Panduan: Bagaimana jika saya masih mahukan Proton X70 1.8 TGDi, apa yang perlu dipertimbangkan?

Proton X70 mungkin salah satu model Harimau Malaysia yang paling berjaya. Diperkenalkan pada tahun 2018 berikutan pemeteraian Geely sebagai rakan strategik mereka, Proton terus menawarkan X70 bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga di negara-negara pemanduan kanan seperti Afrika Selatan, Bangladesh, Nepal dan Pakistan.

Prebiu

Proton X70 CBU dengan logo lama

Apabila Proton X70 dilancarkan di sini pada tahun 2018, SUV segmen-C itu diimport (CBU) dari China. Proton X70 CBU menawarkan enjin petrol 4 silinder 1.8 liter turbocaj yang menghamburkan 184 PS dan 285 Nm, dipadankan dengan transmisi automatik penukar tork 6-kelajuan yang memacu roda hadapan atau keempat-empat roda.

Model CKD

Dua tahun kemudian pada tahun 2020, Proton memulakan kerja-kerja pemasangan tempatan (CKD) untuk X70. Titik ini juga bermula Proton menukar transmisi automatik penukar tork 6-kelajuan bersumberkan DSI kepada transmisi automatik dwi-klac 7-kelajuan yang dibangunkan Geely, kod nama 7DCT330.

Penutup enjin CKD juga berbeza dengan CBU

Pada masa yang sama, Proton X70 CKD juga menyaksikan pengenalan 'enjin Generasi ke-3', yang mempunyai dual variable valve timing hollow camshaft, dual mass flywheel, dan low friction piston. Enjin ini menawarkan tork 15 Nm lebih tinggi daripada sebelumnya, meningkatkan angka tork keseluruhan kepada 300 Nm.

Proton X70 facelift

Awal tahun ini, Proton sekali lagi mengemas kini X70. Selain daripada menggugurkan varian Premium 2WD, enjin 1.8 liter TGDi kini digantikan enjin 3-silinder 1.5 liter turbocaj yang lebih kecil. Kuasa juga telah turun 7 PS dan 45 Nm, tetapi Proton berkata penjimatan berat enjin secara keseluruhan telah menunjukkan peningkatan 7 peratus dalam angka penggunaan bahan api.

Baca: Proton X70 facelift 2022 dilancarkan - dari RM 94k, kini dengan enjin 3-silinder 1.5L turbo dan AWD!

Varian Proton X70 yang disyorkan?

Untuk tujuan panduan pembelian kereta terpakai ini, kami akan memberi tumpuan kepada unit tahun 2018 hingga 2020, kerana Proton X70 facelift 2022 yang baru dilancarkan masih terlalu baharu.

Dari awal, Proton X70 dilengkapi dengan cukup murah hati. Semua varian menawarkan lampu depan automatik, lampu belakang LED, kemasukan tanpa kunci dengan butang penghidup mula, sistem infotainment 8-inci, kamera undur, kluster instrumen digital 7-inci, 6 beg udara dan kawalan kestabilan.

Melangkah naik ke hierarki varian menambah ciri keselesaan yang dinaiktaraf seperti lampu depan LED, rim aloi 18" atau 19" yang lebih besar, upholsteri kulit Nappa, suite keselamatan ADAS, subwoofer, serta bumbung suria panorama.

Bagi varian mana yang paling disyorkan, varian Premium dan Premium X menawarkan ciri yang lebih lengkap tanpa perlu membayar perbezaan harga yang tinggi. Laman Carsome mempunyai beberapa contoh Proton X70 Premium 2019 berharga dari RM 90k, untuk sebuah SUV segmen C!

Rim yang lebih besar adalah lebih mahal

Ambil perhatian yang lebih berat mengenai kos penggantian tayar, kerana varian Premium dan Premium X menggunakan rim aloi 19-inci. Kos penggantian adalah sekitar RM 700 untuk satu unit tayar 225/55R19 (SUV Continental UC6), menjadikan jumlah kos penggantian kira-kira RM 2.8k untuk keempat-empat tayar.

X70 Standard

Walau bagaimanapun, jika ciri kelengkapan penuh bukan fokus anda, maka varian Standard atau Executive sudah memadai.

Proton X70 varian Standard mungkin merupakan varian yang paling selesa kerana rim aloi 17-inci yang lebih kecil dengan dinding sisi yang lebih tebal. Kos penggantian tayar juga berada di paras yang lebih rendah berbanding varian Premium dan Executive. Satu set 4 tayar berharga antara RM 1,500 hingga RM 2,500.

Masalah biasa Proton X70?

