window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda Jazz Crosstar ditemui di Malaysia - dari RM 129k, ini atau Iriz Active?

Haris Ā· Sep 12, 2022 08:00 PM

Honda Jazz Crosstar ditemui di Malaysia - dari RM 129k, ini atau Iriz Active? 01

Tentu ramai yang merindui Honda Jazz setelah hatchback popular di Malaysia itu ditamatkan pengeluaran sejak Oktober 2021. Jangan risau, di sinilah pengedar recond di Malaysia berfungsi kerana beberapa model Honda Jazz nampaknya telah dibawa masuk bagi mereka yang mahukan kelainan.

Honda Jazz Crosstar ditemui di Malaysia - dari RM 129k, ini atau Iriz Active? 02

Malah, unit Honda Jazz yang dibawa masuk bukan model asas. Apa yang anda lihat di atas ini adalah Honda Fit Crosstar (nama Fit digunakan di Jepun secara rasmi) yang diimport oleh Prominent Motor Sdn. Bhd

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kru Wapcar.my berkesempatan untuk melihat dengan lebih dekat model ala SUV ini yang mengekalkan kecomelan Honda Jazz generasi baharu.

Rupa itu penting

Honda Jazz Crosstar ditemui di Malaysia - dari RM 129k, ini atau Iriz Active? 01

Honda Fit Crosstar adalah model varian ala SUV untuk barisan model Honda Jazz di Jepun. Ia boleh dilihat seperti varian Proton Iriz Active atau Perodua Axia Style secara teknikalnya. Sebagai rujukan, terdapat 6 varian asas Honda Fit di Jepun iaitu Basic, Home, Ness, Crosstar, Luxe dan Modulo X. Peningkatan varian adalah mengikut susunan tersebut.

Honda Jazz Crosstar ditemui di Malaysia - dari RM 129k, ini atau Iriz Active? 02

Gaya hidup adalah sebahagian faktor yang penting dalam penjualan kenderaan di Jepun oleh itu Honda tidak terkecuali dalam menawarkan gaya hidup aktif melalui Honda Fit Crosstar ini. Di laman web Honda rasmi, Fit Crosstar diungkapkan dengan "Daripada menghabiskan hujung minggu di rumah, mari keluar dan nikmati kehidupan yang lebih menyeronokkan!".  

Honda Jazz Crosstar ditemui di Malaysia - dari RM 129k, ini atau Iriz Active? 03

Sebagai perbandingan, Honda Fit Crosstar ini mengenakan gril dengan bukaan yang lebih konvensional, khusus untuk varian ini. Varian Honda Jazz lain mengenakan rekaan gril yang lebih nipis, dengan separuh atas tertutup oleh rekaan yang disepadukan dengan bumper.

Honda Jazz Crosstar ditemui di Malaysia - dari RM 129k, ini atau Iriz Active? 04

Honda Jazz Crosstar ditemui di Malaysia - dari RM 129k, ini atau Iriz Active? 05

Selain daripada itu, Honda Fit Crosstar mengenakan bumper hadapan, bumper belakang, pelindung gerbang roda, sisi dan bawah yang eksklusif untuk varian ini sahaja. Sebagai varian atasan, ia didatangkan dengan lampu LED untuk depan, belakang dan lampu siang DRL. Berdasarkan spesfikasi, ia memang tidak didatangkan dengan lampu kabus.

Honda Jazz Crosstar ditemui di Malaysia - dari RM 129k, ini atau Iriz Active? 06

Bagi menyempurnakan lagi keseluruhan rupa kekar yang ditonjolkan, rim 16-inci dipasang pada Fit Crosstar. Varian bawah Basic dan Home hanya mengenakan rim 15-inci. Pilihan warna yang dipertontonkan adalah warna kombo Surf Blue dan hitam yang merupakan Hero Color bagi varian ini.

Honda Jazz Crosstar ditemui di Malaysia - dari RM 129k, ini atau Iriz Active? 07

Pilihan enjin adalah satu-satunya enjin 4-silinder 1.3 liter aspirasi semulajadi L13B i-VTEC yang cukup menghamburkan sehingga 98 PS dan 118 Nm. Enjin ini adalah khas untuk pasaran Jepun setakat ini.

Honda Jazz Crosstar ditemui di Malaysia - dari RM 129k, ini atau Iriz Active? 08

Digandingkan dengan kotak gear automatik CVT, angka penggunaan bahan api yang didakwa adalah serendah 5.2 liter/100 km. Terdapat 2 pilihan pacuan untuk pasaran Jepun iaitu pacuan roda hadapan dan 4WD justeru model yang dipaparkan di sini adalah model pacuan roda depan.

Honda Jazz Crosstar ditemui di Malaysia - dari RM 129k, ini atau Iriz Active? 09

Bukan itu sahaja, di Jepun terdapat pilihan untuk memasang rel bumbung untuk melengkapi lagi keseluruhan imej lasak yang dibawakan oleh Honda Fit Crosstar ini. Walaupun nampak comel, dari sudut rekaan ia masih kelihatan sesuai untuk aktiviti lasak kerana jarak overhang yang agak pendek.

Tiada sebarang peningkatan jarak kelegaan tanah atau suspensi seperti yang ada pada model Active atau Style di Malaysia. Fit Crosstar ini masih sama seperti varian Honda Fit lain.

Honda Fit Crosstar tidak cuba untuk kelihatan seperti sebuah hatchback pantas kerana tugas itu disandang oleh Honda Jazz Modulo X. Ia tidak cuba memenuhi citarasa tersebut dan untuk apa yang ditawarkan, anda akan tampil berbeza dengan pengguna jalan raya lain termasuk mereka yang di Singapura. 

Ruang dalaman simplistik untuk negara maju

Honda Jazz Crosstar ditemui di Malaysia - dari RM 129k, ini atau Iriz Active? 10

Honda Jazz Crosstar ditemui di Malaysia - dari RM 129k, ini atau Iriz Active? 11

Jika anda merasakan rekaan dalaman untuk Honda City adalah ringkas, Honda Fit Crosstar melangkah lebih ringkas dengan rekaan yang sangat simplistik. Aspek ini seiring dengan falsafah Muji yang kini begitu popular di Jepun.

Baca: SAH: Jualan Honda Jazz di Malaysia dihenti buat selamanya, selamat tinggal buah hati rakyat

Honda Jazz Crosstar ditemui di Malaysia - dari RM 129k, ini atau Iriz Active? 12

Honda Jazz Crosstar ditemui di Malaysia - dari RM 129k, ini atau Iriz Active? 13

Segala-galanya sangat ringkas di sini - lihat sahaja skrin digital 7-inci yang terletak di tengah-tengah tanpa sebarang tolok bulat, jejari stereng pula sudah tinggal 2 berbanding 3 jejari pada model yang biasa kita lihat. Pemegang cawan pula terdedah tanpa perlu ditutup kerana kenapa perlu malu dan menutupnya?

Honda Jazz Crosstar ditemui di Malaysia - dari RM 129k, ini atau Iriz Active? 14

Unit infotainment yang diberikan agak asas untuk standard biasa dan tidak menyokong frekuensi radio Malaysia. Prominent Motor berkata mereka boleh menyelesaikan masalah ini untuk anda dengan pemain audio berasaskan Android biasa tetapi sedikit tips dari kami: simpan unit original Gathers ini.

Hal ini kerana, ia boleh dijual di pasaran terpakai pada harga yang agak tinggi. Jangan cakap abang tak payung.

Honda Jazz Crosstar ditemui di Malaysia - dari RM 129k, ini atau Iriz Active? 15

Honda Jazz Crosstar ditemui di Malaysia - dari RM 129k, ini atau Iriz Active? 16

Walaupun tidak hadir dengan kerusi upholsteri kulit, unit ini mendapat kerusi fabrik kalis air. Ia lebih mudah sejuk berbanding kemasan kulit dan anda tidak perlu risau mengenai sebarang air yang tumpah. Fabrik juga dikira sebagai kemasan mewah untuk rakyat Jepun kerana 2 ciri yang disebutkan ini. Kualiti fabrik Jepun juga memang tidak perlu dipersoalkan.

Baca: Panduan: Honda Jazz Hybrid (GP5) terpakai - dari RM 60k, hatchback hibrid berbaloi simpan?

Honda Jazz Crosstar ditemui di Malaysia - dari RM 129k, ini atau Iriz Active? 17

Honda Jazz Crosstar ditemui di Malaysia - dari RM 129k, ini atau Iriz Active? 18

Anda juga akan mendapat pelarasan tempat duduk manual, penyaman udara zon tunggal (panel yang sama dengan City/HR-V/Civic) tetapi tiada perehat lengan atau storan kecil di bahagian tengah. Ia membantu dengan estetika minimalis tetapi kami pasti ia adalah suatu kekurangan untuk pemandu di Malaysia yang menggemari ciri ini.

Honda Jazz Crosstar ditemui di Malaysia - dari RM 129k, ini atau Iriz Active? 19

Honda Jazz Crosstar ditemui di Malaysia - dari RM 129k, ini atau Iriz Active? 20

Seperti mana-mana model 2-kotak Honda keluaran massa di bawah segmen B yang lain, kabin direka bijak dengan Ultra Seat yang ikonik. Justeru tiada masalah untuk membawa penumpang atau kargo, malah kedua-duanya sekali jika muat. 

Terdapat kira-kira dua bola tenis ruang kaki melalui kiraan kami apabila duduk di bahagian belakang.

Honda Jazz Crosstar ditemui di Malaysia - dari RM 129k, ini atau Iriz Active? 21

Butang SOS untuk unit kecemasan Jepun

Honda Jazz Crosstar ditemui di Malaysia - dari RM 129k, ini atau Iriz Active? 22

Pembaca kad ETC, mirip SmartTAG di Malaysia

Model ini unik untuk golongan yang mahukan keterampilan unik. Bagi mereka yang mahu tampil berbeza atau menggemari model Honda, Fit Crossfit ini memenuhi garaj koleksi anda dengan jayanya. Ia terasa sungguh moden, sungguh JDM lantas membawa suatu perspektif yang baharu kepada mereka yang duduk di dalam kabin hatchback ini.

@wapcar_zamil Replying to @schaliemansor Ada ni rupa ala Perodua Axia Style šŸ˜ #tahukahanda #carmalaysia #fypmalaysia #learnontiktok #kelastiktok #belajaronline #hondajazz #hondamalaysia #malaysia #peroduaaxia ā™¬ Despair (ęŠ–éŸ³ēƒ­ę’­) - åˆę¢¦

Kami kini memahami logik di sebalik menggantikan Honda Jazz dengan Honda City Hatchback untuk pasaran massa. Jika anda masih mempunyai kepentingan terhadap Honda Jazz, apa kata semak dengan lebih dekat di bilik pameran atau tinjau melalui pautan ini.

Unit recond ini adalah unit hampir baharu (hanya 1,190 km jarak tempuh ketika waktu penulisan) dan boleh menjadi milik anda pada harga RM 129,700).

Baca: Honda Jazz RS facelift didedah - enjin hibrid dan rekaan comel bikin model lama Honda Fit RS (GK5) lagi diidamkan?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2019 Honda Jazz 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Ā  Jual kereta anda