window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Rakyat Malaysia tak tunggu pun Honda City Hatchback; Honda Jazz GK5 kekal laku keras

Zamil Syaheer Ā· Oct 20, 2021 02:00 PM

Rakyat Malaysia tak tunggu pun Honda City Hatchback; Honda Jazz GK5 kekal laku keras 01

Honda Jazz generasi GK5 akan dihentikan di Malaysia, tetapi permintaan untuk hatchback segmen B ini masih lagi tinggi.

Rakyat Malaysia tak tunggu pun Honda City Hatchback; Honda Jazz GK5 kekal laku keras 02

Kami sudahpun berbual dengan beberapa pengedar Honda di Malaysia dan kesemuanya berkata walaupun stok hampir habis, pertanyaan untuk model Jazz masih ada.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Rakyat Malaysia tak tunggu pun Honda City Hatchback; Honda Jazz GK5 kekal laku keras 01

Walau bagaimanapun, tak banyak pengedar yang masih mempunyai stok Honda Jazz. Tanpa Honda Jazz untuk dijual, penasihat jualan meminta pelanggan untuk menunggu Honda City Hatchback yang akan dating. Namun begitu, tarikh pelancaran model itu masih belum dapat dipastikan.

Kenapa Honda Jazz begitu popular?

Rakyat Malaysia tak tunggu pun Honda City Hatchback; Honda Jazz GK5 kekal laku keras 02

Honda City Hatchback di Thailand

Senang saja – masih ramai peminat tegar Honda Jazz. Tambahan pula, dengan pelbagai imej serta video tular di media sosial dan berita di luar negara, banyak pelanggan Malaysia telah melihat Honda City Hatchback, dan kebanyakan mereka tidak melihatnya sebagai pengganti Honda Jazz.

Hasilnya, mereka tidak kisah dengan Honda Jazz yang lebih tua, daripada menunggu City Hatchback.

Kenapa Honda Jazz generasi seterusnya tidak akan dilancarkan di sini?

Rakyat Malaysia tak tunggu pun Honda City Hatchback; Honda Jazz GK5 kekal laku keras 03

Jawapan ringkasnya ialah Honda Jazz generasi keempat dilihat terlalu radikal untuk diterima oleh kebanyakkan orang di pasaran baru. Dengan stereng dua-bilah yang mewah, walaupun bahagian interior nampak minimalis, bebas kekacauan, dan reka bentuk luaran yang agak comel tidak sesuai dengan pengguna di sini.

Rakyat Malaysia tak tunggu pun Honda City Hatchback; Honda Jazz GK5 kekal laku keras 04

Walaupun formula ini mungkin tidak berkesan untuk kebanyakan pengguna di rantau ini, tetapi pembeli di Eropah, Jepun, dan China suka dengan reka bentuk sebegini.

Rakyat Malaysia tak tunggu pun Honda City Hatchback; Honda Jazz GK5 kekal laku keras 05

Salah satu sebab lain untuk memperkenalkan Honda City Hatchback di Malaysia adalah kerana Honda Malaysia ingin melancarkan proses pembuatannya.

Rakyat Malaysia tak tunggu pun Honda City Hatchback; Honda Jazz GK5 kekal laku keras 06

Honda City Hatchback di Thailand

Walaupun Jazz generasi GK5 terkini dan City generasi GM6 yang sudahpun dihentikan berkongsi perkakasan yang serupa, City dan City Hatchback serba baru mempunyai lebih banyak persamaan. Bukan sahaja kedua-dua kereta mempunyai bahagian depan yang sama, malah papan pemuka sekali.

Rakyat Malaysia tak tunggu pun Honda City Hatchback; Honda Jazz GK5 kekal laku keras 07

Honda City Hatchback di Thailand

Persamaan alat ganti antara City dan City Hatchback akan menurunkan kos, kerana kos per unit akan menjadi lebih rendah apabila jumlah bahagian masing-masing naik. Sebenarnya, langkah ini juga memudahkan pembelian alat, pergudangan, dan selepas jualan.

 

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2019 Honda Jazz 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Ā  Jual kereta anda