window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

5 tip dan cara terbaik bawa kucing dengan selamat di dalam kereta (terutamanya Oyen)

Mersita · Apr 24, 2022 04:00 PM

5 tip dan cara terbaik bawa kucing dengan selamat di dalam kereta (terutamanya Oyen) 01

Si ‘anak bulus’ anda adalah antara ahli keluarga terpenting dan paling disayangi. Kesihatan dan penampilan kucing peliharaan anda perlu sentiasa dijaga dengan baik, diberi makanan yang sihat-sihat, dan yang paling penting ia tidak boleh ditinggalkan di rumah bersendirian terlalu lama!

Kalaulah anda perlu membawa kucing anda ke klinik haiwan, tempat ‘grooming’, balik kampung, atau sekadar untuk bersiar-siar, apa yang patut anda sediakan? Selain daripada persediaan fizikal dan mental (tangkap kucing untuk masukkan dalam ‘carrier’ dah serupa macam perang, ya), di sini kami ingin sertakan beberapa tip berguna untuk ‘cat parent’ di luar sana.

1. Cari ‘carrier’ kucing yang bagus

5 tip dan cara terbaik bawa kucing dengan selamat di dalam kereta (terutamanya Oyen) 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Tak ada carrier, tak boleh bawa masuk dalam kereta, ya. Faktor keselamatan ini amat penting bagi melindungi kucing kesayangan anda daripada sebarang bahaya dan bagi mengelakkannya daripada berkeliaran di dalam kereta.

Ia lebih kurang sama dengan kerusi keselamatan kanak-kanak jika diikat rapi menggunakan tali pinggang keledar. Beberapa model ‘carrier’ masa kini juga sudah disediakan dengan sambungan ISOFIX bagi memudahkan anda meletakkan si kucing di tempat duduk kereta dengan selamat. Pastikan juga saiz ‘carrier’ anda sesuai untuk saiz badan kucing anda. Pastikan ada ruang yang selesa untuk bergerak-gerak.

5 tip dan cara terbaik bawa kucing dengan selamat di dalam kereta (terutamanya Oyen) 01

Jangan biarkan kucing anda berkeliaran dalam kereta seperti gambar di atas. Bukan saja bahaya, anda mungkin boleh terlupa ada kucing tertinggal di dalam kereta, boleh mengundang maut

Tingkah laku haiwan peliharaan anda susah untuk dijangka dalam kondisi di luar rumah. Sekiranyalah kucing anda tiba-tiba panik dan mula membuat larian ‘lap’ di dalam kereta. Ini memang bahaya untuk keselamatan semua yang ada di dalam kereta dan pengguna jalan raya lain.

2. Sediakan ‘litter box’ yang mudah dibawa kemana-mana

5 tip dan cara terbaik bawa kucing dengan selamat di dalam kereta (terutamanya Oyen) 02

'Carrier' siap ada 'litter box', nampak mudah untuk dipasang dan disimpan

Inilah kepentingan saiz ‘carrier’ yang sesuai kerana sekurang-kurangnya anda boleh menyediakan sedikit ruang bagi timbunan ‘litter’ supaya si comel boleh membuang air dengan efektif ketika dibawa naik kereta.

Anda boleh lekatkan lapik penyerap dan timbunkan bahan ‘litter’ mencukupi di atas lapik berkenaan. Anda boleh DIY sedikit ‘carrier’ kucing anda supaya ia ada ruang ‘litter’ khas, ataupun beli saja ‘carrier’ yang direka khas dengan ruang untuk ‘membuang’.

3. Sediakan catnip, pek makanan kucing, air dalam botol ‘feeder’, dan mainan

5 tip dan cara terbaik bawa kucing dengan selamat di dalam kereta (terutamanya Oyen) 03

Contoh 'carrier' dengan bekas makanan dan minuman

Sediakanlah sedikit makanan dalam pek mudah dibawa dan gunakan botol ‘feeder’ bagi memudahkan kucing anda minum dengan kemas.

Juga bawa beberapa mainan kegemarannya yang cukup kecil dan sesuai untuk diletakkan bersama di dalam ‘carrier’. Barangan yang ada bau dikenali kucing anda boleh membantunya tenang sepanjang perjalanan. Anda juga boleh bawa ‘catnip’ untuk membantu menenangkan kucing anda.

4. Berhenti setiap 1-2 jam di kawasan yang telah dirancang sebelum memulakan perjalanan

5 tip dan cara terbaik bawa kucing dengan selamat di dalam kereta (terutamanya Oyen) 04

Rancang perjalanan anda terutama sekali jika jaraknya jauh. Misalnya, jika anda memulakan perjalanan dari rumah di Kuala Lumpur untuk menuju ke Pulau Pinang, berhentilah di Tanjung Malim atau Ipoh dan sekali lagi sebelum memasuki Pulau Pinang.

Anda boleh keluarkan kucing anda dari ‘carrier’ dan membiarkannya rileks di sekitar kabin kereta selama 10 – 15 minit sementara anda menggantikan ‘litter’ di dalam ‘carrier’ atau berehat bersama si comel.

5. Bawa kawan/keluarga untuk temankan anda memandu

5 tip dan cara terbaik bawa kucing dengan selamat di dalam kereta (terutamanya Oyen) 05

Terutama sekali jika kucing anda banyak

Ini bagi kami penting supaya anda tak kelam-kabut jika kucing anda panik di dalam kereta. Anda sepatutnya sentiasa fokus memandu setiap masa. Jika anda boleh usahakan mengajak seorang rakan atau ahli keluarga untuk menemani anda sepanjang perjalanan, bukan saja perjalanan anda jadi lebih mudah dan selamat, malah keselesaan serta keperluan kucing anda juga dapat dipastikan ‘tip-top’ sepanjang perjalanan.

Sebaiknya bawalah ahli keluarga yang dikenali kucing anda supaya ia lebih selesa.

Rancang, rancang, rancang.

Terutama sekali di musim perayaan ini, pasti ramai ‘cat parents’ yang bingung memikirkan kebajikan ‘anak bulus’ masing-masing. Nak hantar pergi ‘cat hotel’, mahal pula. Kondisinya di sana pun sukar untuk dipastikan, terutama sekali apabila dicampur dengan kucing-kucing lain.

Perkara paling penting ialah anda perlu pastikan kucing anda tidak stres dan panik. Sekiranya kucing anda sudah dilatih dan dibiasakan menaiki kereta, anda barangkali lebih otai dari penulis yang terpaksa bertungkus-lumus dengan ‘anak bulus’ sendiri.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda