Panduan: Mazda CX-5 terpakai (KF) serendah RM 100k, alternatif terbaik berbanding Proton X70?

Di awal penampilannya, Mazda CX-5 menggemparkan pasaran Malaysia dengan rekaan SUV yang cantik pada harga yang berpatutan. Ini adalah kemuncak SUV - ruang yang cukup untuk keluarga, sentuhan takumi Jepun, kebolehpercayaan serta ketahanan yang terbukti.

Untuk kesemua ini, Mazda CX-5 menjadi model terlaris Bermaz lantas menaikkan imejnya sebagai pengeluar yang paling bijak di Malaysia dalam memenuhi permintaan pelanggan.

Buat pertama kalinya, sebuah SUV dengan imej premium kini dapat dimiliki kebanyakan rakyat Malaysia kelas pertengahan. Pemegang status penduduk tetap juga mempunyai sesuatu yang mampu milik tapi masih mengekalkan statusnya. Golongan M40 akhirnya bergembira kerana mampu lari dari lambang H yang sudah muak dijadikan status kejayaan B40.

Mazda CX-5 generasi kedua (kod nama KF) sudah boleh ditemui dalam pasaran terpakai. Susut nilai telah meletakkannya pada harga yang sedikit menghampiri Proton X70, justeru adakah ini satu peluang untuk anda menikmatinya?

Varian Mazda CX-5 KF yang ditawarkan di Malaysia

Mazda CX-5 generasi kedua, dengan kod nama KF, hadir dalam 5 varian berbeza ketika pelancaran awal sebelum facelift dengan 3 pilihan enjin - jauh sebelum Honda HR-V menawarkan jumlah pilihan enjin yang sama.

Varian Mazda CX-5 KF pra-facelift 2017
Varian Enjin Harga
2.0G GL 2WD 2.0 Skyactiv-G (164 PS / 210 Nm) RM 134,605.50
2.0G GLS 2WD 2.0 Skyactiv-G (164 PS / 210 Nm) RM 148,605.50
2.5G GLS 2WD 2.5 Skyactiv-G (195 PS / 257 Nm) RM 160,996.70
2.2D GLS 2WD 2.2 Skyactiv-D (175 PS / 420 Nm) RM 164,579.10
2.2D GLS AWD 2.2 Skyactiv-D (175 PS / 420Nm) RM 175,179.10

Kesemua pilihan di atas dilengkapi dengan transmisi automatik 6-kelajuan dan sarat dengan ciri kelengkapan walaupun pada varian asas.

Ambil contoh Mazda CX-5 2.0 GL pra-facelit, ia hadir dengan rim 17-inci dan tempat duduk hadapan manual tetapi dilengkapi dengan pintu masuk tanpa kunci dan kawalan iklim dwi zon.

Jika anda melangkah naik ke Mazda CX-5 2.0 GLS, semuanya kelihatan memberangsangkan dengan penambahan teknologi lampu LED untuk DRL dan lampu belakang, tempat duduk pemandu berkuasa, lampu hadapan adaptif dan upholsteri kulit. Malah ia mempunyai teknologi keselamatan aktif yang terhad dalam bentuk brek kecemasan autonomi bersama amaran titik buta dan amaran trafik lintasan belakang.

Segala-galanya kekal sama dengan Mazda CX-5 2.5 GLS kecuali untuk enjin yang lebih besar, lebih berkuasa dan rim 19-inci yang lebih besar dengan lampu depan LED adaptif.

Hanya dengan varian diesel 2.2D GLS anda mendapat suite penuh Mazda i-Activesense yang kini turut meliputi amaran berlepas lorong, bantuan terus lorong dan amaran perhatian pemandu.

Perlu diingatkan bahawa semua varian termasuk waranti 5 tahun / 100,000 km serta pakej penyelenggaraan 3 tahun / 60,000 km. Justeru, ia sepatutnya diservis secara rasmi untuk beberapa tahun pertama tetapi sebaiknya perhatikan untuk rekod servis setelah pakej penyelenggaraan tamat.

