Kalau anda nak tahu, Proton Saga pernah dijual di sana iaitu sekitar tahun 2010 hingga 2012. Pada waktu itu, Saga BLM antara sedan paling mampu milik di Afrika Selatan. Ia dijual melalui varian 1.3 MT yang berharga 124,995 ZAR (~RM 31k) tetapi dalam pasaran terpakai di sana ada varian 1.6 FLX.
Menariknya, Saga yang diiklankan pada media sosial Proton South Africa itu nampak macam varian Premium S kita iaitu spesifikasi paling atas sekali.
Antara ciri yang diperlihatkan termasuklah rim 15 inci dwi-tona, lipatan cermin sisi berkuasa, kemasukan tanpa kunci dan butang push start, port USB dan infotainment terapung 7 inci.
Dari segi teknikal, enjin yang bakal diguna mungkin sama dengan apa yang ada di Malaysia iaitu nadi 1.3L NA (95 PS, 120 Nm), lain dengan unit 1.2L yang digunapakai di Pakistan.
Apapun, pilihan transmisinya akan diumum waktu pelancaran nanti. Di Malaysia, Saga ditawarkan dengan pilihan transmisi manual 5 kelajuan atau automatik 4 kelajuan.
Untuk pengetahuan anda, Saga adalah model Proton paling laku untuk pasaran eksport dan selain Pakistan, sedan segmen A ini turut dijual di Brunei, Bangladesh, Kenya dan Egypt.
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}