Sejak kebelakangan ini, intipan SUV 7 tempat duduk Proton X90 di jalan raya kita bukan main banyak lagi. Yang terbaru pula, kita dapat lihat sipi-sipi akan bahagian suspensi belakangnya.
Bergantung pada sumber, Proton X90 akan menggunakan suspensi belakang jenis multi-link, bukannya torsion beam.
Juga baca: Spyshot: Imej kabin dalaman Proton X90 tertiris, tiada gimik dan lebih praktikal!
Untuk mengesahkan perkara ini, kami sendiri periksa spesifikasi Geely Haoyue di China dan beberapa versi pasaran eksport (turut dikenal sebagai Geely Okavango).
Di China sendiri, Geely Haoyue hadir dengan suspensi belakang jenis torsion beam. Geely Haoyue L yang lebih mewah pula menggunakan jenis multi-link.
Untuk luar China pula, Geely Okavango yang dijual di Flipina menggunakan suspensi belakang jenis torsion beam. Di Arab Saudi pula jenis multi-link.
Apapun, masih belum dapat dipastikan sama ada Proton X90 kita akan guna suspensi belakang yang mana satu.
Jadi, nanti perkembangan kami dari semasa ke semasa.
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}