Pada tahun 2019, Mazda melancarkan Mazda CX-5 facelift generasi KF. Anda masih mempunyai 5 varian tetapi di antaranya terdapat enjin petrol 2.5 liter pengecas turbo baharu - akhirnya casis dan kuasa disepadankan.

Varian 2019 Mazda CX-5 facelift KF
Varian Enjin Harga
2.0G 2WD Mid 2.0 Skyactiv-G (164 PS / 213 Nm) RM 137k
2.0G 2WD High 2.0 Skyactiv-G (164 PS / 213 Nm) RM 154k
2.5G 2WD High 2.5 Skyactiv-G (195 PS / 257 Nm) RM 164k
2.2D 2WD High 2.2 SkyActiv-D (175 PS / 420 Nm) RM 169k
2.5T AWD High 2.5 Skyactiv-G Turbo (231 PS / 420Nm) RM 178k

Melonjak ke model facelift, varian pengenalan tidak menawarkan fungsi kemasukan tanpa kunci dan pintu belakang berkuasa serta pemandangan panorama 360 darjah. Namun begitu ia masih menawarkan lampu LED sepenuhnya, kini standard di kesemua varian.

Tambahan pula, varian 2.0 tertinggi mendapat rim 19-inci tetapi penting untuk diambil kira kerana tayar yang lebih besar akan lebih mahal apabila tiba masanya untuk diganti.

Android Auto dan Apple CarPlay kini standard untuk semua.

Bagi ciri keselamatan, penggunaan 6 beg udara dan abjad-abjad keselamatan elektronik kini standard manakala daripada varian 2.0 High dan seterusnya, brek autonomi adalah standard.

Apa yang bagusnya Mazda CX-5 KF?

Segmen ini didominasi oleh Honda CR-V. Namun hanya Mazda CX-5 yang akan memberikan kestabilan dalam pelbagai spektrum.

Sekira kedua-duanya boleh diibaratkan sebagai perkakasan elektrik, satu lebih mirip dengan cerek elektrik manakala satu lagi boleh dibandingkan dengan peti sejuk pintar dan kita semua tahu mana satu yang anda lebih suka berada di dapur anda.

Sekiranya anda mempertimbangkan Mazda CX-5 terpakai, ia mungkin tidak begitu luas dari segi ruang tetapi ia masih merupakan sebuah SUV. Malah, ia mampu memenuhi keperluan anda dengan sedikit keseronokan dan gaya.

Mazda CX-5 memang lebih menyeronokkan untuk dipandu dan kabinnya berada pada satu tahap yang lebih tinggi daripada pesaingnya segi bahan dan kemasan. Dari segi keselamatan, ia terbukti menawarkan kekukuhan dalam sebarang ujian perlanggaran.

Hanya kerana anda terpaksa membeli SUV tidak bermakna keseronokan pemanduan perlu dikorbankan dan itulah Unique Selling Point untuk Mazda CX-5. Ia kelihatan lebih bergaya, pengendalian yang lebih baik dengan status yang lebih tinggi.

Harga Mazda CX-5 KF terpakai di pasaran

Mazda sentiasa menonjolkan suasana elitisme terhadap lencana dan modelnya berbanding pesaing Jepun kontemporari lain. Ia sama sekali bukan suatu keangkuhan tetapi lebih kepada keyakinan.

Hal ini menjadikan Mazda CX-5 cenderung untuk mengekalkan nilainya di pasaran. Ramai berpendapat bahawa Honda mempunyai harga pasaran terpakai yang terbaik tetapi merujuk kepada portal atas talian, agak jelas bahawa Mazda CX-5 lebih bertahan berbanding Honda CR-V.

Mazda CX-5 pra-facelift generasi KF bermula sekitar RM 100k untuk varian pengenalan 2.0 GL dan hanya akan mencecah RM 120k untuk CX-5 2.5 GLS atau 2.2D GLS.

Jika anda mensasarkan Mazda CX-5 facelift, harganya masih kukuh. Ia bermula pada harga di bawah RM 120k dan meningkat sehingga sekitar RM 130k untuk varian 2.5 tertinggi.

Masalah biasa Mazda CX-5 KF

Perkara pertama yang perlu diperiksa, terdapat panggilan semula produk untuk Mazda CX-5. Ia terdiri daripada 15,780 unit yang dikeluarkan antara 2017-2019 yang memerlukan penggantian modul pam bahan api. Oleh itu, pastikan isu ini telah diselesaikan terlebih dahulu.

Untuk masalah biasa, pemilik Mazda CX-5 ada melaporkan bunyi sesendal (bushing)suspensi di hadapan. Puncanya berkemungkinan daripada jenis getah yang digunakan cepat haus dan tidak dapat berfungsi dengan baik dalam cuaca tempatan.

Mazda malangnya tidak mempunyai penyelesaian untuk komponen getah ini, justeru penyelesaian after market boleh didapati dengan menggantikan komponen dengan unit poliuretana yang lebih baik. Walau bagaimanapun, penggantian ini akan menjejaskan aspek pengendalian Jinba Ittai yang terkenal.

Kami mengesyorkan agar anda menyemak bunyi daripada sistem suspensi hadapan untuk model yang telah mencatatkan lebih 100,000 km jarak perbatuan.

Selain itu, Mazda CX-5 datang dengan pakej penyelenggaraan percuma apabila dibeli baharu. Ini hampir pasti akan memastikan pemilik menghantarnya ke pusat servis kerana kos penyelenggaraan berjadual adalah percuma untuk 3-5 tahun pertama bergantung pada tahun pembelian.

Memandangkan ia agak bebas masalah, pembeli prospek perlu berhati-hati terhadap unit yang rosak akibat banjir dan yang mengalami impak teruk akibat kemalangan.

Varian Mazda CX-5 yang disyorkan?

Jika anda berminat dengan Mazda CX-5, tinjau model pra-facelift varian 2.0G 2WD GLS. Untuk model facelift pula, varian 2.0G 2WD High adalah titik terdekat jika mengikut tahap harga terpakai.

Varian dengan enjin 2.5 liter atau 2.2 liter diesel boleh dipertimbangkan namun ia lebih sekadar peningkatan kuasa yang berkadar terus dengan harga. Jika mampu apa salahnya.

Cuma, apabila perlu mengesyorkan untuk prospek pembeli yang lebih umum, peningkatan kuasa tidak begitu sejajar dengan peningkatan harga justeru varian 2.0 lebih menarik untuk dimiliki. Malah, jika anda menggunakan enjin 2.5 turbo, jangkakan penggunaan bahan api tinggi, lebih hampir kepada saudara Mazda RX-7 berkuasa rotaryyang terkenal berbanding SUV yang berorientasikan keluarga

Konklusi

Dalam pasaran SUV segmen C terpakai, Mazda CX-5 KF memenangi semua aspek KECUALI ruang kabin. Sekali lagi, ia bukannya kecil atau sempit cuma ia tidaklah seluas pesaing utamanya.

Walau bagaimanapun, dalam setiap aspek lain, Mazda CX-5 KF berada jauh di hadapan dan akan melakukan yang terbaik untuk sensasi pemanduan anda, tidak kira sama ada sedang membawa penumpang atau sekadar menelusuri Ulu Yam.

Carsome menawarkan pelbagai model terpakai untuk anda termasuklah Mazda CX-5 generasi kedua.Kesemua tawaran di laman web Carsome disokong oleh waranti trenkuasa 1 tahun dan jaminan wang dikembalikan selama 5 hari.

Semua kereta denganCarsome Certified disertakan dengan Carsome Promise, yang memastikan bahawa kereta tersebut telah lulus pemeriksaan 175 poin yang ketat, termasuk waranti setahun, termasuk jaminan wang dikembalikan dalam lima hari dan harga tetap tanpa kos tersembunyi.

Apa kata cuci mata terlebih dahulu hari ini dan buat keputusan kemudian?

Baca:Panduan: Mazda CX-5 generasi pertama (KE) terpakai serendah RM 70k, jangan terlepas pandang SUV ini!

Oops... Something broke.
    Channel:
Ikuti laman sosial kami:
Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, juster...

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

pengguna membeli kereta idaman
Tambah kereta anda

Naik taraf

Mazda CX-5

Kereta Terpakai Yang Berkait

Quality Cars Guaranteed

Fixed Price No Hidden Fees

5-Day Money-back Guarantee

1-Year Warranty

Lihat Lebih

Video Pendek Yang Berkenaan

Video Kereta

2021 Honda CR-V vs Mazda CX-5 Turbo SUV Comparison Review, Family Should Buy Which?

2021 Mazda CX-5 2.5 Turbo Review in Malaysia, The FASTEST Japanese Family SUV!!

Berita Terkini

PLUS and Gentari launch modular EV charger with battery storage at the northbound Behrang lay-by

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) and clean energy solutions provider Gentari Sdn Bhd (Gentari), via its subsidiary, Gentari Green Mobility, have launched an electric vehicle (EV) fast-charging modular and portable station at the northbound Behrang lay-by. The system uses a Battery Energy Storage System (BESS) setup. Present at the launch was Malaysia’s Minister of Works, YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi. β€œThe collaboration between PLUS and Gentari is a significant joint effort that can harness the

The 2023 Ford Ranger and Ranger Raptor add two awards to their list of accolades

It’s been an award-winning season for the new 2023 Ford Ranger and its variants. Recently, it’s added another two more to its list of accolades as Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), the sole distributor for Ford in Malaysia, received the CarPlus Editor’s Choice Award 2022-2023 for β€˜Pick-up Truck of the Year’ for the Ranger and β€˜Car of the Year’ for the Ranger Raptor. The Ranger boasts an updated design with enhanced aerodynamics and improved interior comfort. It features a range of powerful, effi

From equivalent to RM 208k, Thai prices for 2023 Honda Accord confirmed; gap with CR-V's prices tightens

The all-new 2023 Honda Accord has finally gotten its confirmed price list in Thailand following its preview earlier, entering a two-fold battle which only has it facing off against the Toyota Camry range. Three variants of the hybrid-only Accord will go on sale in Thailand, with prices as follows: Accord e:HEV E: THB 1,599,000 (~RM 208k) Accord e:HEV EL: THB 1,669,000 (~RM 217k) Accord e:HEV RS: THB 1,799,000 (~RM 234k) These prices are slightly more competitive to what its sole rival, the Camry

The upcoming mini Toyota Land Cruiser will be a Corolla Cross-sized "Land Hopper?"

The Toyota Land Cruiser made its name being a tough-as-nails, go-anywhere premium 4x4 with the looks to back it up. Hot on the heels of the new global Land Cruiser 300 and the North American Land Cruiser 250 (Prado) could be a new third, more compact variant that’s being adorably dubbed the Land Hopper. Japanese site Best Car Web has dropped its own rendering of what the Land Hopper could be styled like and unsurprisingly, it appears to be very much like a mini Land Cruiser 250. That’s not a bad

Mercedes-Benz EQS SUV launching in Malaysia on Friday, plus another EV by year's end - EQE SUV?

Referenced briefly in the Budget 2024 commentary, Amanda Zhang, the President and CEO of Mercedes-Benz Malaysia, highlighted the company's increasing momentum and revealed the imminent launch of the Mercedes-Benz EQS SUV, happening this Friday on 20-October. β€œOur momentum continues to grow, as we eagerly anticipate the arrival of the EQS SUV this Friday, with plans to launch another all-electric model before year end. These efforts underscore our dedication to providing innovative electric vehic

Rekomendasi Kereta

PopularLatestUpdates
Hot
Mitsubishi

Mitsubishi Xpander

RM 99,980

Lihat Model
Honda

Honda Civic Type R

RM 330,002 - 399,900

Lihat Model
Upcoming
Volvo

Volvo EX30

TBC

Lihat Model
Rolls Royce

Rolls Royce Spectre

RM 2,000,000

Lihat Model

Perbandingan Kereta Berkaitan

Mazda CX-5
Cek Lebih