window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

“Comel gila!” Chery EQ1 diprebiu di Indonesia, jarak perjalanan sehingga 408 km. Nak ini atau Axia?

Mersita · Apr 6, 2022 09:00 AM

“Comel gila!” Chery EQ1 diprebiu di Indonesia, jarak perjalanan sehingga 408 km. Nak ini atau Axia? 01

Kereta elektrik Chery EQ1 diprebiu di Indonesia International Motor Show (IIMS) 2022, sebahagian daripada barisan tawaran baharu bagi kemunculan semula jenama itu di Indonesia. EV kecil molek ini akan memainkan peranan penting dalam barisan kenderaan elektrik Chery sejajar dengan rancangan Indonesia untuk menjadi lebih mesra alam.

Di China, EQ1 dikenali sebagai “Semut Kecil” (Xiao Ma Yi) Chery dan syarikat itu memberikannya naiktaraf pada November 2021 merangkumi pilihan warna baharu dan juga dua opsyen bateri baharu.

“Comel gila!” Chery EQ1 diprebiu di Indonesia, jarak perjalanan sehingga 408 km. Nak ini atau Axia? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

“Comel gila!” Chery EQ1 diprebiu di Indonesia, jarak perjalanan sehingga 408 km. Nak ini atau Axia? 01

“Comel gila!” Chery EQ1 diprebiu di Indonesia, jarak perjalanan sehingga 408 km. Nak ini atau Axia? 02

Berukuran 3,200 mm panjang, 1,670 mm lebar, dan 1,550 mm tinggi berserta jarak roda 2,150 mm, saiz EQ1 besar sedikit daripada Wuling Hongguang Mini EV yang menjadi kegemaran ramai.

Chery EQ1 vs. Wuling Hongguang Mini EV vs. Perodua Axia
  Chery EQ1 Wuling Mini EV Perodua Axia
Panjang 3,200 2,917 3,645
Lebar 1,670 1,493 1,620
Tinggi 1,550 1,621 1,510
Jarak Roda 2,150 1,940 2,455

Model yang ditayangkan di IIMS seperti kami kepilkan dalam artikel ini ialah model pasaran China dalam pemanduan sebelah kiri. Lampu hadapan LED yang besar pada EQ1 menonjolkan kecomelannya manakala jejaring hadapannya membuatkannya tampak lebih lebar. Dari sudut sisi pula, pereka di Chery menggunakan elemen garisan bagi memberikan perspektif badan kereta yang lebih panjang.

“Comel gila!” Chery EQ1 diprebiu di Indonesia, jarak perjalanan sehingga 408 km. Nak ini atau Axia? 03

“Comel gila!” Chery EQ1 diprebiu di Indonesia, jarak perjalanan sehingga 408 km. Nak ini atau Axia? 04

“Comel gila!” Chery EQ1 diprebiu di Indonesia, jarak perjalanan sehingga 408 km. Nak ini atau Axia? 05

Dalam usaha faceliftnya, Chery juga menambah kemasan dwi-tona pada EQ1. Pembeli boleh memilih samada mahu atap kereta berwarna hitam atau putih seperti yang anda boleh lihat pada EQ1 ditayangkan di IIMS Hybrid.

Di dalam ruang kabinnya pula, EQ1 diberi kemasan menarik lengkap bersama trim warna sepadan dengan badan kereta. Ia juga dilengkapi dengan sistem infotainment melintang bersaiz 10 inci di konsol tengah kereta elektrik ini.

Baca juga: Chery prebiu media 3 SUV di Indonesia sebelum membuat debut – CKD akan bermula Jun 2022

“Comel gila!” Chery EQ1 diprebiu di Indonesia, jarak perjalanan sehingga 408 km. Nak ini atau Axia? 06

“Comel gila!” Chery EQ1 diprebiu di Indonesia, jarak perjalanan sehingga 408 km. Nak ini atau Axia? 07

“Comel gila!” Chery EQ1 diprebiu di Indonesia, jarak perjalanan sehingga 408 km. Nak ini atau Axia? 08

Dijual pada harga bermula dari CNY 66,900 (~RM 44,400) dan varian tertinggi bertanda harga CNY 81,900 (~RM 54,400), EQ1 ditawarkan dengan pilihan antara pek bateri 30.6 kWh bagi jarak perjalanan 301 km ataupun pek bateri 40.6 kWh dengan kemampuan 408 km. Kedua-dua ujian jarak ini dijalankan berdasarkan NEDC.

Pelanggan di China juga boleh memilih antara motor 30 kW yang menjana kuasa 120 Nm, ataupun motor 55 kW yang menjana 150 Nm. Motor 55 kW ini hanya boleh didapati dengan pek bateri lebih besar iaitu yang 40.6 kWh.

Baca juga: Wuling Mini EV & E300, kereta EV harga Axia ini bakal tembus pasaran Indonesia seawal 2022!

“Comel gila!” Chery EQ1 diprebiu di Indonesia, jarak perjalanan sehingga 408 km. Nak ini atau Axia? 09

“Comel gila!” Chery EQ1 diprebiu di Indonesia, jarak perjalanan sehingga 408 km. Nak ini atau Axia? 10

“Comel gila!” Chery EQ1 diprebiu di Indonesia, jarak perjalanan sehingga 408 km. Nak ini atau Axia? 11

Bagaimanapun, Chery Indonesia hanya akan menawarkan EQ1 versi motor 55 kW. Mereka juga mendakwa EQ1 boleh memecut dari 0-50km/jam dalam masa kurang 5 saat dan mempunyai kelajuan puncak 120 km/jam.

Chery Indonesia juga menyatakan EQ1 dibina menggunakan aluminium dan mengacah yang warga Indonesia juga boleh menjangkakan EV ini mempunyai sistem keselamatan aktif dan pasif serba canggih.

“Comel gila!” Chery EQ1 diprebiu di Indonesia, jarak perjalanan sehingga 408 km. Nak ini atau Axia? 12

EQ1 merupakan salah satu daripada lima model yang digunakan Chery dalam kempen kemunculan semulanya di Indonesia. EV kenit comel ini akan dijual bersama kereta-kereta lebih besar termasuklah Chery Tiggo 8 Pro, Tiggo 7 Pro, Skytour, dan juga Omoda 5 yang cukup bergaya.

Baca juga: Chery kembali secara rasminya di Indonesia, akan jadi hab eksport untuk pasaran ASEAN

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Chery EQ1 Upcoming Version

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda
Electric Cars Malaysia