window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Inokom bakal pasang Chery di Malaysia, pelan CKD untuk Jaguar Land Rover juga disebut

Faisal · Mar 30, 2023 03:00 PM

Inokom bakal pasang Chery di Malaysia, pelan CKD untuk Jaguar Land Rover juga disebut 01

Menurut laporan The Edge semalam, Inokom Corp Sdn Bhd yang berada di bawah naungan Sime Darby Bhd kini sedang dalam fasa rundingan terakhir dengan Chery Automobile Co Ltd. Bagi anda yang belum tahu, pengeluar kereta China itu berancang untuk kembali dalam pasaran Malaysia pada tahun ini.

Inokom bakal pasang Chery di Malaysia, pelan CKD untuk Jaguar Land Rover juga disebut 02

Selain itu, laporan akhbar itu memberitahu bahawa Inokom berhasrat untuk menambah bilangan pemasangan kereta Porsche AG. Dalam masa yang sama pula, sumber terdekat menyatakan bahawa Inokom juga dalam peringkat rundingan terakhir dengan Jaguar Land Rover (JLR) untuk memasang (CKD) beberapa model di Malaysia untuk pasaran serantau. Kalau anda nak tahu, JLR merupakan rakan teknologi buat Chery.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Menurut The Edge juga, pemasang kontrak untuk pasaran serantau ini dapat meningkatkan pendapatan Inokom secara ketara.

Juga bacaChery Tiggo 8 Pro dan Omoda 5 CKD akan bermula Jun 2023, rakan kongsi di Malaysia dah setuju!

Inokom bakal pasang Chery di Malaysia, pelan CKD untuk Jaguar Land Rover juga disebut 01

Untuk pengetahuan anda, kilang Inokom di Kulim untuk Porsche ada memasang Cayenne dan fasiliti itu merupakan kilang Porsche pertama di luar Eropah. Selain Porsche, Inokom juga mempunyai kontrak memasang dengan jenama BMW, MINI, Hyundai, Kia dan Mazda.

Juga bacaEksport Porsche Cayenne CKD ke rantau ASEAN tak mustahil, bukan untuk Malaysia sahaja?

Inokom bakal pasang Chery di Malaysia, pelan CKD untuk Jaguar Land Rover juga disebut 02

Inokom bakal pasang Chery di Malaysia, pelan CKD untuk Jaguar Land Rover juga disebut 03

Secara amnya, Sime Darby kini ada 10 jenama di bawah naungannya termasuk BMW, Jaguar, Land Rover, Porsche, Ford, Hyundai dan BYD. Dari segi teknikal, kapasiti pemasangan di kilang Inokom  boleh pergi sehingga 38,000 unit setahun tetapi fasiliti itu boleh dikembangkan lagi. Tahun lepas, Inokom dilaporkan memasang sebanyak 28,176 unit kenderaan.

Inokom bakal pasang Chery di Malaysia, pelan CKD untuk Jaguar Land Rover juga disebut 04

Defender 110 Double Cab yang dipasang di Malaysia pada tahun 2010.

Untuk makluman anda, Jaguar tidak pernah menawarkan model CKD tetapi Land Rover CKD ada ditawarkan melalui model Freelander, Discovery dan Defender.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda