window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Prebiu Chery Omoda 5 di Malaysia - lebih "stylo" dan berkuasa daripada X50 / HR-V!

Haris · Oct 26, 2022 01:00 PM

Prebiu Chery Omoda 5 di Malaysia - lebih

Walaupun hanya kurang daripada 6 bulan sejak Chery Omoda 5 mula dijual di China, SUV segmen B terbaharu itu kini telah mendarat di Malaysia.

Di China, Chery Omoda 5 berharga antara RMB 92,900 (~RM 60k) hingga RMB 126,900 (~RM 82k), mencantas harga Honda XR-V 1.5 NA di sana (dijual di sini sebagai Honda HR-V, berharga antara RMB 132,900 hingga RMB RMB 152,900) sebanyak 20 hingga 43 peratus, bergantung pada varian.

Prebiu Chery Omoda 5 di Malaysia - lebih

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Omoda 5 adalah sebahagian daripada acara prebiu Chery yang diadakan baru-baru ini, memberikan kita gambaran ringkas model Chery yang paling menarik perhatian setakat kini. Perlu diingatkan bahawa ini adalah unit pra-pengeluaran dan mungkin tidak mewakili unit rasmi yang akan mula dijual dalam masa terdekat.

Baca: Lupakan Eastar dahulu, Chery pratonton Omoda 5 & SUV Tiggo 4 Pro, 7 Pro & 8 Pro di Malaysia

Prebiu Chery Omoda 5 di Malaysia - lebih

Walaupun Omoda 5 hadir pada acara pratonton, model ini adalah untuk paparan statik sahaja; bermakna tiada pandu uji yang dijalankan di sini.

Ketika majlis tersebut, Wapcar.my telah mendekati dan memerhati secara lebih dekat model Omoda 5 ini dan tanggapan awal kami agak positif.

Prebiu Chery Omoda 5 di Malaysia - lebih

Prebiu Chery Omoda 5 di Malaysia - lebih

Perkara pertama yang paling menonjol adalah bahagian yang paling ketara - fasia hadapan Omoda 5. Ia menampilkan gril hadapan yang besar dengan lampu nyalaan siang hari (DRL) LED nipis di sisi, mencipta rupa "sepet" yang jelas. Perhatikan dengan teliti dan anda juga akan melihat sisipan kecil yang terletak di dalam jeriji, memberikan Omoda 5 daya tarikan kelas atasan.

Baca: 3 SUV baharu sah - Tiggo Pro dan Omoda 5 tersenarai dalam laman web rasmi Chery Malaysia!

Prebiu Chery Omoda 5 di Malaysia - lebih

Di bahagian sisi, Omoda 5 yang dipratonton di sini dipasang dengan rim 18-inci yang dibalut dengan tayar 215/55R18 GitiComfort F50. Walaupun rim hitam berkilat yang dilihat di sini adalah rim serupa dengan apa yang ditawarkan di China, perincian ini mungkin terbuka untuk menerima sentuhan tempatan yang berbeza.

Prebiu Chery Omoda 5 di Malaysia - lebih

Prebiu Chery Omoda 5 di Malaysia - lebih

Di bahagian belakang, Chery Omoda 5 menampilkan elemen pencahayaan menegak yang ditempatkan dalam lampu belakang LED lebar penuhnya. Penjenamaan "Chery" juga boleh didapati terpampang di sepanjang lampu belakang tersebut.

Baca: Chery mahu Malaysia tolong bangunkan Omoda 5 versi EV, katanya akan lawan Ora Good Cat

Prebiu Chery Omoda 5 di Malaysia - lebih

Prebiu Chery Omoda 5 di Malaysia - lebih

Bahagian dalamannya juga merupakan tempat yang agak selesa dan berkualiti untuk dimasuki. Terdapat dwi skrin 10.25-inci, satu untuk kluster instrumen digital dan satu lagi untuk sistem infotainmen.

Baca: Indonesia mula pengeluaran SUV dengan jaminan 10-tahun, Chery Tiggo 7 Pro dan Tiggo 8 Pro!

Prebiu Chery Omoda 5 di Malaysia - lebih

Prebiu Chery Omoda 5 di Malaysia - lebih

Bercakap mengenai sistem infotainmen, Omoda 5 menampilkan sokongan tanpa wayar untuk kedua-dua Apple CarPlay dan Android Auto. Perkhidmatan nirwayar ini juga diperluaskan kepada keupayaan pengecasan telefon, berdasarkan bukti daripada pad pengecasan Qi pada konsol tengah.

Prebiu Chery Omoda 5 di Malaysia - lebih

Prebiu Chery Omoda 5 di Malaysia - lebih

Kualiti binaan, serta pemilihan bahan dan kemasan, berdasarkan tanggapan awal kami agak positif. Walaupun ini merupakan unit pra-pengeluaran, bahagian dalamannya terasa tersusun rapi tanpa ada ruang celah yang begitu ketara. Titik sentuhan juga terasa bagus, memberi banyangan bahawa Chery telah memberikan lebih banyak pemikiran disebaliknya semasa membangunkan Omoda 5.

Prebiu Chery Omoda 5 di Malaysia - lebih

Dari segi trenkuasa, Omoda 5 ditawarkan dengan dua pilihan di China. Pilihan pertama ialah enjin 4-silinder 1.5 liter pengecas turbo yang menghasilkan 156 PS dan 230 Nm, dipadankan dengan transmisi automatik jenis CVT. Malah, ini adalah spesifikasi yang dipertontonkan di Malaysia.

Prebiu Chery Omoda 5 di Malaysia - lebih

Pilihan kedua ialah enjin 4-silinder 1.6 liter pengecas turbo yang menghasilkan 197 PS dan 290 Nm. Untuk pilihan ini, ia dipadankan dengan transmisi automatik klac berkembar 7-kelajuan.

Perbandingan output kuasa
Model Kuasa Kuda (PS) Tork (Nm)
Omoda 5 197 290
HR-V Turbo 181 240
X50 1.5 TGDi 177 255

Sebagai rujukan, Honda HR-V yang paling berkuasa berkeupayaan 181 PS dan 240 Nm, manakala Proton X50 berspesifikasi tinggi menghasilkan 177 PS dan 255 Nm.

Prebiu Chery Omoda 5 di Malaysia - lebih

Walaupun model dengan enjin 1.5 liter adalah model pacuan roda hadapan (FWD) sahaja, model 1.6 liter yang lebih berkuasa boleh dimiliki sebagai model pacuan semua roda (AWD). Bagi pasaran Malaysia, masih belum disahkan lagi pilihan spesifikasi yang akan ditawarkan namun ia mungkin cenderung kepada pilihan yang dipertontonkan ini.

Prebiu Chery Omoda 5 di Malaysia - lebih

Ketika ini, Chery Omoda 5 masih belum lagi dijual secara rasmi di Malaysia. Harga dan spesifikasi akhir juga tidak diketahui pada waktu artikel ini dutulis.

Chery Malaysia, syarikat yang baru ditubuhkan di sebalik acara hari ini, tidak mendedahkan sebarang tempoh masa bilakah Omoda 5 akan mula dijual di Malaysia, tetapi berkata model itu telah dan boleh dikesan di Malaysia melakukan pandu uji, diselubungi sepenuhnya dengan penyamaran.

Adakah anda rasa Omoda 5 akan memberi ancaman serius kepada Proton X50 dan Honda HR-V? Beritahu kami di ruangan komen.

Baca: Spyshot: Samaran Chery Omoda 5 2022 dilihat di Malaysia, kini boleh nampak bahagian depan!

 

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Chery Omoda 5 C

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda