Harga Daihatsu Ayla 2023 yang diumumkan di Indonesia baru-baru ini pasti menarik perhatian rakyat Malaysia kerana Perodua Axia yang dahulunya kereta paling murah di Malaysia kini telah mengalami kenaikan harga. Apa yang kami maksudkan adalah harga varian permulaan buat Axia baharu pun dah mencecah RM 38,600. Yang RM 20k+ sebenarnya ada tetapi itu untuk kegunaan sekolah memandu dan ia Axia generasi terdahulu.
Juga baca: Harga Toyota Agya & Daihatsu Ayla serba baru 2023 diumumkan - dari RM 39k; varian GR Sport RM 74k+!
Bagi anda yang belum tahu, Ayla varian permulaan di Indonesia pun berharga lebih kurang sama. Menariknya, varian ini di sana hanya menggunakan transmisi manual 5 kelajuan, bukan D-CVT dan rimnya hanya datang dengan jenis kompang yang bersaiz 13 inci. Lagi satu, cermin sisinya lebih kecil berbanding varian lebih atas.
Berkenaan multimedia pula, Ayla varian asas di Indonesia ini hanya menggunakan radio konvensional, bukan macam kita yang dapat sekali sokongan USB dan Bluetooth. Satu lagi perkara adalah kuncinya tidak datang dengan kawalan jauh langsung. Untuk makluman anda, Indonesia juga merungut bahawa harga kereta termurah ini tidak lagi serendah dahulu. Apapun, masih belum dapat dipastikan sama ada Ayla RM 20k+ akan diperkenalkan kemudian atau tidak.
Jadi, kalau diikutkan, spesifikasi Perodua Axia baharu di Malaysia tetap lebih tinggi. Logiklah kalau harganya mengalami kenaikan kerana varian permulaan pun dah lengkap dengan bermacam ciri standard.
Sumber: AutoFun ID
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}