Proton Saga generasi semasa, diberi nama kod P2-13A, telah wujud sejak 2016. Ia menerima kemas kini besar pertamanya pada 2019, merangkumi reka bentuk luaran dan transmisi automatik 4-kelajuan dari Hyundai.
Kini, sumber dalaman yang dipercayai mengatakan Proton sedang membangunkan model generasi baru yang bakal dilancarkan pada tahun 2024.
Proton telah mula mengusahakan sedan segmen A generasi baharu, dengan kod projek bermula dengan P2. Ingat bahawa nama kod Saga semasa ialah P2-13A.
Seperti yang dilaporkan dalam liputan kami sebelum ini, platform BMA Geely terlalu mahal untuk model bajet seperti Saga. Sedan Geely yang lain, seperti Vision, sudah tua untuk digunakan.
Tetapi bukan itu sahaja. Sumber kami juga menyebut bahawa Saga generasi baharu masih akan ditawarkan dengan transmisi manual - sesuatu yang semakin jarang berlaku pada hari ini. Proton telah menggugurkan pilihan manual pada Iriz dan Persona terkini, dan Perodua telah melakukan perkara yang sama pada Myvi.
Juga baca: Hanya CVT, manual pula sudah tiada pada Proton Persona & Iriz – apa sebab?
Chup! Jangan kelirukan diri anda dengan unit berwarna putih yang seringkali dilihat kerana itu adalah model semasa, bukan baru.
Juga baca: Spyshot: Proton Saga MC2 bakal kurangkan 34-cc, tawar penjimatan minyak yang lebih baik?
Walaupun perubahan pada model putih ini tidak diketahui buat masa ini, apa jua penambahbaikan yang diperolehi akan memanjangkan hayat Saga selamat dua tahun lagi sebelum model generasi baharu itu tiba. Ini kerana platform semasa yang wujud sejak Saga BLM dari tahun 2008 telah mencapai hadnya.
Juga baca: Evolusi Proton Saga: Kebanggaan Malaysia atau potensi yang sia-sia?
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}