window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

HLYM lancar Yamaha EZ 115 (2023), pengganti Lagenda 115Z, harga asas RM 5.5k!

Khairil · Jan 15, 2023 09:15 PM

HLYM lancar Yamaha EZ 115 (2023), pengganti Lagenda 115Z, harga asas RM 5.5k! 01

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) mengemaskini penawarannya dalam segmen kapcai dengan melancarkan Yamaha EZ 115 (2023) serba baharu, model yang menggantikan Yamaha Lagenda 115Z dalam satu acara penuh gilang gemilang, hari ini.

HLYM lancar Yamaha EZ 115 (2023), pengganti Lagenda 115Z, harga asas RM 5.5k! 02

Sebagai model yang disasarkan untuk kegunaan harian, harga yang ditawarkan terhadap Yamaha EZ 115 (2023) adalah RM 5,598 (asas).

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Tiga pilihan warna ditawarkan iaitu:

  • Biru
  • Cyan 
  • Merah

HLYM lancar Yamaha EZ 115 (2023), pengganti Lagenda 115Z, harga asas RM 5.5k! 01

Sebagai pengganti kepada Lagenda, rekaan Yamaha EZ 115 (2023) dikatakan lebih 'segar' dan mengikuti kehendak semasa. Di bahagian trenkuasa Yamaha EZ115 (2023) digandingkan dengan enjin bersesaran 114 cc, 1 Silinder, 4 Lejang, Suntikan Bahan Api, Penyejuk Udara dan patuh piawaian emisi Euro4.

Sistem transmisi menggunakan 5 kelajuan klac automatik dengan kuasa dihamburkan 8.58 Hp pada 7,000 rpm dan tork 9.5 Nm pada 5,500 rpm. Selain itu, ia dikatakan memiliki penggunaan bahan bakar yang baik.

HLYM lancar Yamaha EZ 115 (2023), pengganti Lagenda 115Z, harga asas RM 5.5k! 02

Di bahagian suspensi, ia menggunakan fork teleskopik konvensional dan penyerap hentak berkembar (belakang). Sistem brek menggunakan cakera tunggal (depan) dan dram (belakang).

HLYM lancar Yamaha EZ 115 (2023), pengganti Lagenda 115Z, harga asas RM 5.5k! 03

Informasi lain adalah seperti berikut:

  • Kapasiti tangki bahan api: 3.9 liter
  • Posisi tempat duduk selesa
  • Penghidup tendang/elektrik
  • Storan bawah pelan
  • Panel meter analog

Untuk membuktikan ketahanan dan prestasi Yamaha EZ 115, motosikal ini turut akan membuat penampilan dalam perlumbaan Cub Prix 2023 dalam kelas 'One make race'.

HLYM lancar Yamaha EZ 115 (2023), pengganti Lagenda 115Z, harga asas RM 5.5k! 04

HLYM lancar Yamaha EZ 115 (2023), pengganti Lagenda 115Z, harga asas RM 5.5k! 05

HLYM lancar Yamaha EZ 115 (2023), pengganti Lagenda 115Z, harga asas RM 5.5k! 06

Seperti kebanyakan penawaran terbaharu HLYM, jaminan pengeluar yang diberikan ialah 2 tahun atau jarak perbatuan 20,000 (mana tiba dahulu). Kepada yang berminat, motosikal ini mula berada di cawangan pengedar HLYM bermula esok.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda