan Shah, Kuala Lumpur.

GAC GS3 dilancarkan - dari RM 88k, model pertama GAC di Malaysia & bakal saing Proton X50 06

 

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda