Tak minat City Hatchback? Pilih sahaja Honda Jazz 'recond' ini, harga RM 127k sahaja!

Seperti yang anda tahu, Honda Jazz yang ada di pasaran Malaysia sejak tahun 2004 lagi telahpun digantikan dengan Honda City Hatchback.

Apapun, untuk mereka yang tetap minat dengan Honda Jazz generasi sekarang, Prominent Motor Sdn. Bhd di MRR2 bukan setakat ada satu, tetapi dua unit model legenda ini. Salah satunya adalah Honda Fit varian Ness dan satu lagi adalah versi ala crossover yang dipanggil sebagai Jazz Crosstar.

Juga bacaHonda Jazz Crosstar ditemui di Malaysia - dari RM 129k, ini atau Iriz Active?

Kalau anda nak tahu, Honda Fit varian Ness ini sebenarnya dikhaskan untuk mereka yang menggemari gaya hidup 'Fitness' (FIT + NESS). Disebabkan itulah tema warna yang digunakan nampak ke arah atlet sukan.

Seperti yang anda dapat lihat pada varian Ness ini, ia sememangnya nampak feminin dan tidak sporty macam generasi terdahulu. Reka bentuknya juga ada banyak unsur-unsur JDM.

Siap ada penebat hud enjin.

Dari segi teknikal, Jazz Ness ini dikuasakan oleh enjin 1.3L NA yang dipadankan dengan transmisi CVT.

E10/ETBE22 di sini bermaksud lebih kurang RON 94. Jadi, RON 95 kita memang tiada masalah untuk diguna.

Kuasa yang dihembuskan hanya 98 PS dan 118 Nm tork tetapi apa yang mengagumkan adalah penggunaan petrol serendah 5.2 liter/100 km.

Walaupun menggunakan enjin 1.3L sahaja, kelengkapan yang didatangkan pada unit ini sebenarnya cukup tinggi.

Antara ciri yang ada termasuklah lampu kabus jenis LED, brek belakang jenis cakera, warna badan dwi-tona dan rim yang bersaiz 16 saiz.

Bagi anda yang belum tahu, Honda Jazz generasi sekarang telah menang anugerah Red Dot Design Award. Jadi, tidak sia-sialah Honda buat gaya yang unik yang sebegini kan?

Bercakap mengenai ini, tema unik juga beransur pada bahagian dalam dan berdasarkan pengalaman kami, ruang di dalam kabin rasa cukup luas walaupun ukuran badannya lebih tirus daripada City Hatchback (1,695 mm vs 1,748 mm).

Mungkin pilihan warna tempat duduk yang ceria dan persembahan kabin yang minimalis yang membuatkan kami rasa ia lapang.

Sebagai kereta hatchback Honda, tidak sahlah kalau tiada ciri lipatan kerusi belakang yang dipanggil Ultra Seats dan ciri ini juga ada pada Honda Jazz ini.

Menariknya, terdapat banyak butang dan elemen reka bentuk yang dikongsi bersama Honda City Hatchback kita, Civic dan juga HR-V baharu tetapi apa yang unik adalah roda stereng dua bilah dan paparan kluster digitalnya yang mana ia nampak cukup lain dan tidak ada pada mana-mana model Honda sekarang.

Cumanya, ia menggunakan tulisan berbahasa Jepun. Macam biasalah, recond Jepun kan?

Bercakap mengenai lain, infotainment Gathers yang dilengkapkan juga ada satu benda yang ajaib di mana kalau anda tekan butang ‘eject’…

…ia akan terlipat keluar macam ini. Kalau anda perhati, ia boleh memainkan kad memori dan CD. Kalau anda tekan ‘close’, skrin infotainment ini akan ditutup semula. Canggih tak?

Perehat tangan di konsol tengah pun tiada. Yang ada hanya pad getah yang anda boleh letak macam-macam.

Satu lagi keunikan yang dapat kami petik adalah tempat duduknya. Walaupun berbahan fabrik, ia diperbuat daripada mutu kalis air. Namun begitu, tempat duduk belakangnya tiada corong penyaman udara. Apapun, Honda Fit ini tetap mencuit hati kami kerana banyak elemen unik yang diterapkan pada bahagian kabin, terutama dari segi praktikaliti.

Siap ada penyala api kecemasan lagi.

Jadi untuk anda yang berminat, perbatuan unit ini baru setakat 10,806 km dan harganya ditawarkan pada RM 127,700. Maklumat lanjut boleh didapatkan di sini.

Juga bacaSemua generasi Honda Jazz dalam masa 20 tahun – Ini kegemaran kami

Oops... Something broke.
    Channel:
Ikuti laman sosial kami:
Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk memb...

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

pengguna membeli kereta idaman
Tambah kereta anda

Naik taraf

Honda Jazz

Kereta Terpakai Yang Berkait

Quality Cars Guaranteed

Fixed Price No Hidden Fees

5-Day Money-back Guarantee

1-Year Warranty

Lihat Lebih

Video Pendek Yang Berkenaan

Video Kereta

Closer Look: All-new Honda Jazz, Cutest City Car Ever? - wapcar.my

Berita Terkini

PLUS and Gentari launch modular EV charger with battery storage at the northbound Behrang lay-by

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) and clean energy solutions provider Gentari Sdn Bhd (Gentari), via its subsidiary, Gentari Green Mobility, have launched an electric vehicle (EV) fast-charging modular and portable station at the northbound Behrang lay-by. The system uses a Battery Energy Storage System (BESS) setup. Present at the launch was Malaysiaā€™s Minister of Works, YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi. ā€œThe collaboration between PLUS and Gentari is a significant joint effort that can harness the

The 2023 Ford Ranger and Ranger Raptor add two awards to their list of accolades

Itā€™s been an award-winning season for the new 2023 Ford Ranger and its variants. Recently, itā€™s added another two more to its list of accolades as Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), the sole distributor for Ford in Malaysia, received the CarPlus Editorā€™s Choice Award 2022-2023 for ā€˜Pick-up Truck of the Yearā€™ for the Ranger and ā€˜Car of the Yearā€™ for the Ranger Raptor. The Ranger boasts an updated design with enhanced aerodynamics and improved interior comfort. It features a range of powerful, effi

From equivalent to RM 208k, Thai prices for 2023 Honda Accord confirmed; gap with CR-V's prices tightens

The all-new 2023 Honda Accord has finally gotten its confirmed price list in Thailand following its preview earlier, entering a two-fold battle which only has it facing off against the Toyota Camry range. Three variants of the hybrid-only Accord will go on sale in Thailand, with prices as follows: Accord e:HEV E: THB 1,599,000 (~RM 208k) Accord e:HEV EL: THB 1,669,000 (~RM 217k) Accord e:HEV RS: THB 1,799,000 (~RM 234k) These prices are slightly more competitive to what its sole rival, the Camry

The upcoming mini Toyota Land Cruiser will be a Corolla Cross-sized "Land Hopper?"

The Toyota Land Cruiser made its name being a tough-as-nails, go-anywhere premium 4x4 with the looks to back it up. Hot on the heels of the new global Land Cruiser 300 and the North American Land Cruiser 250 (Prado) could be a new third, more compact variant thatā€™s being adorably dubbed the Land Hopper. Japanese site Best Car Web has dropped its own rendering of what the Land Hopper could be styled like and unsurprisingly, it appears to be very much like a mini Land Cruiser 250. Thatā€™s not a bad

Mercedes-Benz EQS SUV launching in Malaysia on Friday, plus another EV by year's end - EQE SUV?

Referenced briefly in the Budget 2024 commentary, Amanda Zhang, the President and CEO of Mercedes-Benz Malaysia, highlighted the company's increasing momentum and revealed the imminent launch of the Mercedes-Benz EQS SUV, happening this Friday on 20-October. ā€œOur momentum continues to grow, as we eagerly anticipate the arrival of the EQS SUV this Friday, with plans to launch another all-electric model before year end. These efforts underscore our dedication to providing innovative electric vehic

Rekomendasi Kereta

PopularLatestUpdates
Hot
Mitsubishi

Mitsubishi Xpander

RM 99,980

Lihat Model
Honda

Honda Civic Type R

RM 330,002 - 399,900

Lihat Model
Upcoming
Volvo

Volvo EX30

TBC

Lihat Model
Rolls Royce

Rolls Royce Spectre

RM 2,000,000

Lihat Model

Perbandingan Kereta Berkaitan

Honda Jazz
Cek Lebih