Ramai yang tahu bahawa Perodua akan memperkenalkan Perodua Axia 2023 generasi akan datang tidak lama lagi. Para penasihat jualan pun sedang giat menjalani latihan dan pengeluaran percubaan telah pun bermula.
Kini, persoalan terbesar yang bermain di fikiran kebanyakan rakyat Malaysia ialah bagaimana rupa Perodua Axia generasi seterusnya?
Selepas beberapa kaji selidik kami percaya bahawa Perodua telahpun memberikan kami pratonton Axia generasi seterusnya, pada Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur 2018, dalam bentuk Perodua X Concept. Betul ke? Mari kami terangkan.
Sebagai permulaan, kita lihat dimensi kedua-dua Perodua X Concept dan Axia generasi seterusnya. Menurut Perodua, X Concept mempunyai dimensi 3,750 mm panjang, 1,665 mm lebar, dengan jarak roda 2,460 mm.
Bagi Axia generasi seterusnya, Pandulaju menyebut bahawa ia mungkin mempunyai dimensi 3,760 mm panjang dan 1,655 mm lebar. Angka dimensi ini boleh dikatakan setanding dengan X Concept. Walaupun Pandulaju tidak menyebut jarak roda bagi Axia generasi seterusnya, kami tidak akan terkejut jika ia berada dalam jarak roda 2,460 mm pada X Concept.
Tambahan pula, menurut Ketua Pereka Perodua Muhamad Zamuren bin Musa, beliau menyebut kepada Paultan.org tbahawa X Concept bukanlah SUV, tetapi hatchback kecil dengan sedikit reka bentuk SUV.
Ingat Axia Style? Axia Style berkemungkinan meletakkan asas untuk reka bentuk dengan sentuhan ala SUV pada model generasi seterusnya. Tambahan pula, info varian yang tertiris juga tidak ada varian Style.
Baca juga: Spekulasi: Perodua Axia generasi baharu dengan transmisi D-CVT, ikut Myvi facelift dan Alza?
Selain itu, Zamuren juga memberitahu Paultan bahawa saiz X Concept lebih besar daripada Axia semasa, tetapi masih lebih kecil daripada Myvi, dan ia adalah untuk kereta segmen A global.
Baca juga: Spekulasi: Perodua Axia baharu D74A debut Feb 2023 - 6 beg udara, D-CVT dan DNGA!
Sebagai rangkuman, Perodua tidak asing lagi dengan mengacah model akan datang sebagai model konsep di pameran permotoran. Konsep Perodua GMA Space dari beberapa tahun sebelumnya secara praktikal mempamerkan bahagian dalam Axia yang baru walaupun dalam warna putih.
Pembaca yang dihormati, apa pendapat anda? Bolehkah Perodua X Concept berkembang menjadi Axia generasi seterusnya?
Baca juga: 2023 Perodua Axia D74A menyusul - D-CVT, tiada turbo kekal 1.0 NA sekarang!
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}