Seperti kebanyakan kereta moden, Proton X70 tidak lari daripada masalah tetapi jangan salah faham dan menganggap ia adalah sebuah SUV yang bermasalah kerana ini adalah dua perkara berbeza.

Antara alat ganti yang paling mahal untuk diganti pada Proton X70 ialah transmisi automatik penukar tork bersumberkan DSI. Terdapat kes yang didokumenkan mengenai kerosakan transmisi ini secara pramatang yang berharga kira-kira RM 3k untuk dibaiki di pusat servis. Simptom untuk mengenali masalah kerosakan kotak gear termasuk perubahan gear tersengguk-sengguk dalam gear keempat dan kelima.

Pada bahagian lain, jika anda perasan bahawa enjin Proton X70 anda mempunyai gegaran yang berlebihan, ia akan berharga RM 1,500 untuk menggantikan pautan (mounting) enjin. Menambah isu di ruang enjin, jika kipas radiator kedengaran bising berbanding biasa adalah dinasihatkan untuk menggantikannya, berharga RM 750.

Proton telah mengeluarkan panggilan semula produk berkenaan dengan kipas radiator awal tahun ini. Unit yang terjejas adalah unit Proton X70 import (CBU) sebelum casis bernombor L6T7742Z8KU043589.

Bagi Proton X70 yang dilengkapi DCT, memandangkan semua transmisi X70 dengan DCT berusia kurang daripada 2 tahun dan masih dilindungi oleh jaminan Proton selama 5 tahun, terdapat kekurangan data yang dapat disahkan secara bebas untuk menentukan punca sebenar kerosakan dan kos baikpulih yang terlibat.

Kebanyakan aduan pemilik berkisar pada tindak balas yang tersentak ketika bergerak ketika keadaan trafik lalu lintas, dan ketika beralih antara gear 1 / 2 justeru berhati-hatilah dengan gejala ini semasa menguji memandu Proton X70 CKD terpakai. 

Masalah biasa Proton X70
Komponen Simptom Kos
(RM)
Kipas penyejuk utama Bising, pendingin hawa tak sejuk, overheat  750
Pautan enjin Gegaran enjin luar biasa 1,500
Penyerap hentak hadapan Bunyi suspensi, pemamduan beralun 650
Pemegang pintu Patah 300
Kotak gear Penukar Tork (CBU X70) Tersengguk-sengguk, tidak lancar ketika menukar gear 4/5 3,000 (Original)

Sekiranya simptom ini berlaku kepada anda, pemilik dinasihatkan untuk melakukan penyesuaian semula transmisi. Untuk sebahagian besarnya, penyesuaian semula ini mampu menyelesaikan masalah tersebut.

Ia juga penting untuk memberi servis kotak gear yang tepat pada masanya untuk memastikan operasi yang boleh dipercayai.

Berikut adalah jadual penyelenggaraan asas Proton X70:

Jadual servis Proton X70 CKD
Tugas / Sela Komponen Kos (RM)
Tukar minyak hitam / 10k km Minyak hitam, filter dan palam penutup 250
Penapis udara / 20k km Penapis udara enjin 60
Penapis kabin / 20k km Penapis kabin N95 100
Penapis minyak / 20k km Penapis minyak petrol 25
Servis Brek / 60k km Minyak brek 50
Servis transmisi / 60k km Minyak ATF dan penapis 350
Penyejuk / 60k km Coolant 100
Palam pencucuh / 20k km Palam pencucuh 110

Selain itu, perlu diberitahu di sini bahawa Proton sedang menangani banyak aduan daripada pemilik Proton X70 mengenai kekurangan alat ganti.

Untuk setiap pengguna yang mempunyai pengalaman buruk, terdapat beribu-ribu lagi pemilik yang mempunyai pengalaman pemilikan yang hebat dengan X70 mereka justeru jangan terlalu risau melainkan anda memang tiada akses terhadap pusat servis Proton

Konklusi

Dengan harga bermula daripada paras harga RM 75k, banyak nilai yang boleh didapati apabila memilih Proton X70 terpakai. Berbanding kebanyakan pesaingnya, termasuk Honda CR-V, Proton X70 menawarkan kabin yang lebih tenang dan selesa.

Sungguhpun begitu, Proton X70 tidak mempunyai pilihan ketersambungan moden seperti Android Auto dan Apple CarPlay, namun ia masih mampu mengikuti arahan suara, melihat butiran navigasi, mendengar Spotify, dan membalas mesej terus daripada paparan infotainment.

Sukar untuk mencari SUV yang menawarkan nilai yang lebih baik seperti Proton X70 terpakai - contoh yang disenaraikan di laman Carsome telah menyusut malah terdapat pilihan dengan perbatuan rendah, menjadikannya pilihan yang ideal bagi mereka yang memerlukan SUV bersaiz sederhana.

Baca: Proton X70 vs Honda CR-V vs Volkswagen Tiguan - 3 SUV mantap berentap dalam segmen C!

Oops... Something broke.
    Channel:
Ikuti laman sosial kami:
Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, juster...

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

pengguna membeli kereta idaman
Tambah kereta anda

Naik taraf

Proton X70

Kereta Terpakai Yang Berkait

Quality Cars Guaranteed

Fixed Price No Hidden Fees

5-Day Money-back Guarantee

1-Year Warranty

Lihat Lebih

Video Pendek Yang Berkenaan

Video Kereta

2020 Proton X70 vs Proton X50 Comparison Review in Malaysia, Which Family SUV to Buy?

All the Cars We've Tested in 2020, Proton X50, Almera, CR-V etc, Which is The Best??

2020 Proton X50 Is More EXPENSIVE than Proton X70, How Can?!

Closer Look: 2020 Proton X70 CKD, What's New vs the X70 CBU? Is It Any Better?

2020 Proton X70 CKD Review, Now with 7-speed DCT & Better Features!

Berita Terkini

PLUS and Gentari launch modular EV charger with battery storage at the northbound Behrang lay-by

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) and clean energy solutions provider Gentari Sdn Bhd (Gentari), via its subsidiary, Gentari Green Mobility, have launched an electric vehicle (EV) fast-charging modular and portable station at the northbound Behrang lay-by. The system uses a Battery Energy Storage System (BESS) setup. Present at the launch was Malaysia’s Minister of Works, YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi. “The collaboration between PLUS and Gentari is a significant joint effort that can harness the

The 2023 Ford Ranger and Ranger Raptor add two awards to their list of accolades

It’s been an award-winning season for the new 2023 Ford Ranger and its variants. Recently, it’s added another two more to its list of accolades as Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), the sole distributor for Ford in Malaysia, received the CarPlus Editor’s Choice Award 2022-2023 for ‘Pick-up Truck of the Year’ for the Ranger and ‘Car of the Year’ for the Ranger Raptor. The Ranger boasts an updated design with enhanced aerodynamics and improved interior comfort. It features a range of powerful, effi

From equivalent to RM 208k, Thai prices for 2023 Honda Accord confirmed; gap with CR-V's prices tightens

The all-new 2023 Honda Accord has finally gotten its confirmed price list in Thailand following its preview earlier, entering a two-fold battle which only has it facing off against the Toyota Camry range. Three variants of the hybrid-only Accord will go on sale in Thailand, with prices as follows: Accord e:HEV E: THB 1,599,000 (~RM 208k) Accord e:HEV EL: THB 1,669,000 (~RM 217k) Accord e:HEV RS: THB 1,799,000 (~RM 234k) These prices are slightly more competitive to what its sole rival, the Camry

The upcoming mini Toyota Land Cruiser will be a Corolla Cross-sized "Land Hopper?"

The Toyota Land Cruiser made its name being a tough-as-nails, go-anywhere premium 4x4 with the looks to back it up. Hot on the heels of the new global Land Cruiser 300 and the North American Land Cruiser 250 (Prado) could be a new third, more compact variant that’s being adorably dubbed the Land Hopper. Japanese site Best Car Web has dropped its own rendering of what the Land Hopper could be styled like and unsurprisingly, it appears to be very much like a mini Land Cruiser 250. That’s not a bad

Mercedes-Benz EQS SUV launching in Malaysia on Friday, plus another EV by year's end - EQE SUV?

Referenced briefly in the Budget 2024 commentary, Amanda Zhang, the President and CEO of Mercedes-Benz Malaysia, highlighted the company's increasing momentum and revealed the imminent launch of the Mercedes-Benz EQS SUV, happening this Friday on 20-October. “Our momentum continues to grow, as we eagerly anticipate the arrival of the EQS SUV this Friday, with plans to launch another all-electric model before year end. These efforts underscore our dedication to providing innovative electric vehic

Rekomendasi Kereta

PopularLatestUpdates
Hot
Mitsubishi

Mitsubishi Xpander

RM 99,980

Lihat Model
Honda

Honda Civic Type R

RM 330,002 - 399,900

Lihat Model
Upcoming
Volvo

Volvo EX30

TBC

Lihat Model
Rolls Royce

Rolls Royce Spectre

RM 2,000,000

Lihat Model

Perbandingan Kereta Berkaitan

Proton X70
Cek Lebih