window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kia Sportage kini model terlaris Kia di dunia! Malaysia dapat tahun 2023, SUV bakal mendominasi?

Haris · Jan 8, 2022 08:00 PM

Kia Sportage kini model terlaris Kia di dunia! Malaysia dapat tahun 2023, SUV bakal mendominasi? 01

  • 2 daripada 3 model terlaris global Kia ialah SUV
  • Kia Sportage CKD akan dilancarkan di Malaysia pada tahun 2023

Kia menjual sebanyak 2,777,056 unit kenderaan di seluruh dunia pada tahun 2021, meningkat 6.5 peratus daripada tahun 2020 tetapi masih turun 1.2 peratus berikutan gangguan pra-pandemik / pra-semikonduktor tahun 2019, apabila Kia menjual sehingga 2,812,294 unit kereta.

Seperti sebelum ini, Kia Sportage kekal sebagai model terlaris global Kia, terjual sebanyak 363,630 unit tahun lepas. Kia Seltos (298,737 unit) dan Kia Forte (240,627 unit) menyusul menjadi model 3 teratas paling laris untuk Kia.

Kia Sportage kini model terlaris Kia di dunia! Malaysia dapat tahun 2023, SUV bakal mendominasi? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kia Sportage telah dirancang sebagai model pemasangan tempatan (CKD) di Malaysia dan dijangka akan dilancarkan di sini pada tahun 2023. Apabila tersedia di sini, Kia Sportage akan bersaing dengan Toyota Corolla Cross dan Honda CR-V.

BacaKia Carnival, Sportage, Sorento & Niro baru akan masuk Malaysia sekali EV, CKD seawal April 2022

Kia Sportage kini model terlaris Kia di dunia! Malaysia dapat tahun 2023, SUV bakal mendominasi? 01

Di peringkat global, dua pilihan enjin ditawarkan dalam Kia Sportage serba baharu ini – unit enjin 1.6 liter turbocaj TGDI petrol (180 PS/265 Nm) dan enjin 2.0 liter turbodiesel (186 PS/417 Nm). Kedua-dua enjin dipadankan dengan transmisi DCT 7-kelajuan dan automatik 8-kelajuan mengikut turutan.

Kia juga telah mengesahkan varian Kia Sportage hibrid dan PHEV, tetapi spesifikasinya masih belum didedahkan.

Baca: Senyap itu penting, Kia jelaskan kelebihan FCEV hidrogen untuk kenderaan ketenteraan Kia!

Kia Sportage kini model terlaris Kia di dunia! Malaysia dapat tahun 2023, SUV bakal mendominasi? 02

Pada tahun 2022, Kia menyasarkan jualan global sebanyak 3.15 juta unit. Mengikut wilayah, Kia menjangkakan untuk menjual 562,000 unit di Korea dan 2.59 juta kenderaan di pasaran di luar Korea.

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2019 Kia Sportage 2.0 EX

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda